☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

TAHUKAH ANDA BAHAWA WIFI TERDEDAH KEPADA RISIKO TERTINGGI



Jika anda mengunjungi restoran atau kafe, perkara pertama yang dilakukan sebelum memesan makanan pastinya bertanyakan kata laluan sambungan WiFi untuk melayari Internet.
Namun, tahukah anda WiFi percuma ini mempunyai risiko keselamatan yang tinggi? Ia memberi ruang kepada penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi anda melalui sambungan WiFi percuma ini.
Jika anda mengunjungi mana-mana tempat awam yang mempunyai perkhidmatan WIFI PERCUMA seperti hotel, starbuck ataupun hentian rehat, network yang digunakan adalah tidak selamat kerana terdedah kepada risiko kebocoran maklumat semasa kita sedang menggunakan perkhidmatan itu.

lebih-lebih lagi tuan punya pembekal wifi percuma itu adalah seorang programmer maka dengan mudah sekali dia memantau aktiviti-aktiviti kita yang berlaku dalam rangkaiannya termasuk mencuri maklumat-maklumat penting yang melibatkan urusniaga ahli-ahli perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Oleh sebab itu kadang-kadang kita sudah connected dengan wifi percuma kita dikehendaki click I AGREE yang terkandung dalam syarat-syarat itu bahawa kita setuju menggunakan perkhidmatan itu dan pihak pembekal wifi itu tidak bertanggungjawab diatas sebarang kebocoran maklumat.


Penasihat Keselamatan F-Secure Corporation Sdn Bhd (F-Secure), Goh Su Gim berkata, disebabkan kebergantungan tinggi terhadap teknologi, pengguna sebenarnya tidak sedar kemudahan WiFi percuma ini berupaya mendedahkan maklumat peribadi seseorang.
"Di Malaysia kemudahan WiFi percuma sudah menjadi satu keperluan.
"Pengguna telefon pintar, tablet dan laptop yang berhubung melalui pelbagai aplikasi sosial sudah pasti mencari WiFi percuma ini ke mana saja mereka pergi tidak kira di hotel, lapangan terbang, kedai kopi malah di hospital," katanya.
Namun Gim berkata, WiFi secara asas tidak dibangunkan bersama ciri keselamatan awam dan pemasangannya tidak memerlukan sebarang peraturan khas.
"Sesiapa sahaja boleh memasang titik akses WiFi di mana saja kerana ia tidak sukar untuk dilakukan.
"Selain itu, pengguna juga terlalu percaya kepada teknologi sehingga tidak menyedari bahaya sebenar," katanya.
Menurut Gim, kelemahan ini dieksploitasi sepenuhnya penjenayah dengan menawarkan hotspot WiFi untuk memperdaya dan mencuri data peribadi.
"WiFi palsu ini boleh digunakan untuk merancang serangan dipanggil 'orang tengah' yang mana gambar, teks dan video yang dihantar menerusi rangkaian ini boleh dipintas dan dicuri selagi ia tidak dienkripsi," katanya.
Katanya lagi, malah WiFi sebenar seperti di hotel boleh 'ditendang' keluar dengan menggunakan WiFi yang mempunyai isyarat lebih kuat serta tidak menggunakan kata laluan yang memperdaya sesiapa saja untuk masuk semula ke WiFi tanpa menyedari ia sebenarnya perangkap.
Baru-baru ini, F-Secure menjalankan kajian di bandar besar London bagi menunjukkan pengguna yang leka menggunakan WiFi awam tanpa menghiraukan keselamatan peribadi.
Dalam eksperimen ini, mereka menyediakan hotspot WiFi palsu yang mendedahkan trafik Internet, maklumat peribadi, kandungan e-mel malah bersetuju kepada klausa mengarut seperti melepaskan 'hak penjagaan anak sulung' pengguna untuk menggunakan WiFi percuma ini.
Dalam masa 30 minit, sebanyak 250 peranti disambungkan ke WiFi ini kebanyakannya secara automatik tanpa disedari pengguna dengan 33 individu secara aktif melayari Internet dan menghantar e-mel.
Pengkaji senario terbabit menemui teks e-mel yang dihantar menerusi format 'POP3' boleh dibaca dengan jelas seperti alamat penerima dan penghantar serta kata laluan penghantar bagi menekankan kepentingan penggunaan enkripsi.
Apa yang menakutkan, pengguna tidak membaca langsung terma dan syarat sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ini.



"Dalam eksperimen ini, F Secure meletakkan syarat seperti melepaskan hak penjagaan anak sulung mereka serta binatang peliharaan kesayangan untuk mendapat kebenaran menggunakan WiFi percuma," ulas Gim.
Kajian bebas ini disokong pihak berkuasa Europol serta Institut Penyelidikan Siber UK dan SySS, syarikat ujian penembusan dari Jerman.
Dalam kajian ini, SySS membina hotspot WiFi mudah alih daripada komponen yang berkos sekitar RM800 saja dan sedikit pengetahuan teknikal.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Serantau F-Secure, Lydia Chic pula menjelaskan, pengguna boleh menjauhi penggunaan WiFi percuma atau melaksanakan langkah keselamatan ketika menggunakannya.
"Anda boleh menjadikan sambungan tidak kelihatan kepada individu lain dan data tidak boleh dibaca kerana ia dienkripsi.
"Jika ada yang cuba menceroboh, mereka tidak akan berjaya," katanya.
F-Secure sendiri mempunyai teknologi F-Secure Freedome yang berasaskan rangkaian peribadi maya (VPN) dan penyelesaian privasi 'online'.
Freedome mengenkripsi data yang mengelakkannya daripada dibaca meskipun anda bersambung ke WiFi awam yang tidak selamat.
Ia menghalang laman web dan aplikasi berbahaya serta mempertahankan privasi anda dan menjadikannya seakan 'tanpa nama'.
Cybersecurity Malaysia (CSM) yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula menggariskan langkah penggunaan sambungan WiFi sama ada di rumah atau kawasan awam.
Penggunaan WiFi dirumah perlu langkah lebih berhati-hati apabila kebanyakan individu memilih untuk membiarkan sambungan rangkaian WiFi mereka terbuka, sekali gus mencipta hotspot yang membolehkan sesiapa saja berdekatan kawasan itu untuk membuat sambungan ke Internet.
Antara tip perlu difikirkan:
> Adakah hotspot anda menyalahi peraturan pembekal perkhidmatan Internet? Sesetengah pembekal Internet jalur lebar melarang pengguna berkongsi sambungan WiFi dengan orang yang tidak dikenali. Larangan ini biasanya terkandung dalam syarat perkhidmatan oleh pembekal Internet ketika anda mendaftar untuk menggunakan Internet.
> Adakah komputer dan rangkaian anda selamat? Pastikan kata laluan komputer anda sukar diteka dan dihafal. Ia penting terutama jika anda mempunyai rangkaian komputer di rumah.
Semestinya anda tidak mahu orang yang tidak dikenali menggunakan sambungan WiFi anda untuk mengakses komputer anda.
Adakah anda sudah menukar kata laluan stesen utama (base station)? Kebanyakan stesen utama WiFi menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti 'admin' atau 'default' membolehkan penggodam untuk mengambil alih aturan stesen utama anda. Pastikan anda menukar kata laluan stesen utama WiFi kepada yang sukar diteka, tetapi mudah diingati.
Tip menutup rangkaian WiFi awam
Jika anda mahu melindungi rangkaian WiFi daripada orang yang tidak dikenali, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil:
> Jangan siarkan Service Set Identifier (SSID) anda. Ia langkah yang paling mudah untuk mencegah seseorang daripada memasuki rangkaian WiFi anda. Bagaimanapun ia masih lagi belum selamat. Secara automatik, semua stesen utama WiFi menghebahkan kehadiran mereka menggunakan pengenalan yang dipanggil SSID kepada sesiapa yang berdekatan.
> Enkripsi kata laluan rangkaian tanpa wayar.
> Pastikan stesen utama hanya menerima alamat 'MAC' anda.
Tip menghantar maklumat sensitif melalui rangkaian WiFi
> Jangan hantar fail yang sensitif jika anda tahu rangkaian WiFi tidak selamat.
> Gunakan 'Virtual Private Network' (VPN) untuk memastikan keselamatan maklumat yang dihantar melalui WiFi.
> Gunakan rangkaian yang selamat.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

RANSOMWARE WANNA CRYPT KINI SUDAH MENYERANG LEBIH 150 BUAH NEGARA



Semenjak kehadiran ransomware WannaCrypt mula dikenal-pasti baru beberapa hari yang lepas, ia telahpun menyebabkan pelbagai masalah di serata dunia. Perkhidmatan kesihatan seperti National Health Service di UK, kilang pembuat kereta Renault di Perancis dan sebagainya tergendala.

Serangan WannaCrypt ini dapat dihentikan buat masa ini kerana seorang penyelidik keselamatan digital yang menamakan dirinya MalwareTech membeli domain laman web yang terkandung didalam ransomware tersebut, dan Microsoft baru sahaja mengeluarkan kemaskini keselamatan yang memperbaiki kelemahan yang hadir pada sistem operasi seperti Windows XP, Windows 8 dan Windows Server 2003 yang sudahpun tamat tempoh sokongan mereka.


Menurut pengarah Europol, Rob Wainwright, walaupun serangan tersebut dapat ditangkas dengan pantas, laporan dari pihaknya menyatakan bahawa ransomware WannaCrypt ini sudahpun menyerang 200,000 komputer di 150 buah negara, dan apa yang merisaukan ialah ada kemungkinan besar bahawa ia tidak akan berhenti di situ sahaja.

Menurut laporan Europol dan penyelidikan MalwareTech, WannaCrypt ini akan hadir dengan versi baru yang lebih merbahaya kerana ia tidak lagi mempunyai killswitch laman web yang digunakan sebelum ini. Menurut mereka, satu-satunya cara untuk menghalang serangan ini ialah dengan memuat-turun kemasan keselamatan oleh Microsoft sebelum anda diserang oleh perisian WannaCrypt ini.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

JARINGAN INTERNET MALAYSIA KE-3 PALING SELAMAT DI DUNIA

PENGGUNA siber di Malaysia sewajarnya berasa bersyukur kerana tanpa disedari ramai pihak, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) baru-baru ini meletakkan tahap keselamatan internet negara kita pada tempat ketiga sebagai paling selamat di dunia.


Malaysia berkongsi kedudukan yang sama dengan Australia dan Oman dalam senarai Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) untuk sepanjang tahun 2014 yang dikeluarkan semasa sambutan Hari Telekom Sedunia ITU di Doha, Qatar dari 7 hingga 10 Disember lalu.

Sambutan tahunan itu yang dihadiri 3,500 peserta selain 205 pakar telekomunikasi menerusi 51 sesi forum itu mengesahkan laman internet Amerika Syarikat (AS) berada pada tempat pertama paling selamat di dunia diikuti tempat kedua, jiran utaranya iaitu Kanada.

Kedudukan Malaysia malah lebih baik berbanding jirannya, Singapura yang meskipun kadar penembusan internet republik pulau tersebut berjaya mencecah hampir 100 peratus tetapi ia berada di tangga ke-6 bersama-sama dengan Austria, Hungary, Israel dan Belanda.

Tahap keselamatan internet Singapura rupa-rupanya berada di belakang negara-negara tempat ke-4 iaitu New Zealand dan Norway serta kumpulan negara tempat ke-5 yang dikongsi bersama Brazil, Estonia, Jerman, India, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom.

Di peringkat rantau Asia tenggara, Indonesia berada di tangga ke-13 disusuli pula Thailand (ke-15), Brunei dan Myanmar (ke-16), Filipina (ke-17), Vietnam (ke-18), Kemboja (ke-25) dan Laos (ke-27) daripada senarai indeks 193 buah negara dari serata dunia itu.

Tahap keselamatan siber sesebuah negara menurut standard ITU dinilai berdasarkan kepada kriteria ukuran perundangan, keupayaan teknikal, institusi penguatkuasaan, kapasiti pertahanan dan pembangunan kerjasama antara pelbagai organisasi.

Justeru ITU meletakkan antaranya Turki dan Sweden (ke-7), Mesir dan Perancis (ke-9), China dan Sudan (ke-14), Afrika Selatan (ke-16), Switzerland (ke-17), Arab Saudi dan Bangladesh (ke-19), Serbia (ke-20), Palestin (ke-24) serta Nepal (ke-25).

Indeks itu juga menyenaraikan tangga terakhir iaitu ke-29 meliputi kumpulan negara paling teruk keselamatan siber: Republik Afrika Tengah, Korea Utara, Equatorial Guinea, Honduras, Lesotho, Marshall Islands, Namibia, Saint Vincent dan Timor Leste.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

99 NEGARA TERUK DIGODAM BERSKALA MEGA


Serangan siber skala mega menggunakan peranti penggodam yang asalnya dicipta Agensi Keselamatan Nasional (NSA) Amerika Syarikat (AS) menjejaskan 99 buah negara.

Pihak berkuasa di seluruh dunia bagaimanapun cuba menyelamatkan rangkaian komputer di negara masing-masing dengan berusaha memperbaharui kembali sistem teknologi komunikasi malumat (ICT) dari serangan berulang.

Media antarabangsa melaporkan, serangan sebenarnya bermula pada April lalu, melibatkan kumpulan penggodam dikenali sebagai The Shadow Brokers berjaya menceroboh peranti NSA sebelum mula menyerang negara lain.

Secara kebetulan firma ICT terkemuka, Microsoft telah mengeluarkan sebuah peranti khusus untuk cegah serangan penggodam pada Mac lalu, tetapi belum berjaya kerana banyak sistem komputer yang mungkin belum diperbaharui.

Serangan serentak kali ini melanda paling banyak negara dalam sejarah, termasuk AS sendiri selain Britain, China, Rusia, malahan sistem data berpusat hospital di Indonesia dan dua buah universiti terkemuka di Singapura.

Firma keselamatan dunia maya terkenal antarabangsa, Avast melaporkan serangan siber skala besar tersebut malah mencatatkan sebanyak 75,000 kes di seluruh dunia dengan kod serangan itu bernama WCry atau WannaCry.

“Ini serangan skala raksasa,” kata pakar keselamatan siber dari Avast, Jakub Kroustek. Gangguan bahkan mengguna pakai lebih 25 bahasa dengan penggodam turut meminta wang tebusan maya AS$300 untuk serangan dihentikan.

Pangkala data bersepadu sistem perkhidmatan kesihatan awam di England dan Scotland turut dilaporkan terkena serangan siber paling parah dirujuk sebagai ransomware sekali gus mengakibatkan operasi komputer lumpuh.

Serangan muncul di skrin komputer melalui kiriman e-mel dan pautannya, yang jika dibuka akan mengunci semua fail jaringan sistem komputer dan hanya boleh dipadam jika dibayar wang tebusan dalam bentuk digital Bitcoin.

Rusia adalah salah satu negara yang paling teruk akibat serangan siber ini. Kementerian dalam negeri Rusia namun menyatakan telah memindahkan ‘virus’ itu dan ia menyerang komputer peribadi dengan sistem operasi Windows.

Sejumlah netizen di beberapa buah negara Eropah telah memuat naik foto keadaan skrin komputer yang digodam, termasuk mesin tiket kereta api domestik di Jerman dan makmal komputer di sebuah universiti awam di Itali.

Beberapa firma ternama di Sepanyol, termasuk syarikat telekomunikasi terbesar Telefonica dan operator bekalan elektrik tempatan, Iberdrola, turut terjejas. Staf dimaklumkan untuk mematikan komputer mereka serta-merta.

Manakala firma telekomunikasi Portugal, syarikat kurier antarabangsa FedEx, serta jaringanan telefon selular terbesar kedua di Rusia juga mendakwa bahawa mereka juga diserang penggodam dengan modus operandi sama.

Beberapa pakar siber mendakwa serangan tersebut kemungkinan dilakukan untuk mengeksploitasi kelemahan sistem Microsoft di AS yang telah dikenal pasti pihak NSA sebelum ini dan diberi nama sebagai EternalBlue.

Malangnya peranti milik NSA itu kemudian ‘dicuri’ oleh sekelompok penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai The Shadow Brokers, dan kemudian cuba pula menjualnya dalam sistem bidaan antarabangsa secara online.

Namun, mereka mencipta alat lain secara bebas dan mengumumkan kata laluannya awal April lalu. Penggodam mendakwa mereka bertindak sebagai ‘protes’ terhadap Presiden AS, Donald Trump.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

TIADA SERANGAN PERISIAN TEBUSAN DI MALAYSIA



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata tiada serangan perisian tebusan dilaporkan di Malaysia, walaupun serangan siber dilaporkan berlaku di hampir 100 negara.

“MCMC terus memantau keadaan itu bersama-sama agensi penguatkuasaan lain,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, MCMC menasihati rakyat Malaysia supaya segera mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengemaskinikan perisian masing-masing dengan jujukan (patch) terkini.

“Ia untuk memastikan semua hos membolehkan penggunaan penyelesaian antiperisian hasad serta segera menyalin data penting kepada pemacu keras luaran atau perkhidmatan penstroran awan, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

“Di samping itu, jangan klik sebarang pautan meragukan dan laporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa dengan secepat mungkin,”kata MCMC.

Menurut laporan, serangan siber perisian tebusan melanda organisasi di seluruh dunia dan antara pihak yang paling terus terjejas ialah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di England.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

WASPADA ANCAMAN SIBER SAAT MELAYARI INTERNET



Microsoft mengekalkan kedudukan nombor satu bukan daripada aspek positif, tetapi negatif apabila platform Windows menjadi sasaran utama serangan berniat jahat atau ‘malicious’ dengan lebih 237 juta fail dikesan pada oktober tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky Eugene Kaspersky berkata ia didorong oleh penggunaan komputer peribadi (PC) disokong sistem operasi (OS) Windows yang menjadi majoriti platform digunakan penduduk di dunia.
“Manakala Android menduduki tempat kedua dengan lebih 13 juta fail ‘malicious’. Paling kurang adalah platform Mac OS dengan 12,000 fail dikesan selain iOS dengan 283 fail saja,” jelas Kaspersky.
Namun, Kaspersky berkata, meskipun angka produk Apple rendah, ia masih boleh menjadi sasaran mudah dan tidak semestinya selamat.
“Serangan malware pula 99 peratus disasarkan kepada pengguna Android disebabkan tahap keselamatannya lemah,” katanya.
Menurutnya, tiga ancaman siber dijangka berlaku tahun ini lebih dahsyat merangkumi jenayah siber, pengintipan dan sabotaj.
“Pada masa depan, jenayah siber bakal menjadi perniagaan sehingga menjadikannya industri yang besar sekiranya tidak dibendung,” katanya.
Manakala pengintipan akan menjurus kepada fragmentasi Internet mengakibatkan pengguna sendiri tidak mempercayai data masing-masing.


“Seterusnya, ia akan mengakibatkan sabotaj yang disasarkan kepada industri tertentu seperti pengeluar tenaga, telekomunikasi, kewangan, perubatan, pengangkutan dan prasarana.
Sementara itu, Ketua Penyelidik Keselamatan Kaspersky Lab Vitaly Kamluk berkata, jenayah siber kini mengekspoitasi bencana berdasarkan sumber bacaan pengguna di Internet.
“Apabila berlaku bencana, sudah pasti kita terlalu teruja untuk membuka mana-mana berita berkaitan sehingga mengakibat­kan sistem keselamatan terjejas,” katanya.
Ancaman jenis APT atau Advanced Persistent Threats yang menunjukkan keupayaan mereka dalam menggunakan teknologi canggih dan pelbagai kaedah serta vektor untuk mencapai sasaran tertentu. Ia lebih kepada mendapatkan maklumat sensitif atau rahsia. Contoh paling mudah pastinya Gauss.
Pada 2013, sasaran APT tertumpu kepada sistem perkomputeran cloud pengguna yang popular seperti laman sosial selebriti dan tokoh politik.
Kebanyakan penganalisis belum yakin kaedah yang bakal dilakukan. Bagaimanapun, selepas penyerang mendapat maklumat yang diperlukan, mereka akan meghapuskan ‘malware’ secara senyap daripada peranti sasaran sebelum mangsa menyedari laman mereka sudah diserang.
Lebih-lebih lagi, individu yang mendapati mereka menjadi mangsa APT berkemungkinan tidak akan melaporkan serangan kepada media.
Serangan ini pada mulanya akan menjejaskan individu dan bukan prasarana kritikal, kerajaan atau syarikat awam yang me­nyasarkan jenis maklumat berbeza.
Penyerang akan mencari maklumat yang mereka boleh manfaatkan untuk kegiatan jenayah seperti memeras ugut atau mengancam untuk membocorkan maklumat itu melainkan jika pembayaran dilakukan individu ternama.
Ancaman APT termasuk jenis Naikon yang mengeksploitasi kes seperi Germanwings atau MH370 dan ia sangat aktif di Asia.
Serangan Naikon aktif di lapan negara termasuk Malaysia, Filipina, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Nepal.
Bagaimana ia mengeksplotasi laptop atau telefon pintar anda? Naikon akan menghantar satu e-mel yang kelihatan seperti e-mel biasa terutama kepada agensi tertentu dengan lampiran fail dalam bentuk ‘.doc’.
Fail terbabit seakan-akan fail senarai tertentu, namun di dalamnya sudah dilampirkan dengan virus untuk mengintip anda. Lebih
memburukkan keadaan, jika pengguna membalas e-mel terbabit, ia juga akan mengaktifkan perisian berniat jahat dalam komputer.
APT ditakrifkan berdasarkan keupayaan ancaman mereka dalam menggunakan teknologi canggih dan pelbagai kaedah serta vektor untuk mencapai sasaran tertentu yang bertujuan mendapatkan maklumat sensitif atau dirahsiakan.
Contoh ancaman berkaitan APT termasuk Stuxnet, Flame dan Gauss dan pada 2016, Fortinet meramalkan sasaran APT tertumpu pada pengguna biasa termasuk selebriti, ketua pegawai eksekutif dan tokoh politik.
Selepas penyerang mendapat maklumat yang diperlukan, mereka akan menghapuskan ‘malware’ secara senyap daripada peranti sasaran sebelum mangsa menyedarinya.
Pada masa depan, peng­gunaan teknologi canggih seperti komunikasi mesin ke mesin (M2M) pula yang merujuk kepada teknologi membolehkan kedua-dua sistem tanpa wayar dan berwayar untuk berkomunikasi dengan peranti lain yang mempunyai keupayaan sama.
Contohnya, peti sejuk yang berkomunikasi dengan tuan rumah untuk memberitahu sudah tiba masa untuk membeli susu dan telur atau di lapangan terbang yang merakam foto individu serta merujuk kepada silang imej dengan pangkalan data pengganas yang diketahui.
Terdapat potensi godaman pada M2M iaitu mesin menyalahgunakan maklumat yang terkesan akibat virus mewujudkan kelemahan, sekali gus membenarkan penggodam memasuki sistem dalam keadaan yang terdedah.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

KERAJAAN AKAN MELAKSANAKAN PELAN FIBER SELURUH NEGARA 2017-2019


Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini mengumumkan yang mana kerajaan akan mula melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara (2017-2019) dalam usaha untuk memantapkan lagi infrastruktur jalur-lebar berkelajuan tinggi di Malaysia.

Pelan ini bakal terbahagi kepada tiga fasa, dan dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang 2019 kelak.

Fasa pertama akan memfokuskan kepada kemudahan menggunakan rangkaian Tenaga Nasional untuk tujuan perkhidmatan backhaul. Fasa kedua pula akan meliputi sambungan last-mile, dan akhir sekali fasa ketiga akan tertumpu kepada penyediaan perkhidmatan runcit oleh syarikat telekomunikasi.

Kerajaan turut menyasarkan dengan melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara ini, ia akan memastikan kelajuan jalur lebar dua kali ganda boleh dicapai dengan lebih mudah. Dibawah pelan ini juga, sekitar enam juta premis termasuk dua juta di luar bandar dijangka akan dihubungkan – sekaligus membawa manfaat ekonomi digital kepada semua.

Seperti biasa, ia akan dipantau oleh SKMM, dan ia akan dilaksanakan melalui kerjasama antara entiti yang relevan.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

DISKAUN SEBANYAK RM500 DARI TIME UNTUK PELANGGAN BARU


Setahun yang lepas, TIME dotCOM telah memperkenalkan pakej jalur lebar berkelajuan tinggi pada kepantasan mencapai 500Mbps. Ia ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif, iaitu hanya RM299 sebulan – jauh lebih murah daripada pelbagai penyedia lain jikalau dibandingkan kelajuannya.

Kini, hari ini dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan melanggan pakej mereka, TIME kini menawarkan diskaun sehingga RM500 untuk TIME Fibre Home Broadband Melalui diskaun promosi waktu terhad sehingga 26 Mac 2017 ini, pelanggan yang melanggan pakej 100Mbps akan diberikan diskaun sehingga RM100, pakej 300Mbps pula ditawarkan diskaun sehingga RM300 dan 500Mbps pula ditawarkan diskaun sehingga RM500.

Diskaun ini diberikan dalam bentuk kredit yang ditolak pada langganan bulanan pengguna.Untuk pelanggan sedia ada pula, anda diberikan 500 minit percuma untuk digunakan bagi panggilan suara. Menariknya, kini TIME turut menyediakan aplikasi khusus dinamakan TIME Home Forward yang membolehkan minit panggilan berkenaan turut digunakan melalui peranti Android atau iPhone. Selain itu, anda turut boleh menyemak kejutan yang disediakan melalui laman TIME Self Care hari ini.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

NVIDIA MENGUMUMKAN GTX 1080 TI DARI GIGABYTE



Setelah NVIDIA mengumumkan kehadiran kad grafik terpantas mereka, NVIDIA GTX 1080 Ti, nampaknya semakin berpusu-pusu rakan kerjasama pembuat kad grafik NVIDIA yang ingin mengeluarkan variasi mereka tersendiri.

Terkini, GIGABYTE baru sahaja mengumumkan kad grafik 1080 Ti mereka tersendiri, iaitu GIGABYTE GTX 1080 AORUS Extreme Edition. Kad grafik AORUS Extreme Edition ini menggunakan penyejuk GIGABYTE WindForce yang terbaru, terdiri daripada sebuah blok aluminum yang menyejukkan cip pemprosesan grafik, dan juga tiga kipas untuk mengalirkan haba daripada blok aluminum tersebut.


Rekabentuk kad grafik ini juga agak besar, kerana penyejuk WindForce baru ini dibina khusus untuk menyejukkan cip pemprosesan grafik GP102 ini, yang juga digunakan dalam kad grafik NVIDIA yang paling berkuasa sebelum ini, NVIDIA GTX Titan X Pascal. Dalam pada itu, kad grafik ini, seperti banyak kad grafik tahap premium, mempunyai jaluran lampu LED RGB dengan 16.8 juta warna yang berbeza.

Dari segi port input dan output pula, kad grafik GTX 1080 Ti AORUS Extreme Edition ini mempunyai dua port HDMI, dua port DisplayPort dan satu port DVI. Kad grafik 10-series dari NVIDIA ini juga dibina khusus untuk penggunaan dengan headset realiti maya, jadi kad grafik ini juga mempunyai satu port HDMI khusus untuk VR-Link.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

LAMAN WEB ' SEBENARNYA.MY ' DILANCARKAN OLEH SKMM BAGI MENYEMAK SESUATU BERITA BENAR ATAU PALSU



Media sosial ada banyak kebaikannya. Ia mengeratkan silaturrahim di antara sanak saudara dan rakan taulan. Selain itu ia adalah medium komunikasi yang lebih murah berbanding panggilan telefon. Tetapi tidak dapat dinafikan ia turut menjadi medium penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh membawa kesan negatif kepada negara.


Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia hari ini melancarkan portal Sebenarnya.my bagi menentang penyebaran berita tular palsu. Dengan moto “Tidak Pasti Jangan Kongsi”, laman ini diharap dapat memberikan maklumat setempat yang tepat bagi menafikan berita-berita palsu yang terlalu mudah dikongsi oleh masyarakat Malaysia tanpa usul periksa. Laman ini mempunyai banyak persamaan dengan Snopes.com yang kami gunakan untuk memeriksa kesahihan berita dari luar negara.

LAYARI > SEBENARNYA.MY
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

ACER SWIFT 5 DITAWARKAN DI MALAYSIA PADA HARGA RM3499


Acer Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan Swift 7 dan juga Swift 3 untuk pasaran tempatan. Kini, melengkapkan penawaran tersebut, Acer Malaysia turut telah mula menawarkan Acer Swift 5 untuk pasaran tempatan.

Acer Swift 5 hadir dengan rekaan kerangka logam, dilengkapi skrin bersaiz 14-inci, dijana menggunakan cup Intel Core gen-7, selain turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dan juga USB-C. Melengkapkan komputer riba ini juga adalah sokongan SSD sehingga 512GB, selain memori sehingga 8GB RAM. Acer mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan penuh.

Di Malaysia, dua variasi ditawarkan, iaitu Acer Swift 5 dengan storan 256GB pada harga RM3499, sementara Acer Swift 5 512GB pada harga RM4499.


Read More
Rosli Repairing Computer And Services

MICROSOFT AKAN MENAMATKAN SISTEM OPERASI WINDOWS VISTA TIDAK LAMA LAGI



Jika anda masih sedang menggunakan sistem operasi Windows Vista pada komputer anda, kami ada berita yang kurang baik untuk anda. Microsoft bakal menamatkan sokongan bagi sistem operasi tersebut pada 11 April kelak.

Walaupun anda masih boleh menggunakan sistem operasi tersebut tanpa masalah, selepas tarikh yang dinyatakan diatas, Microsoft tidak lagi akan memuat-naik kemaskini sekuriti, selain mana pembuat aksesori komputer lain, seperti pembuat kad grafik, papan kunci, tetikus dan sebagainya tidak lagi akan mengemaskini pemacu mereka untuk Windows Vista.

Bercakap tentang keselamatan atas-talian, Internet Explorer 9 yang digunakan oleh Windows Vista juga tidak akan diberi kemaskini baru, dan jika anda masih menggunakan pelayar web tersebut apabila sokongan Windows Vista tamat kelak, ia akan meningkatkan lagi risiko komputer anda menerima jangkitan virus atau malware.

Seperti biasa, Microsoft mengalakkan pengguna beralih ke sistem operasi Windows 10 terbaru untuk terus menikmati ciri-ciri terkini daripada mereka. Penghentian sokongan ini juga nampaknya tidak begitu jauh daripada kemaskini Creators Update yang bakal memberikan Windows 10 lebih banyak fungsi-fungsi baharu.


Read More
Rosli Repairing Computer And Services

COOLER MASTER MEMPERKENALKAN PENYEJUK CPU MASTER LIQUID 120 DAN 240

AMD dan Intel telah sedia mengumumkan dan memperkenalkan CPU terbaru mereka, termasuklah AMD Ryzen 7 dan juga Intel Kaby Lake. Untuk mendapatkan prestasi yang terbaik daripada cip-cip pemprosesan ini, anda semestinya perlu melengkapkan sistem anda dengan menggunakan penyejuk CPU yang terbaik. Untuknya, kini Cooler Master hadir dengan penawaran mereka tersendiri yang terbaru.

Cooler Master MasterLiquid 120 dan 240 ini menggunakan pam Dual Chamber berprofil rendah, sesuai untuk mereka yang ingin menggunakan penyejuk CPU cecair untuk binaan komputer yang kecil, (mahupun besar) kerana pamnya yang bersaiz kecil. Satu-satunya perbezaan ketara di antara kedua-dua model ini ialah LiquidMaster 120 mempunyai radiator bersaiz 120mm, manakala LiquidMaster 240 menggunakan radiator bersaiz 240mm.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

SONY MEMPERKENALKAN SD CARD TERPANTAS

Kelajuan kad SD pada kamera ialah sesuatu yang pernah suatu ketika tidak berapa dipedulikan pengguna. Tetapi sejak menghasilkan video sendiri kami mula menyedari betapa pentingnya memiliki kad SD yang pantas bagi memastikan rakaman video dapat dilakukan tanpa sebarang gangguan. Sony baru sahaja melancarkan kad SD terpantas di dunia dengan kelajuan menulis write/read data pada kelajuan sehingga 299 Megabyte sesaat.

Kad SD siri SF-G dihasilkan untuk kegunaan jurugambar dan juruvideo profesional. Ia sesuai digunakan kamera yang menyokong sistem UFS-II dan turut mempunyai kemampuan membaca data pada kelajuan sehingga 300 Megabyte sesaat. Sony menawarkan tiga saiz storan iaitu 32, 64 dan 128 Gigabyte. Ia akan dijual pada musim bunga ini tetapi harga masih belum diumumkan.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

NVIDIA GEFORCE GTX 1080 TI GRAPHIC CARD TERPANTAS DARI NVIDIA



Permainan komputer kini menyokong grafik yang kelihatan hidup pada resolusi 4K dan menyokong peranti realiti maya. Jantung kepada PC berprestasi tinggi ialah kad grafik. Nvidia hari ini mengumumkan kad grafik terpantas keluaran mereka iaitu Nvidia GeForce GTX 1080 Ti.



Kad grafik dengan cip Pascal adalah 35% lebih pantas berbanding GTX 1080 biasa dan 78% lebih pantas berbanding GTX 1070. Malah ia lebih pantas jika dibandingkan dengan Titan X Pascal. GTX 1080 Ti dilengkapi dengan 3584 teras CUDA dan RAM sebesar 11 Gigabyte GDDR5X.



Ia menyokong Nvidia G-Sync HDR dan juga Nvidia GameWorks bagi paparan imej yang terbaik pada skrin komputer.Kad grafik Nvidia Geforce GTX 1080 Ti akan dijual bermula 10 Mac ini pada harga $699 (~RM 3110).


Read More
Rosli Repairing Computer And Services

INTEL MEMPERKENALKAN CPU XEON E7-8894 24 CORE BERHARGA RM39000



Jika anda sangkakan PC anda yang tercanggih dan termahal, maka fikirlah kembali. Ini kerana Intel baru sahaja mengumumkan CPU mereka yang terbaru, dan anda akan bakal membeliakkan biji mata anda berkali-kali.

Cip pemprosesan terbaru ini adalah Intel Xeon E7-8894, dan ia berasaskan kepada cipset Broadwell-EX XCC (Extreme Core Count) – mempunyai 24 teras dan 48 bebenang, serta kelajuan pada 2.4GHz, atau kelajuan Turbo Clock pada 4.4GHz.

Seperti CPU Broadwell-EX XCC yang lain, ia mempunyai sokongan quad-channel DRAM untuk memori DDR3 dan juga DDR4. Cip ini mampu menyokong RAM sebanyak 3TB untuk setiap soket. CPU ini juga dilengkapi dengan 32 jaluran PCIe 3.0, yang membolehkannya menggunakan beberapa teknologi seperti sokongan multi-GPU dan RAID secara serentak.

CPU ini bakal hadir dengan tanda harga RM39000, dan ini kerana ia akan digunakan untuk tugas-tugas misi kritikal, seperti analisa Big Data, pemprosesan bisnes, pengurusan database dan sebagainya, yang amat diperlukan oleh syarikat-syarikat yang besar.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

FACEBOOK MELANCARKAN SISTEM PENGESAN PENGGUNA YANG INGIN MEMBUNUH DIRI


Seperti yang kami laporkan sebelum ini, ketagihan kepada media sosial adalah berkadar langsung dengan epidemik kemurungan. Media sosial menjadi medan untuk pengguna menunjuk-nunjuk betapa hebatnya kehidupan mereka. Realitinya kesemua ini palsu dan hanya dimuat naik bagi menggembirakan diri sendiri serta tidak mahu kalah. Tidak mengejutkan kes pengguna media sosial membunuh diri ketika melakukan penstriman kini mula dilaporkan.

Bagi menghalang kejadian seperti ini dari berulang, Facebook melancarkan sistem yang akan mengesan pengguna yang berkeinginan membunuh diri. Sistem ini menggunakan algoritma kecerdasan buatan bagi mengesan pengguna yang menunjukkan kecenderungan untuk membunuh diri.



Integrasi dengan Facebook Live membenarkan penonton untuk melaporkan video insan yang cuba menstrim aksi membunuh diri dengan segera. Pihak Facebook kemudian akan cuba membantu menerusi sistem chat Messenger. Bagi memastikan bantuan yang terbaik diberikan, Facebook bekerjasama dengan tiga pertubuhan yang mempunyai kepakaran menangani percubaan membunuh diri.

Kemurungan bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan. Sekiranya anda mengenali teman yang menunjuk tanda-tanda kemurungan dan ingin membunuh diri segeralah membantu. LIKE dan emotikon senyum sahaja tidak mencukupi di dalam situasi begini.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

SKMM SEDANG MERANGKA UNTUK MENANGANI BERITA PALSU DAN KANDUNGAN MENGHINA



Masalah berita palsu dan kandungan menghina seseorang merupakan salah satu masalah yang semakin meningkat naik akhir-akhir ini – apatah lagi dengan ramai berkongsi berita tanpa menyemaknya. Kini, dalam usaha untuk mengatasinya, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan suatu kerangka perundangan khusus untuknya.

Melaluinya, kelak ia akan menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak memuat-naik kandungan bersifat menghina atau pun menyebarkan info palsu di internet.

Ia dikatakan, pada hari ini, tindakan boleh diambil melalui peruntukan akta sedia ada, tetapi kajian dibuat untuk memperluaskan beberapa peruntukan meliputi pelbagai platform lain.

SKMM mengatakan melaluinya ia akan menjadikan persekitaran penggunaan internet lebih sihat dan baik untuk masyarakat. Pada masa yang sama, SKMM turut menasihatkan pengguna untuk menyemak terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum dikongsikan di arena internet ini.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

SENARAI 17 PROCESSOR AMD RYZEN



Semakin hampir kita dengan tarikh pelancaran cip pemprosesan AMD yang baru, semakin banyak berita tentang syarikat tersebut yang timbul di internet. Terbaru, nampak gayanya barisan penuh CPU AMD Ryzen sudah tertiris di arena internet. Ia dilihat pembeli yang berminat boleh memilih salah satu daripada 17 cip pemprosesan yang direka khas untuk pelbagai jenis binaan komputer.

CPU AMD Ryzen dilihat terbahagi kepada tiga kategori, termasuklah AMD Ryzen R7, R5 dan R3. AMD Ryzen R7 dibina untuk penggemar overclock, mereka yang mahu meningkatkan prestasi komputer mereka ke tahap yang lebih tinggi, dan juga mendapatkan markah yang tinggi dalam pelbagai ujian penanda aras, seperti SuperPi, Prime95, Furmark, GeekBench, dan sebagainya.

Di dalam siri Ryzen R7 ini, cip pemprosesan R7 1800X telah dinobatkan CPU AMD Ryzen yang paling berkuasa, mempunyai 8 teras dan 16 thread, serta mempunyai kelajuan asas 3.6GHz. Ia menawarkan boost clock pada kadar 4.0GHz dengan penggunaan kuasa 95watt. CPU ini juga dikatakan setaraf dengan CPU Intel Core i7-6900K Haswell-E.


AMD Ryzen R5 pula agak menarik, kerana siri cip pemprosesan ini mempunyai CPU dengan 6 dan 4 teras, di mana R5 1600X mempunyai 12 thread dengan kelajuan asas 3.5GHz dan boost clock 3.9GHz, manakala R5 1400X pula mempunyai 8 thread – tetapi kelajuannya masih tidak diketahui buat masa sekarang. CPU R5 1600X ini dikatakan setanding dengan cip pemprosesan Intel Core i5-7600K, manakala R5 1400X setaraf dengan Intel Core i5-7400.

Siri terakhir dalam barisan CPU AMD Ryzen adalah AMD Ryzen R3, yang merupakan cip pemprosesan tahap asas, kerana CPU di dalam siri ini semuanya tidak menggunakan teknologi multi-threading. Ini boleh dillihat dari CPU Ryzen R3 1200X, yang hanya mempunyai 4 teras dan 4 thread, dengan kelajuan asas 3.4GHz.

Mengikut desas-desus awal, AMD dikatakan akan mengeluarkan sejumlah 17 variasi CPU, dan model-model yang berakhir dengan nombor siri X yang akan dijual terlebih dahulu.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, cip-cip pemprosesan AMD Ryzen berkemungkinan besar akan dikeluarkan sekitar bulan Mac tahun ini, dan kami berharap harganya akan berdaya saing dengan pilihan-pilihan dari Intel.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

SEBANYAK 75 JUTA SALINAN GAME GRAND THEFT AUTO V TELAH TERJUAL



Take-Two Interactive, syarikat penerbit disebalik permainan popular seperti Grand Theft Auto hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka, dan menariknya, salah satu perkara yang mencuri perhatian adalah angka jualan permainan popular, Grand Theft Auto.



Menurut Take Two, sehingga kini, Grand Theft Auto V telah terjual sebanyak lebih kurang 75 juta salinan seluruh dunia – sekaligus menjadikan ia antara permainan popular. Angka ini boleh dikatakan sangat jauh berbanding permainan lain seperti Mafia III yang hanya terjual 5 juta, atau Civilization VI yang terjual sekitar 1.5 juta salinan.



GTA sendiri mempunyai peminat yang ramai, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia – membolehkan pengguna memainkan watak penjahat dalam menyelesaikan pelbagai tugasan. Selain permainan biasa, GTA Online juga turut dilihat mempunyai permintaan yang tinggi dari segi mikro-transaksi dan sebagainya.


Selain permainan untuk konsol dan PC, pihak Take-Two juga baru-baru ini telah mengambil-alih penerbit permainan pada peranti mudah-alih, iaitu Social Point.
Read More