☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

SENARAI 17 PROCESSOR AMD RYZEN



Semakin hampir kita dengan tarikh pelancaran cip pemprosesan AMD yang baru, semakin banyak berita tentang syarikat tersebut yang timbul di internet. Terbaru, nampak gayanya barisan penuh CPU AMD Ryzen sudah tertiris di arena internet. Ia dilihat pembeli yang berminat boleh memilih salah satu daripada 17 cip pemprosesan yang direka khas untuk pelbagai jenis binaan komputer.

CPU AMD Ryzen dilihat terbahagi kepada tiga kategori, termasuklah AMD Ryzen R7, R5 dan R3. AMD Ryzen R7 dibina untuk penggemar overclock, mereka yang mahu meningkatkan prestasi komputer mereka ke tahap yang lebih tinggi, dan juga mendapatkan markah yang tinggi dalam pelbagai ujian penanda aras, seperti SuperPi, Prime95, Furmark, GeekBench, dan sebagainya.

Di dalam siri Ryzen R7 ini, cip pemprosesan R7 1800X telah dinobatkan CPU AMD Ryzen yang paling berkuasa, mempunyai 8 teras dan 16 thread, serta mempunyai kelajuan asas 3.6GHz. Ia menawarkan boost clock pada kadar 4.0GHz dengan penggunaan kuasa 95watt. CPU ini juga dikatakan setaraf dengan CPU Intel Core i7-6900K Haswell-E.


AMD Ryzen R5 pula agak menarik, kerana siri cip pemprosesan ini mempunyai CPU dengan 6 dan 4 teras, di mana R5 1600X mempunyai 12 thread dengan kelajuan asas 3.5GHz dan boost clock 3.9GHz, manakala R5 1400X pula mempunyai 8 thread – tetapi kelajuannya masih tidak diketahui buat masa sekarang. CPU R5 1600X ini dikatakan setanding dengan cip pemprosesan Intel Core i5-7600K, manakala R5 1400X setaraf dengan Intel Core i5-7400.

Siri terakhir dalam barisan CPU AMD Ryzen adalah AMD Ryzen R3, yang merupakan cip pemprosesan tahap asas, kerana CPU di dalam siri ini semuanya tidak menggunakan teknologi multi-threading. Ini boleh dillihat dari CPU Ryzen R3 1200X, yang hanya mempunyai 4 teras dan 4 thread, dengan kelajuan asas 3.4GHz.

Mengikut desas-desus awal, AMD dikatakan akan mengeluarkan sejumlah 17 variasi CPU, dan model-model yang berakhir dengan nombor siri X yang akan dijual terlebih dahulu.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, cip-cip pemprosesan AMD Ryzen berkemungkinan besar akan dikeluarkan sekitar bulan Mac tahun ini, dan kami berharap harganya akan berdaya saing dengan pilihan-pilihan dari Intel.

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :