Intel, nama yang tidak asing lagi dalam arena pengeluaran cip pemprosesan kini mengesahkan yang mana mereka akan hadir dengan cip pemprosesan Intel Core Gen-8 pada pertengahan kedua 2017 ini. Secara kasar, Intel memperlihatkan ia akan menawarkan peningkatan prestasi sekitar 15% berbanding dengan Core Gen-7 sebelum ini.
Cip ini akan menggunakan rekaan berasaskan binaan 14nm, sama seperti yang dilakukan Intel sejak beberapa tahun lepas.Seperti biasa, kita akan dapat melihat beberapa variasi cip diperkenalkan dibawah keluarga berkenaan.Selain daripada cip ini, Intel juga dijangka akan beralih kepada binaan berasaskan 10nm tidak lama lagi.