☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

KERAJAAN CHINA MEMERANGI VPN YANG TIDAK BERDAFTAR



Kerajaan China kini telah memulakan kempen terhadap sambungan internet yang tidak sah, termasuk perkhidmatan VPN – mengatakan semuanya memerlukan kebenaran kerajaan China terlebih dahulu sebelum ia beroperasi dan digunakan



Seperti ramai sedia maklum, kerajaan China sedia membuat halangan untuk sejumlah perkhidmatan internet dan mengawal kandungan di negara berkenaan. Untuk mengakses laman seperti Facebook, Google, YouTube, Twitter dan sebagainya, pengguna perlu berhubung menggunakan rangkaian VPN. Ia telah menjadi kebiasaan untuk pelancong dari luar yang ke China atas urusan kerja melanggan perkhidmatan VPN untuk meneruskan tugasan mereka dengan mudah – apatah lagi dengan ramai dari luar China yang menggunakan perkhidmatan seperti GMail.



Walaubagaimanapun, ia turut ditekankan yang mana perkara ini mungkin tidak memberikan impak kepada syarikat multi-nasional yang beroperasi di China, dan memerlukan sambungan internet luar. Perubahan pada bidang komunikasi ini dikatakan berkait dengan keselamatan pengguna di negara berkenaan dalam melayari web. Langkah kerajaan China ini hadir dijangka berlangsung untuk tempoh 14 bulan akan datang – iaitu sehingga 31 Mac 2018 kelak.

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :