☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

TAWARAN DARI TELEKOM BAGI PELANGGAN YANG TIDAK MENERIMA NAIK TARAF KELAJUAN


Selari dengan Belanjawan 2017 yang diumumkan oleh kerajaan, pihak Telekom Malaysia telah mula menawarkan penaik-tarafan pakej kepada pengguna Unifi terpilih sejak daripada minggu lepas. Seperti ramai sedia maklum, pengguna dengan pakej 30Mbps dinaik-taraf kepada 50Mbps, sementara pengguna dengan pakej 50Mbps pula dinaik-taraf kepada 100Mbps.

Walaubagaimanapun, beberapa pengguna Unifi tidak menerima penaik-tarafan berkenaan disebabkan oleh beberapa kekangan. Antaranya adalah disebabkan had teknikal dan sokongan infrastruktur di lokasi pelanggan, selain berkemungkinan pelanggan turut telah melanggan pakej paling tinggi daripada UniFi. Selain untuk pelanggan berkenaan, Telekom Malaysia juga turut menyediakan penawaran dan sedikit ganjaran kepada pelanggan Streamyx dan juga TM Homeline.


Daripada perkongsian pihak Telekom Malaysia kepada kami, para pelanggan yang tidak menerima penaik-tarafan kelajuan akan ditawarkan dengan beberapa pilihan. Penawaran pilihan adalah berbeza untuk setiap pelanggan bergantung kepada lokasi dan sebagainya. Antaranya adalah:

1. Potongan RM10 untuk langganan Webe untuk tempoh 12 bulan akan datang.

2. Langganan HyppTV Pack percuma untuk tempoh 12 bulan sekiranya pelanggan UniFi berkenaan tidak melanggan kepada pakej HyppTV tambahan.

3. 2 VOD percuma selama 4 bulan sekiranya melanggan pakej HyppTV tambahan.

4. Kupon GemFive bernilai RM25 untuk digunakan sekali bagi pembelian melangkaui RM100.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia seperti UniFi, Streamyx atau TM Homeline, boleh menyemak apakah “kejutan” yang ditawarkan untuk akaun anda melalui laman TM Thank You Surprise.

> SEMAK DISINI

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :