☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

APA ITU TOR BROWSER?




APA ITU TOR?

Tor bermaksud adalah ( THE ONION ROUTER ) iaitu sebuah aplikasi browser bersifat encrypted berfungsi menyembunyi perilaku aktiviti semasa kita sedang melayari internet. Dengan itu jika kita melayari internet menggunakan tor browser maka tiada siapa yang dapat menghidu aktiviti atau menjejaki lokasi kita..

APAKAH TUJUAN TOR DICIPTA?

Tujuan tor dicipta adalah untuk kebebasan dan privasi ketika sedang melayari internet dan tujuan lain tor browser ini juga membolehkan seseorang membuka semua jenis laman web yang di sekat oleh pihak kerajaan atas sebab-sebab tertentu dan ianya boleh dibuka tanpa sebarang masalah. Tor browser ini juga kebiasaanya digunakan oleh peniaga-peniaga haram online menjual barang-barang yang tidak dibenarkan oleh undang-undang supaya jejak mereka tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa dan tor browser ini juga selalu digunakan oleh negara-negara yang mempunyai masalah konflik dalaman bagi mengelak berita yang disampaikan dari dalam negeri tidak menjadi khabar angin di luar negara..

BAGAIMANA TOR BERFUNGSI?

Tor akan menyalurkan segala traffic internet melalui titik-titik yang mendukung tor protocol ( TOR EXIT NODER ) dan ini akan dilakukan secara berulang-ulang sehingga lokasi asal anda tidak dapat dijejak kerana penjejak perlu melewati begitu banyak lapisan seperti sebiji bawang yang apabila kulitnya dikupas didalamnya mempunyai lapisan lagi..








BAGAIMANA KECEPATAN INTERNET KETIKA MENGGUNAKAN TOR?

Kalau untuk browsing memang saya akan mengatakan memang cepat dan lancar tanpa sebarang masalah bergantung kepada bandwitch connection anda. Saya pernah cuba memonton video streaming dari youtube ternyata laju dan lancar waktu itu saya membuat testing menggunakan streamyx internet connection bandwitch sekitar 1MB..

BAGAIMANA CARA INSTALL TOR BROWSER?

Layari website tor browser dan pilih operating sistem samada OS yang anda gunakan adalah versi WINDOWS, MAC ATAU LINUX kemudian download dan install seperti biasa dan browser yang dihasilkan adalah dalam bentuk portable.

Selain dari tor browser kaedah lain untuk perlindungan diri dan privasi semasa berada di internet ialah dengan menggunakan VPN (Virtual Private Network)


            DOWNLOAD TOR BROWSER DISINI

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :