Driver adalah merupakan sejenis fail pembawa atau pemacu kepada sesuatu hardware..Fail driver ini juga berfungsi menghubungkan antara hardware dengan windows agar windows dapat memberikan arahan kepada hardware itu mengenai tugas-tugas yang perlu dijalankan, tanpa adanya fail driver ini sesuatu hardware yang terhubung ke komputer tidak akan dapat berfungsi dan segala hardware terhubung ke komputer tidak dapat menerima arahan..
Semua hardware yang terhubung di usb komputer mahupun board komputer harus memerlukan driver..Sama hal yang demikian jika anda mempunyai kenderaan seperti kereta atau motorsikal tetapi tiada pemandu yang memandu kenderaan itu maka kenderaan itu pasti tidak akan dapat bergerak..
Contoh Beberapa Hardware Yang Memerlukan Driver Yang Harus Di Install Secara Manual Melalui Cd Atau Dvd Adalah Seperti Berikut..
PRINTER
SOUND CARD
VGA CARD
Contoh Beberapa Hardware Yang Apabila Dihubungkan Ke Komputer Windows Akan Install Driver Secara Automatik..(Plug And Play)
KEYBOARD
OPTICAL MOUSE
THUMB DRIVE
EXTERNAL DISK
Beberapa hardware seperti (Plug And Play) gambar diatas ini akan dipasang driver secara automatik oleh windows dan tidak seperti hardware yang lain. Setiap driver adalah berlainan mengikut model dan jenama bagi sesuatu hardware..Misalnya anda membeli sebuah laptop second hand adalah wajib anda bertanya dimana cd driver untuk laptop tersebut..Ini adalah penting kerana jika pada suatu masa nanti anda mahu format laptop tersebut maka semua driver yang ada didalam laptop itu terhapus dan pemasangan diperlukan semula dengan menggunakan cd driver yang dibekalkan oleh pembekal yang sudah termasuk dalam set pembelian.
Kebiasaanya Selepas Format Atau Upgrade Windows Untuk Laptop Atau Desktop..Driver Mesti Diperlukan Untuk Menjalankan Hardware Seperti Berikut..
-Graphic Driver
-Sound Driver
-Touch Pad Driver
-Chipset Driver
-Wifi Driver
-Bluetooth Driver
-Lan Driver
-Modem Driver
Jika anda gagal menemukan driver atau tidak membuat pemasangan driver untuk kesemua hardware ini maka sistem operasi hardware ini tidak berjalan contoh unruk 'sound driver' jika tiada driver dipasang untuk hardware ini maka speaker tidak akan mengeluarkan bunyi..
Jika anda kehilangan cd driver hendaklah dirujuk driver tersebut kepada support@download bagi model komputer tersebut, jenis sistem operasi dan instruction set samada komputer anda menggunakan x86 atau x64
Nasihat saya kepada anda diluar sana jika anda ada cd atau dvd driver buatlah salinan driver itu kedalam hard disk,external disk atau thumb drive kerana driver adalah nyawa bagi setiap komponen hardware yang ada didalam laptop atau desktop ini adalah penting bagi menentukan jika sesuatu berlaku pada cd/dvd anda iaitu rosak, hilang atau calar maka anda tidak perlu bimbang lagi kerana anda sudah ada salinan kedua..
Kepada anda yang tidak mempunyai cd/atau dvd driver ianya sudah hilang, boleh muat turun driver tersebut di sini