Pernahkah anda melihat pendrive atau memori kad berjenama dijual dengan harga yang begitu murah di kaki lima di tepi-tepi jalan atau di pasar malam?saya selalu melihat keadaan begini lebih-lebih lagi dihadapan mydin masjid india kuala lumpur..Dengan berbekalkan sebuah meja kecil dan sebuah bangku mereka cuba meraih keuntungan dengan menipu pengguna iaitu menjual memori bersaiz besar tetapi pada hakikatnya kapasiti sebenar adalah berbeza dengan saiz yang dilabelkan..
Ramai yang tertipu kerana terbeli memori ini yang kononnya jenama yang dibeli adalah yang asli dan yang menarik pembeli untuk membeli adalah kerana harga yang murah serta memori yang bersaiz besar sekitar 32gb,64gb,128gb,256gb dan 512gb! Saya telah membuat kajian keatas disk-disk ini mendapati jumlah kapasiti sebenar yang terbina didalam memori ini hanyalah dalam linkungan sekitar 4gb hingga 8gb sahaja!dan kelajuan transfer file pula adalah sangat perlahan iaitu sekitar 1.20 MB/Second bebanding memori tulen boleh mencecah sehingga 4.40 MB/Second..
Mengapa boleh jadi begini?
Pada pemeriksaan dalam My Computer menunujukkan jumlah kapasiti adalah sama dengan saiz yang dibeli akan tetapi jumlah dalaman yang terbina didalam sebenarnya adalah berlainan ini terjadi kerana nombor saiz kapasiti yang tertera itu telah digodam (hack) menjadi angka lain supaya itu boleh meyakinkan pembeli bahawa saiz itu adalah saiz yang sebenar..Pada hakikatnya apabila sedang memindahkan fail yang saiznya melebihi saiz sebenar maka tidak beberapa lama error mesej akan muncul dengan perkataan menunjukkan "Disk Is Full"
Apa yang perlu dibuat jika sudah terbeli?Simpan sahaja buat kenangan dan saya tidak mencadangkan anda simpan apa-apa fail didalam pendrive ini walaupun jumlah masih berbaki dalam 4gb hingga 8gb ia tetap bukan peranti yang baik untuk digunakan kerana banyak rungutan yang saya dengar dari pembeli sebagai contoh apabila membuat transfer sebanyak 100 fail maka hanya 80 fail sahaja yang diterima masuk dan baki yang selebihnya sebanyak 20 fail tidak tahu hilang kemana..
Nasihat saya jangan sesekali mencuba membeli peranti ini kecuali sekadar untuk mencuba atau membuat kajian..barang ini sangat mudah diperolehi terutamanya di pasar pudu dan pasar karat dan masjid india..Belilah yang original didalam kedai komputer terkemuka dan berdaftar seperti di plaza low yat atau digital mall yang tentu sahaja mempunyai waranti dan puas hati..