APA ITU VPN?
VPN adalah singkatan nama bagi (Virtual Private Network)..Vpn merupakan sebuah rangkaian peribadi iaitu (Private Network) yang membolehkan anda melayari internet berhubung di antara satu sama lain dengan selamat disamping itu juga VPN menjaga semua malumat yang kita sampaikan supaya tidak diceboroh oleh sesiapa..
SEJARAH VPN
Mengikut satu kajian bahawa internet dicipta oleh negara barat bertujuan adalah untuk memudahkan perhubungan antara satu sama lain sekiranya mereka berada pada jarak yang jauh. Disebabkan mereka selalu memberikan maklumat sulit, jadi akan ada kemungkinan musuh akan cuba untuk mendapatkan maklumat dengan mencoroboh (hack) internet connection mereka maka dari situ wujudnya Virtual Private Network Iaitu untuk memastikan maklumat yang dihantar supaya tidak mudah diceroboh oleh musuh.
BAGAIMANA VPN BERFUNGSI?
Sebenarnya apabila kita menggunakan internet, segala packet dan maklumat yang dihantar adalah tidak secure dan tidak selamat jadi hacker dengan mudah untuk mencuri maklumat anda dengan menggunakan berbagai jenis teknik hacking..Jadi fungsi VPN ini adalah untuk untuk secure dan selamatkan internet connection kita dari diceroboh..VPN akan membuat satu terowong yang menghubungkan terus dari komputer anda ke komputer yang lain dan di dalam terowong itulah mengandungi data maklumat anda.
Sekiranya seseorang hacker telah berjaya memecahkan terowong VPN maka data maklumat yang diperolehi oleh hacker tadi secara automatik sudah di encrypted oleh VPN maka fail yang diperoleh itu sudah tidak berguna kepada hacker.
Kelebihannya yang lain adalah ip address anda akan bertukar tukar kepada ip address server virtual private networking itu dengan sendiri dan ini menyukarkan lagi seseorang hacker untuk mengetahui ip address anda. Sebab itu semasa kita sedang menggunakan VPN kita melihat ip address kita akan bertukar tukar ke ip luar negara supaya hacker tidak dapat mengetahui lokasi kita.
Fungsi lain mengenai VPN ini juga ialah membenarkan kita membuka semua jenis website yang tidak dapat dibuka atau website yang sudah di block.
SENARAI SERVICE VPN PERCUMA
1. ULTRA VPN
2. LOGMEIN HAMACHI