☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label virus. Show all posts
Showing posts with label virus. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

AWAS PENYEBARAN MALWARE MELALUI GAMBAR DI FACEBOOK


Malware berbentuk ransomware antara yang popular akhir-akhir ini, dimana ia menjangkiti pelbagai fail dan dokumen pada sistem komputer anda. Seterusnya, anda akan diminta untuk membayar sebelum dapat mengakses dokumen atau fail berkenaan.
Terkini, pengkaji bebas mendapati terdapat sebuah malware yang disebarkan melalui laman sosial seperti Facebook dan juga LinkedIn. Penyebaran malware ini dilakukan melalui gambar pada laman sosial berkenaan, dimana ia menyertakan kod hasad pada fail gambar berkenaan, dan akan meminta pengguna untuk memuat-turun fail tambahan.
Pengguna boleh mengelak daripada dijangkiti malware ini dengan tidak memuat-turun atau membuka fail yang dimuat-turun berkenaan. Sekiranya anda terbuka, maka ia akan menjangkiti pelbagai fail, dan ia akan melalui penyulitan sehingga anda membayar untuk membukanya.

Pengkaji sekuriti berkenaan mengatakan mereka telah memaklumkan pihak Facebook dan LinkedIn mengenai masalah kerentanan ini sejak September lepas, dan tidak diketahui mengenai ia sudah diatasi atau tidak.
Apa pun, sekiranya anda menerima notifikasi untuk sebarang muat-turun atau termuat-turun sesuatu fail yang mencurigakan tanpa sedar, ada baiknya jangan membuka ia. Anda juga boleh menyemak fail yang mencurigakan melalui VirusTotal untuk melihat sama ada ia mempunyai malware atau sebaliknya.
Dikemaskini: : Pihak Facebook mengatakan ia melibatkan pemalam Chrome khusus yang telah dihalang oleh pihak Facebook.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

10 JENIS VIRUS BERBAHAYA.!



Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986 sehingga tahun 2007, anda boleh lihat di bawah dan berhati – hati dengan kewujudan virus – virus ini.:-)

Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.


Michelangelo, 1991

Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan – bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.


Melissa, 1999

Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.


ILOVEYOU, 2000

Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.


Code Red, 2001

Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.


Nimda, 2001

Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.


Klez, 2001

Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.:-).


Slammer, 2003

Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira – kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.


MyDoom, 2004

Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.


Storm, 2007

Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

CONTOH BEBERAPA JENIS VIRUS



JENIS-JENIS VIRUS TERSEBUT IALAH

BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.
WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

Virus Bagle BC

Virus ini dikategorikan salah satu jenis virus yang berbahaya dan telah masuk keperingkat jenis virus yang paling cepat mempengaruhi komputer kita. Beberapa jam setelah menularnya virus ini, sudah terdapat 2 buah varian Bagle ( Bagle BD dan BE )yang menyebar melalui e-mail, jaringan komputer dan aplikasi P2P. Virus ini menyebar melalui e-mail dengan berbagai subjek berbeza. Menurut suatu penelitian dari Panda Software, virus Bagle BC ini menyusup ke dalam e-mail dengan subjek antara lain : Re:, Re:Hello, Re:Hi, Re:Thank you, Re:Thanks. Attachment-nya juga bermacam-macam, antara lain : .com, .cpl, .exe, .scr. Virus Bagle BC juga mampu untuk menghentikan kerja program-program antivirus.

Virus Dropper

Suatu program yang dimodifikasikan untuk menginstal sebuah virus komputer yang menjadi target serangan. setelah terinstal, maka virus akan menyebar tetapi Dropper tidak ikut menyebar. Dropper boleh berupa nama file seperti Readme.exe atau melalui Command.com yang menjadi aktif ketika program berjalan. Satu program Dropper boleh memiliki beberapa jenis Virus.

Virus Script/Batch

Awalnya virus ini terkenal dengan nama virus batch seperti yang terdapat di file batch yang ada di DOS.Virus script biasanya sering dijumpai dari Internet karena kelebihannya yang fleksibel dan boleh berjalan pada saat kita bermain internet, virus jenis ini biasanya menumpang pada file HTML (Hype Text Markup Language) dibuat dengan menggunakan fasiliti script seperti Javascript, VBscript,4 mahupun gabungan antara script yang mengaktifkan program Active-X dari Microsoft Internet Explorer.

Virus Polymorphic

Boleh dikatakan virus yang cerdas kerana virus ini dapat mengubah strukturnya setelah melaksanakan tugas sehingga sukar dikesan oleh Antivirus. Virus ini memang dirancang untuk dapat melepasi program anti-virus. Program virus ini sanggup meng-evolusikan dirinya sehingga sukar dikenali oleh program anti-virus. Proramnya mampu mengubah strukturnya setiap kali selesai mengjangkiti file atau program lain.

Virus Stealth

Virus jenis ini sanggup menguasai tabel interrupt pada DOS yang dikenal sebagai ‘interrupt interceptor.’ Virus ini mmpunyai kemampuan untuk mengendalikan arahan-arahan program level DOS dan juga boleh menyembunyikan dirinya sesuai namanya secara penuh mahupun ukurannya. Virus pintar ini, dapat memodifikasi struktur file untuk menyembunyikan kod program tambahan di dalamnya. Kod ini memungkinkan virus ini dapat menyembunyikan diri. Semua jenis virus lain juga memanfaatkan kod ini. Saiz-saiz file tidak berubah setelah virus mengjangkiti file.

Virus Companion

Virus jenis ini mencari file *.EXE untuk membuat sebuah file *.COM dan menyalin untuk meletakkan virus. Alasannya, file *.COM berjalan sebelum file *.EXE.

Multi partition virus

Ini merupakan integrated antara virus boot sector dengan virus file. Dimana dia dapat mengjangkiti file-file *.EXE atau *.COM dan juga mengjangkiti boot sector.

Virus Hybrid

Virus ini merupakan virus yang mempunyai dua kemampuan, biasanya dapat masuk ke boot sector dan juga dapat masuk ke file. Salah satu contoh virus ini adalah virus Mystic yang dibangunkan di Indonesia.

Spyware

Program ini sanggup secara diam-diam masuk kedalam komputer dan mengambil data-data penting yang kita miliki seperti account dan sebagainya. Tujuan awal virus ini , adalah untuk mencari data dari pengguna internet dan memerhatikan kebiasaan seseorang pengguna internet dalam menyusuri dunia maya.

TINDAK BALAS VIRUS DAN CARA KINERJA

1.  Virus file Overwrite
- Virus ini akan menindih seluruh bahagian programnya di awal file. Sehingga bahagian asli akan digantikan dengan program virus.
a.  Struktur
- Tanda pengenal virus
- Inti program virus
- Manipulasi
- Program Pengaktif
b.  Cara kerja
- Seluruh program virus dicopykan ke awal file yang diinfeksi

2.  Virus file Non Overwrite
- Virus jenis ini menempel pada file namun tidak akan merusak program yang diserangnya.
- Prinsip kerjanya mirip dengan virus overwrite ditambah rutin peloncat agar data file tidak rusak.
a. Struktur
 - Tanda pengenal virus
- Inti program virus
- Manipulasi
- Rutin Peloncat
- Program Pengaktif
b. Cara Kerja
 - Virus menghitung saiz file dan membahaginya menjadi dua bahagian.Bahagian satu digandakan.
- Program virus dicopy ke bahagian satu.
- Alur program melompat ke bahagian satu hasil dari copy.
- Alur program melompat ke bahagian dua.

3.  Virus New File
- Virus yang dalam menggandakan dirinya tidak menindih pada file, tapi membuat copy programnya sendiri dengan kriteria tertentu.
a.  Struktur
- Rutin Form Loading
 - Rutin Pelacakan file
- Rutin Penyebaran jaringan
- Rutin Modul utama worm
- Rutin Modus bertahan hidup.
- Rutin Manipulasi
b. Cara Kerja
- Virus meload manipulasi awal.
- Membuat copy.
- Menyebarkan kejaringan.
- Menghilangkan pertahanan sistem
- Melakukan Manipulasi tertentu

Terdapat banyak lagi virus dan jenisnya dan ini merupakan beberapa contoh sahaja..
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

CARA MENGATASI FAIL HILANG AKIBAT SERANGAN VIRUS



Macam-macam cara virus mendatangkan masalah. Teknik yang biasa digunakan menyembunyikan fail anda dan menyamar (duplicate) dan menjadi shorcut pada fail anda.

Disini kami menemui cara untuk mengembalikan fail-fail anda semula. Pastikan antivirus anda dapat mengesannya dahulu. Jika tidak hasil usaha anda ini akan sia-sia dan virus itu akan menyembunyikan fail semula.



Mula-mula sekali anda perlu buka aplikasi DOS



Pilih menu Run dan taipkan “cmd”

Setelah itu taipkan

attrib +a -r -s -h C:\*.* /s /d

Tekan kekunci ENTER

seperti begini



Arahan ini adalah untuk cakera keras C. Ia akan mengambil masa lama jika saiz partition anda besar. Harap bersabar kerana arahan ini adalah untuk semua fail dan folder di partition itu.

+a = jadikan sebagai archive
-r = buang read only attribute pada fail itu
-s = buang system attribure pada fail itu
-h = buang hidden attribute pada fail itu

/s = untuk subfolder dan berikutnya
/d = untuk directory berulang (jika banyak subfolder)

Jika anda ada beberapa partition lain termasuk pendrive anda bolehlah menukarkan C: kepada huruf lain  seperti

attrib +a -r -s -h D:\*.* /s /d
attrib +a -r -s -h E:\*.* /s /d
attrib +a -r -s -h F:\*.* /s /d

dan sebagainya.

Setelah semua fail dijumpai anda boleh lah delete fail shorcut atau fail exe yang sama nama filename dengan fail asal anda.

Read More