Macam-macam cara virus mendatangkan masalah. Teknik yang biasa digunakan menyembunyikan fail anda dan menyamar (duplicate) dan menjadi shorcut pada fail anda.
Disini kami menemui cara untuk mengembalikan fail-fail anda semula. Pastikan antivirus anda dapat mengesannya dahulu. Jika tidak hasil usaha anda ini akan sia-sia dan virus itu akan menyembunyikan fail semula.
Mula-mula sekali anda perlu buka aplikasi DOS
Pilih menu Run dan taipkan “cmd”
Setelah itu taipkan
attrib +a -r -s -h C:\*.* /s /d
Tekan kekunci ENTER
seperti begini
Arahan ini adalah untuk cakera keras C. Ia akan mengambil masa lama jika saiz partition anda besar. Harap bersabar kerana arahan ini adalah untuk semua fail dan folder di partition itu.
+a = jadikan sebagai archive
-r = buang read only attribute pada fail itu
-s = buang system attribure pada fail itu
-h = buang hidden attribute pada fail itu
/s = untuk subfolder dan berikutnya
/d = untuk directory berulang (jika banyak subfolder)
Jika anda ada beberapa partition lain termasuk pendrive anda bolehlah menukarkan C: kepada huruf lain seperti
attrib +a -r -s -h D:\*.* /s /d
attrib +a -r -s -h E:\*.* /s /d
attrib +a -r -s -h F:\*.* /s /d
dan sebagainya.
Setelah semua fail dijumpai anda boleh lah delete fail shorcut atau fail exe yang sama nama filename dengan fail asal anda.