☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

APPLE TERPAKSA BAYAR GANTI RUGI $22.1 JUTA



Toyol paten ialah individu ataupun syarikat yang memegang paten tertentu tanpa menghasilkan sebarang produk. Keuntungan didapati dengan meminta bayaran paten dari mereka yang mahu menggunakannya atau memfailkan saman. Februari lalu Apple terpaksa membayar saman $625 Juta kepada VirnetX kerana melanggar paten teknologi VPN. Keputusan kemudian dibatalkan atas sebab teknikal dan kes akan dibicarakan semula 26 September hadapan.
Mahkamah Texas mendapati Apple bersalah menggunakan paten teknologi selular yang dimiliki oleh Acacia Research Corp tanpa kebenaran. Mereka perlu membayar ganti rugi sebanyak $22.1 Juta (~RM 91.4 Juta) kepada syarikat yang juga boleh dikategorikan sebagai toyol paten. Jumlah ganti rugi ini adalah amat kecil jika dibandingkan dengan keuntungan tahunan Apple. Keuntungan yang besar ini jugalah yang menyebabkan Apple semakin kerap menjadi sasaran toyol paten.

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :