Penggunaan teknologi dan pihak polis sudah berlaku sejak berdekad lamanya. Teknologi forensik terkini digunakan bagi menangkap penjenayah. Bermula dari pengenalan cap jari hinggalah sistem kamera yang mampu mengenali wajah setiap individu. Dengan penggunaan peranti pintar, teknologi baru digunakan bagi memudahkan interaksi pihak polis dan rakyat marhaen.
Terkini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan aplikasi Volunteer Cop akan dilancarkan dalam masa terdekat. Menerusi aplikasi peranti pintar ini, orang ramai dapat melaporkan jenayah dengan memuat naik gambar dan video terus kepada pihak polis. Aplikasi ini adalah penaik tarafan dari aplikasi Rakan Cop yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Menerusi aplikasi ini orang ramai boleh menjadi mata dan telinga polis bagi membasmi jenayah dengan pantas. Selain penggunaan aplikasi pintar, pihakPolis Diraja Malaysia juga bakal menggunakan dron untuk melakukan rondaan. Diharap dengan pengguna pelbagai teknologi ini kelak Malaysia akan semakin aman.