☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

MALAYSIA TEMPAT KETIGA PENGGUNAAN INTERNET TERTINGGI



Malaysia muncul sebagai negara ketiga yang mencatatkan peratusan tertinggi untuk segmen pengguna Internet dengan nilai sebanyak 67 peratus selepas Singapura dan Brunei daripada jumlah keseluruhan pengguna Internet di seluruh Asia Tenggara kira-kira 252.4 juta.
Malah, sektor e-dagang Malaysia mencatatkan salah satu daripada urus niaga dalam talian perkapita tertinggi di Asia Tenggara dan daripada rekod terbabit, hasil penembusan Internet menunjukkan terdapat potensi besar untuk pertumbuhan pasaran e-dagang di peringkat tempatan.
Bagaimanapun, pasaran runcit e-dagang Malaysia hanya menyumbangkan kira-kira dua peratus berbanding pasaran e-dagang lain seperti Korea Selatan yang menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah pasaran runcit.
Bedasarkan rekod, sepanjang lima tahun lalu (2010-2014), saiz pasaran e-dagang Malaysia menyaksikan peningkatan sehingga 31 peratus untuk CAGR.
Melihat daripada sudut logik, 11street menjangkakan ia akan berada pada kadar pertumbuhan yang sama dan mencapai AS$3.1 bilion menjelang 2018.
Malah, untuk 2016, 11street turut meramalkan pergerakan Internet, logistik dan keselamatan akan menjadi tiga pemacu utama untuk melonjakkan pembangunan e-dagang tempatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Hoseok Kim berkata, dalam persediaan untuk menawarkan perkhidmatan pembelian yang lebih baik bagi tahun 2016, pihaknya percaya inisiatif sokongan yang dicadangkan oleh kerajaan dapat membantu peniaga memenuhi permintaan masa depan dengan menyediakan pembeli pengalaman beli-belah dalam talian lebih lancar disokong oleh perkhidmatan penghantaran yang cepat.
“Tidak dapat dinafikan, pasaran e-dagang di Malaysia secara keseluruhannya bersedia untuk berkembang dengan lebih positif. Langkah seterusnya adalah untuk mengekalkan potensi pasaran dan peserta industri perlu bekerjasama untuk memastikan perancangan ini berjalan lancar.
“11street juga gembira untuk bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Google dan kami menggesa peniaga dalam talian untuk sentiasa berwaspada terhadap trend mudah alih yang kian berkembang agar dapat memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan sekali gus membina kerancakan pasaran domestik bagi sektor e-dagang,” katanya.

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :