☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

BERHATI-HATI DENGAN UGUTAN SIBER



Agensi keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia (CSM) mengesan kegiatan scam ugutan siber yang kini berleluasa di negara ini.
Modus operandi ugutan terbabit dilakukan dengan penjenayah me­nyamar sebagai wanita seksi yang berasal dari Filipina, Jepun atau Korea dan bersosial di laman seperti Facebook dan Tagged.
Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, penjenayah terbabit akan memerangkap mangsa untuk melakukan kegiatan tidak senonoh sebelum merakamnya melalui kamera web.
“Penjenayah akan meminta mangsa untuk berbual melalui laman sembang video seperti Skype dan menggunakan ayat manis untuk memerangkap mangsa.
“Mangsa akan melakukan aksi tertentu tanpa menyedari perbuatan mereka dirakam kamera web yang dijadikan bahan ugutan,” katanya.
Beliau memaklumkan, penjenayah siber ini akan mengancam untuk menyebarkan video terbabit ke laman umum seperti YouTube, laman sosial lain atau terus kepada keluarga mangsa sekiranya tuntutan tertentu tidak dipenuhi.
“Kami menyaksikan peningkatan insiden ugutan scam siber ini pada suku pertama tahun ini.
“Dari Januari hingga Mac tahun ini saja, terdapat lebih 25 insiden dilaporkan melalui pusat bantuan Cyber999 jika dibandingkan dengan 21 kes pada tempoh sama tahun lalu,” katanya.
Dr Amirudin berkata, sejumlah 121 insiden ugutan siber dilaporkan secara keseluruhan tahun lalu dengan mangsa terdiri daripada remaja sehingga lelaki pertengahan usia.
“Kami mengesyaki kegiatan ini didalangi warga asing lelaki dari pelbagai lokasi yang menyamar sebagai wanita dengan video dirakam lebih awal untuk menipu mangsa,” kata Dr Amirudin.
Katanya, pengguna perlu lebih berhati-hati memandangkan kegiatan itu kini lebih serius yang boleh menggugat reputasi.

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :