Pada artikel yang lalu saya telah menerangkan mengenai langkah-langkah pencegahan kerosakan komputer di bahagian (hardware) dan hari ini saya beralih ke bahagian langkah-langkah pencegahan kerosakan komputer di bahagian (software) iaitu bahagian sistem operasi windows.
Kedua-dua bahagian ini wajib anda pelajari terutamanya kepada mereka yang baru menggunakan komputer dan tiada pengalaman untuk dijadikan sebagai asas basic pengetahuan supaya berbagai jenis masalah dapat dielakkan.
Punca kerosakan utama bahagian sistem operasi windows datang dari beberapa sebab dan salah satunya adalah kerana terkena serangan virus. dari mana virus ini hadir? apakah tujuan virus ini dicipta dan siapakah penciptanya?
Virus tidak boleh terjadi dengan sendiri melainkan ada manusia yang menciptanya, tindak balas virus terhadap komputer adalah bergantung kepada kemahuan pencipta, tujuan virus dicipta adalah kononya semata-mata untuk mencari keuntungan dengan menjual perisian anti virus.
Seorang pencipta virus ini biasanya adalah seorang programmer dan sudah semestinya dia tahu bagaimana untuk mengubatinya. sebagai contoh seorang doktor mencipta suatu penyakit dan tidak berapa lama kemudian dia membuat hebahan bahawa kononya dia telah menemui penawar bagi penyakit tersebut dan dari situ dia sudah membuat keuntungan.
Bagaimana untuk mengelakkan dari terkena serangan virus ini? pasang anti virus jenis premium ke dalam komputer anda dan jangan sesekali menggunakan anti virus free licence atau trial version kerana perisian anti virus ini tidak dapat menghalang semua jenis virus. anti virus premium adalah anti virus berbayar yang mempunyai lesen selama setahun yang berupaya menghalang semua jenis serangan virus.
Apabila anda membeli sebuah komputer baru, selain dengan memasang perisian anti virus apakah perkara wajib lain yang anda harus lakukan? teruskan membaca dan ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Pertama, install aplikasi CCleaner ke dalam komputer anda dan lakukan pembersihan secara berjadual selama seminggu sekali atau seminggu dua kali. ini amat baik bagi mengelak komputer anda menjadi lembab dengan membuang segala cache dan history iaitu sejarah-sejarah lama yang terkumpul disaat anda browsing disana sini.
Langkah kedua buang start up yang terlalu banyak dan yang dirasakan tidak perlu di bahagian section start up yang ada di dalam CCleaner dengan cara menekan uncheck ke dalam box yang berkenaan dan apabila komputer dihidupkan windows hanya akan menjalankan beberapa aplikasi sahaja yang berkenaan. jika terlalu banyak aplikasi yang tidak berguna dijalankan maka proses boot to windows akan mengambil masa yang terlalu lama dan terjadinya 'application running background' yang memerlukan penggunaan sejumlah ram.
Perhatian, anda tidak digalakkan uncheck box untuk aplikasi anti virus kerana sewaktu on komputer, sistem tidak akan menjalankan anti virus bersama. Jika anda tidak arif boleh mencuba cara kedua iaitu dengan menekan butang WIN+ R dan masukkan perintah 'MSCONFIG' dan kemudian tekan enter, pilih bahagian startup kemudian uncheck mana-mana bahagian di dalam box yang anda rasa tidak diperlukan dan tekan ok.
Download CCleaner Percuma
Langkah seterusnya buat check disk untuk semua drive, caranya ialah pergi ke > my computer><right click mana-mana partition yang dikehendaki><click properties><select tools tab><click check now>< click start. lakukan check disk untuk mengesan sebarang drive error. ini dapat mengelakkan dari terjadinya 'Bad Sector' di dalam hard disk anda. bad sector tidak boleh dibaiki sekiranya sudah terjadi, untuk mengelakkan perkara ini anda perlu membuat check disk sekurang-kurangnya seminggu sekali. jika ada kesalahan error ditemui, tools ini akan membetulkan kesalahan tersebut secara automatik.
Berkenaan dengan bad sector ini, jika anda mematikan komputer dengan cara tidak betul perkara bad sector ini juga boleh terjadi misalnya anda mengambil jalan mudah dengan mematikan komputer anda dengan cara menutup suis utama 240V. cara ini adalah tidak betul, windows sudah mulai menandai beberapa titik di dalam hard disk anda sebagai bad sector dan kawasan titik itu adalah kategori kawasan yang tidak boleh dibaca.
Jika anda mempunyai usb pendrive atau external hard disk, pastikan anda click 'Safety Remove Hardware' sebelum mencabutnya dari usb komputer, ini penting untuk mengelak dari terjadinya bad sector dan kadangkala ada beberapa kes, hard disk tersebut langsung tidak dapat dibaca dan untuk meneruskannya, sistem meminta untuk format hard disk tersebut sebelum boleh digunakan seperti biasa. jika anda tidak berjaya 'Remove Hardware Safely' dengan alasan ada error mesej seperti 'This
Device Is Currently In Use' sila log off komputer ataupun restart komputer anda seperti biasa.
Pada kebiasannya default setting untuk defragment disk ini sudah dijadualkan oleh windows pada setiap hari rabu iaitu pada jam 0100am, sila ubah waktu tersebut yang mana ketika waktu itu komputer anda sedang beroperasi mengikut pilihan anda kerana jika diikutkan pada waktu yang asal pada jam 0100am, waktu itu komputer anda dengan anda sekali sedang tidur lena, jika terlepas atau miss waktu jadual tersebut, sistem akan membuat defragment pada minggu yang berikutnya itupun sekiranya komputer anda sedang beroperasi pada waktu tersebut.
Akhir sekali buatlah windows update apabila setiap kali windows update sudah tersedia dari microsoft ini amat penting bagi menjaga seluruh sistem operasi windows dari sebarang kerosakan lain seperti windows corrupt ataupun file system missing. microsoft akan sentiasa menjaga, memantau dan membetulkan segala kesalahan secara automatik setelah update windows dijalankan serta berupa menahan dari serangan virus yang boleh melumpuhkan sistem operasi. disamping itu juga kebaikan update windows ini akan meletakkan beberapa feature terbaru dari microsoft sekiranya ada penambah baikan.
Sekian sahaja sedikit penerangan dari saya mengenai punca utama kerosakan komputer, kalau diikutkan ada beberapa lagi cara pencegahan lain yang lebih advanced seperti menggunakan registry dan dll dan ini memerlukan professional user untuk menggunakan tools ini seadanya. saya berharap sesiapa sahaja yang membaca artikel ini dapatlah kongsikan pengetahuan ini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, walaupun ianya adalah cuma sekadar basic asas panduan sebagai permulaan penggunaan komputer tetapi mungkin amat cukup bermanfaat bagi sesetengahnya.
Baca juga artikel > PUNCA UTAMA KEROSAKAN KOMPUTER BAHAGIAN 1