Apa itu format windows? format windows beerti mengosongkan hard disk dengan memadam sistem operasi windows yang ada di dalamnya dan juga kesemua fail-fail yang ada di dalam disk tersebut. Format mempunyai dua pilihan iaitu 'Quick Format' dan 'Format' biasa . kedua-dua pilihan ini adalah sama tujuanya iaitu mengosongkan hard disk dan perbezaanya adalah proses quick format berjalan dengan cepat manakala format biasa pula mengambil masa yang lama bagi tujuan untuk memeriksa bad sector.
Saya mencadangkan anda memilih proses format yang biasa untuk memeriksa bad sector, walaupun mengambil masa yang lama, ini amat baik untuk anda bagi memastikan fail atau dokumen penting yang anda pindahkan nanti tidak corrupt atau rosak.
Cara membuat format biasa adalah dengan membuang tanda check box quick format seperti gambar diatas dan segala setting yang lain seperti file system NTFS hendaklah dikekalkan.
Format windows adalah jalan terbaik atau jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah, diantaranya windows harus diganti dengan yang baru adalah kerana gagal melaksanakan tugas dan arahan serta banyak error yang muncul ketika diberikan perintah atau command, windows yang sudah terlalu lama beroperasi seringkali berdepan dengan berbagai masalah kerana disebabkan kurang penjagaan dan menyebabkan beberapa fail sistem dalaman yang penting sudah hilang atau dijangkiti oleh virus.
Kebaikan format windows ini juga berupaya melenyapkan segala jenis virus yang bertapak di dalam hard disk anda dalam sekelip mata, tiada sebarang halangan bagi format windows untuk mengosongkan hard disk anda dengan hanya membuat satu klik sahaja.
Setelah proses mengosongkan hard disk sudah terlaksana, buat pemasangan windows semula seperti biasa dan dari situ anda akan merasai windows yang baru atau (Fresh Install) seolah-olah anda sedang menggunakan komputer baru yang selesa, ringan dan lancar.