Penulisan ini di buat bagi memenuhi jadual pembelajaran Internet dan Networking sebanyak 17 jam kredit ianya di persembahkan dalam bentuk slide tetapi telah saya ubah kebentuk biasa bagi di muatkan kedalam laman web ini sebagai rujukan kepada sesiapa yang berminat mempelajarinya. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan berguru kerana dengan hanya membaca ianya tidak akan difahami keseluruhanya.
Apakah Internet?
Internet ialah satu rangkaian global menghubung berjuta komputer dari pelbagai jenis komputer Penguna komputer dapat berkongsi maklumat dengan pantas antara satu sama lain Mengunakan TCP/IP untuk menghantar maklumat.
Rangkaian Komputer
Rangkaian Komputer Komputer Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan erti kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik. Rangkaian komputer boleh wujud dalam bentuk: Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
Merupakan kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti sebuah makmal, sesebuah sekolah atau bangunan. Dalam konfigurasi tipikal LAN, salah sebuah komputer dijadikan sebagai fail pelayan (file server) yang berfungsi untuk menyimpan semua perisian yang mengawal sistem rangkaian tersebut. Semua komputer yang disambungkan kepada fail server ini dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Komputer stesen kerja terdiri daripada komputer biasa spesifikasinya rendah daripada komputer server dan juga mungkin mempunyai perisian-perisian pada cakera kerasnya. Kabel digunakan untuk menghubungkan LAN melalui Kad Rangkaian yang dipasang pada setiap komputer. Sila lihat tutorial tentang Topologi, Pengkabelan, dan Perkakasan untuk maklumat lanjut tentang konfigurasi
LAN Rangkaian Kawasan Bandar(MAN)
Rangkaian Kawasan Bandar (MAN) meliputi kawasan geografi yang lebih luas seperti sebuah daerah atau bandar. Rangkaian Kawasan Meluas menyambungkan beberapa Rangkaian Kawasan Setempat dalam sesuatu tempat untuk membolehkan perkongsian maklumat dilaksanakan. Universiti tempatan dan agensi-agensi kerajaan menggunakan Rangkaian Kawasan Meluas untuk berhubung dengan dengan masyarakat lain dan "private industries". Salah satu contoh MAN ialah MIND Network yang terletak di Pasco County, Florida yang membolehkan perhubungan antara Pusat Media Pasco dengan Pusat Kerangka Utama dengan menggunakan talian telefon, kabel sepaksi, dan juga pembekal komunikasi tanpa wayar.
Rangkaian Kawasan Luas(WAN)
Rangkaian Kawasan Meluas (WAN) meliputi kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara dan dunia. Untuk mewujudkan WAN memerlukan sistem pangkabelan yang merentasi laut atau dengan penggunaan gelombang mikro atau satelit. Penggunaan WAN membolehkan komunikasi antara negeri dapat dilaksanakan dengan cepat. Sekolah-sekolah di Malaysia boleh berhubung dengan sekolah-sekolah di luar negara dalam jangkamsa beberapa minit sahaja. Konfigurasi dalam WAN adalah kompleks dan memerlukan perkakasan pemultipleksan (multiplexer) untuk menghubungkan LAN dan MAN bagi tujuan capaian ke Rangkaian komunikasi menyeluruh seperti Internet.
Kepada pengguna, WAN tidak banyak berbeza dengan LAN dan MAN Tatasusun komputer dalam Rangkaian Kawasan Setempat boleh wujud dalam dua keadaan: peer-to-peer client-serve Rangkaian Kawasan Setempat Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) merupakan kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti sebuah makmal, sesebuah sekolah atau bangunan. Dalam konfigurasi tipikal LAN, salah sebuah komputer dijadikan sebagai fail pelayan (file server) yang berfungsi untuk menyimpan semua perisian yang mengawal sistem rangkaian tersebut.
Semua komputer yang disambungkan kepada fail server ini dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Komputer stesen kerja terdiri daripada komputer biasa spesifikasinya rendah daripada komputer server dan juga mungkin mempunyai perisian-perisian pada cakera kerasnya. Kabel digunakan untuk menghubungkan LAN melalui Kad Rangkaian yang dipasang pada setiap komputer. Sila lihat tutorial tentang Topologi, Pengkabelan, dan Perkakasan untuk maklumat lanjut tentang konfigurasi LAN Peralatan Networking
PERSEDIAAN KE ARAH PRA PEMASANGAN
Antara perkakasan yang diperlukan sebelum memulakan pemasangan rangkaian rakan ke rakan adalah seperti berikut: Kad Antara Muka Rangkaian.
(Network Interface card)
....... Kad antara muka rangkaian menyambungkan semua stesen kerja dengan rangkaian. Kebanyakan kad ini adalah bersifat dalaman dan dimuatkan pada slot dalam komputer. Namun kebanyakan papan induk yang terkini telah tersedia ada dengan kad antara muka rangkaian. Antara yang paling laris dijual adalah Kad Ethernet. Kabel Rangkaian
(Network Cable)
....... Kabel merupakan satu media yang bertindak sebagai laluan bagi maklumat yang bergerak dari satu peranti rangkaian ke peranti rangkaian yang lain. Beberapa jenis kabel boleh digunakan dalam rangkaian kawasan setempat. Namun kita hanya akan menumpukan perhatian kepada pengunaan Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (UTP). Penyambung RJ45
(RJ 45 Connector)
....... Alat ini bertindak sebagai media yang menyambungkan kabel ke Kad antara muka rangkaian. Hub (hanya diperlukan jika terdapat lebih dari dua komputer dalam rangkaian)
....... Hub merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian. Hub digunakan Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (UTP).
(Crimping Tool)
....... Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit wayar UTP ke penyambung RJ45
Kad Rangkaian Kad Rangkaian (Networking Interface Card)
merupakan peranti yang digunakan untuk menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. Kebanyakan kad rangkaian dipasang pada slot tambah dalam komputer, namun begitu terdapat juga komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface). Komputer pangku (laptop computer) mempunyai kad rangkaian yang terbina dalam atau yang menggunakan slot PCMCIA.
Kad rangkaian
Merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan "performance" sesebuah rangkaian. Oleh itu dicadangkan supaya pilihlah kad rangkaian yang cepat/laju (fastest) yang terdapat di pasaran. Kelajuan kad rangkaian yang terdapat di pasaran adalah 10Mbps, 100Mbps, 10/100Mbps dan 1000Mbps (1Gbps). Terdapat tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad Ethernet, LocalTalk connectors, dan Token Ring Cards. Mengikut kajian yang dijalankan oleh International Data Corporation, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R. (1995), Netware Unleashed, Indianapolis, IN: Sams Publishing)
Kabel
Kabel merupakan medium penghantaraan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis medium penghantaran, seperti:Wayar Tanpa Wayar Kabel Pasangan Terpiuh (Twisted Pair Cable) Gelombang Mikro (Micro Wave) Kabel Sepaksi (Coaxial Cable) Satelit Gentian Fiber (Fiber Optik) Infra Red
pengkabelan
Kabel ialah medium perantaraan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dalam rangkaian. Terdapat beberapa jenis kabel yang digunakan dalam LAN. Ada rangkaian yang menggunakan satu jenis kabel sahaja, ada pula yang menggunakan pelbagai jenis kabel. Jenis kabel boleh diklasifikasikan kepada:
Berwayar Tanpa Wayar
Kabel Coaxial Infra Red
Kabel UTP Gelombang Mikro
KABEL PASANGAN TERPIUH (TWISTED PAIR CABLE)
Terdapat dua variasi "twisted pair", iaitu "Shielded Twisted Pair (STP)" dan "Unshielded Twisted Pair (UTP)". Unshielded Twisted pair adalah kabel yang banyak digunakan dalam rangkaian. Terdapat beberapa kategori kabel UTP yang digunakan untuk komunikasi data. Kategori Kegunaan Jarak Kabel Kategori 1 suara sahaja (Talian telefon). Tidak sesuai untuk digunakan dalam persekitaran LAN Ethernet. Kategori 2 Data sehingga 4 Mbps (LocalTalk) ISDN and T1 at 1.54 Mbps. Kategori 3
Data sehingga 10 Mbps (Ethernet) 16Mhz 100 meter Kategori 4 Data sehingga 20 Mbps (16 Mbps Token Ring 20Mhz Kategori 5 Data sehingga 100 Mbps (Fast Ethernet) 100Mhz 100 metrer Kategori 5e Data sehingga 1 Gbps (Gigabit Ethernet) 100 Mhz. . However, it has improved specifications for NEXT (Near End Cross Talk), PSELFEXT (Power Sum Equal Level Far End Cross Talk), and Attenuation 150 meter Kategori 6 Category 6 is a proposed standard that aims to support transmission at frequencies up to 250 MHz over 100 ohm twisted pair. Kategori 7 Category 7 is a proposed standard that aims to support transmission at frequencies up to 600 MHz over 100 ohm twisted pair.
Setiap kabel UTP mempunyai empat pasang wayar yang dipintal pada kadar yang tertentu untuk mengelak gangguan wayar bersebelahan atau perlatan elektrik yang lain. Semakin banyak pintalan dalam satu inci maka semakin banyak data yang dapat dihantar.
Pada masa sekarang kabel yang banyak digunakan ialah UTP Kabel Kategori 5e (enhance) yang berupaya mengahantar data dengan kadar 1000 Mbps (1 Gbps). Namun begitu peralatan sokongan lain (hub dan NIC) juga berupaya mengokong kadar 1 Gbps. Connector yang digunakan bagi kabel UTP ini ialah RJ-45 connector. RJ adalah akronim kepada "Register Jack"
KABEL GENTIK FIBER
Kabel gentian fiber diperbuat daripada kaca yang disaluti oleh penebat. Fiber optik menggunakan cahaya untuk menghantar isyarat, berbeza dengan kabel tembaga yang menggunakan isyarat elektronik. Oleh itu ia dapat mengelak gangguan elektromagnet. Kabel fiber optik sesuai digunakan di kawasan yang banyak gangguan elektromagnet dan jarak yang jauh. Kabel fiber optik berupaya menghantar data pada kadar dan kelajuan yang sangat tinggi berbanding kabel tembaga (UTP dab Coaxial). Keupayan ini dapat meluaskan keupayaan berkomunikasi seperti persidangan video. 10BaseF, 100BaseF, 1000BaseF merujuk kepada spesifikasi fiber optik yang membawa isyarat Ethernet. Angka F merujuk kepada Fiber.
TOPOLOGI
Topologi fizikal rangkaian merupakan kaedah atau sistem yang digunakan untuk menyambungkan komputer dan peralatan lain (pencetak, server, pengimbas, dan sebagainya) dalam persekitaran rangkaian. Terdapat tiga topologi yang dominan, iaitu bintang, bus, dan cincin. Setiap topologi yang dipilih mempunyai peralatan rangkaian yang tersendiri (kabel, hub, kad rangkaian, connectors, dan sebagainya)
TOPOLOGI BUS
Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter. Kebaikan Topologi Bus Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas. Murah. Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
Kelemahan Topologi Bus Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang . Sukar mengesan kerosakan. Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah. Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data Peralatan yang digunakan Jenis NIC Ethernet Card, LocalTalk Kabel Coaxial, Twisted Paid, Fiber Optic Connector BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector Terminator Terminater 50 ohm Protokol Ethernet, LocalTalk
Topologi bintang menyambungkan setiap node (komputer dan peralatan lain) ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan menyelia penghantaran data dalam rangkaian. Kabel yang digunakan adalah kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.
Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian Mudah mengenalpasti masalah Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian.Kelemahan Topologi Bus Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel) Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.
Peralatan yang digunakan
NIC Ethernet Card, LocalTalk Kabel Twisted Pair, Fiber Optic Connector RJ-45, ST Connector, SC Connector Protokol Ethernet, LocalTalk Hub/Switch 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub/Switch 8 ports , Ethernet Hub/Switch 16 ports
Kos awal penyediaan topologi ini adalah lebih tinggi berbanding topologi bas tetapi lebih kurang sama dengan kos topologi cincin. Ini disebabkan topologi star memerlukan pendawaian hub dan pendawaian rangkaian yang lebih basnyak berbandind topologi bas. Walaubagaimanapun ia mudah diuruskan kerana nod-nod yang rosak mudah dikenalpasti. Pembaikan nod yang rosak juga boleh dilakukan terus di rangkaian dan perkhidmatan kepada nod yang lain tidak terjejas
Bridge
Ia merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protocol yang sama(cth Ethernet atau token ring). Pengguna boleh mengarahkan bridge untuk menghantar mesej ke destinasi yang. Bridge akan menguji setiap mesej terdahulu, kemudiannya bridge akan menghantarkannya diantara rangkaian LAN yang sama seterusnya kepada destinasi yang mungkin berada pada rangkaian LAN lain yang telah dihubungkan. Rangkaian yang dihubungkan melalui bridge, alamat komputer atau nod tidak mempunyai hubungan yang spesifik kepada lokasi. Bagi tujuan ini, mesej akan di hantar kepada setiap alamat dalam rangkaian tetapi hanya akan diterima oleh destinasi yang telah ditetapkan sahaja. Bridge dikatakan mempelajari alamat yang manakah pada rangkaian yang mana dan membina sesuatu yang dipanggil ?learning table? agar mesej yang bakal dihantar akan dihantar pada rangkain yang betul. Ia berfungsi pada paras data link iaitu pada lapisan fizikal. Selain itu, bridge merupakan kombinasi perkakasan dan perisian yang mampu mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket dan di dalam pemformatan alamat. Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep LAN rangkaian yang menggunakan banyak komputer antara bridge. Melalui bridge, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam lingkungan rangkaian yang terbabit sahaja.
Sebuah bridge juga berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah bridge merupakan jalan penyelesaian. Bridge boleh mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang dipinta. Kebanyaklan bridge berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Bridge turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah. Bridge menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Bridge turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan. Terdapat bridge yang digabungan dengan router yang dikenali sebagai brouter.
Kebaikan Bridge:
ia membolehkan suatu rangkaian yang mengalami kekangan geografi dihubungkan antara satu sama lain. - menapis data antara rangkaian agar ia tidak sampai kepada destinasi/rangkaian yang tidak sepatutnya.
Keburukan Bridge:
Bridge akan melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar kepada semua alamat dalam rangkaian walaupun alamat destinasi telah ditetapkan.
Router
Pada persekitaran Internet, router boleh wujud dalam bentuk perkakasan ataupun perisian yang akan menentukan titik rangkaian yang seterusnya bagi mesej yang harus dihantar kepada destinasinya. Router akan dihubungkan sekurang-kurangnya pada 2 rangkaian dan menentukan laluan yang manakah harus di laluinya. Laluan yang akan di laluinya adalah berdasarkan tahap kefahaman dan keserasiannya terhadap sesuatu rangkain itu. Router boleh di kenalpasti kedudukannya iaitu pada mana-mana perkakasan yang di panggil gateway(dimana 2 rangkaian bertembung/dihubungkan). Ada kalanya router lebih di sifatkan sebagai salah satu bahagian switch. Router dikatakan membina atau menguruskan satu jadual laluan yang telah dikenal pasti. Disamping itu, ia juga menentukan keadaan sesuatu laluan dan menggunakan maklumat ini sejajar dengan jarak dan kos algoritmanya bagi menentukan laluan yang terbaik bagi penghantaran sesuatu paket. Ianya berupaya untuk menghalakan trafik ke mana-mana bahagian di dalam rangkaian supaya beban di dalam rangkaian dapat diagihkan di dalam rangkaian bagi mengurangkan kesesakan. Sekiranya terdapat pautan yang gagal dalam rangkaian tersebut, maka router akan menggunakan laluan yang lain untuk membenarkan komunikasi berlaku. Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas. Walaupun bridge mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, bridge dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router akan berada pada lapisan yang ke 3 pada rangkaian iaitu lapisan rangkaian (network layer) di dalam model OSI. Dengan kata yang lain, Router adalah peranti sambungan yang pintar dan direka untuk menghantar paket atau frame dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain berdasarkan protokol yang digunakan dan destinasi yang ditentukan. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet. Ia tidak sama dengan bridge kerana router boleh berfungsi dalam mengenal pasti laluan yang terbaik antara dua rangkaian. Selain itu, ia adalah tidak sama dengan gateway kerana gateway berkeupayaan untuk menterjemah format data dan membuka sesi di antara program aplikasi manakala router tidak mampu berbuat demikian.
Kebaikan Router:
Dengan adanya router, maka penghantaran paket akan memakan masa yang lebih singkat kerana ia akan menentukan laluan yang terbaik untuk sampai ke destinasi. - Ia membolehkan 2 atau lebih rangkaian berhubung antara satu sama lain.
Keburukan Router:
Fungsi router dan switch adalah hampir sama antara satu sama lain, ia akan mengelirukan para pengguna yang kurang arif tentangnya yang ingin menghubungkan lebih dari satu rangkaian.
Gateway
Ia merupakan suatu titik yang berperanan sebagai pintu masuk ke rangkain yang lain. Dalam persekitaran Internet, suatu nod atau titik berhenti boleh dijadikan nod gateway atau nod ?host?. Kedua-dua penggunga komputer dalam Internet dan komputer yang menyediakan laman web kepada pengguna di kenalpasti sebagai nod host. Komputer yang mengawal lalu lintas rangkaian pada ISP (Internet Service Provider; cth, JARING, TMNET, MAXISNET) merupakan nod gateway. Di dalam rangkaian bagi sesebuah organisasi, pelayan komputer akan berfungsi sebagai nod gateway yang mana ia turut bertindak sebagai ?proxy server? dan ?firewall server?. Lanjutan itu, gateway akan berganding bahu dengan router dalam menentukan laluan mana yang harus dilalui bagi paket data bila ia tiba pada gateway. Gateway boleh terdiri dari peranti seperti protocol translators, impedance matching devices, rate converters, fault isolators atau signal translators seperti mana yang diperlukan untuk menyediakan interoperabiliti sistem. Ia turut dikatakan menjadi pemandu arah trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain, sementara mengekalkan trafik-trafik dalam rangkaian-rangkaian tersebut berasingan. Gateway melibatkan penyatuan berbagai ciri-ciri rangkaian yang berlainan ke dalam satu peranti untuk menyediakan storan dan juga pertukaran protokol. Gateway turut digunakan untuk menyambungkan satu jenis rangkaian setempat dengan rangkaian setempat yang lain seperti Ethernet dengan token ring, atau LAN dengan SNA dan LAN dengan X.25. Gateway boleh beroperasi pada ketujuh-tujuh peringkat OSI dan ia adalah berorientasikan aplikasi. Selain dari itu, gateway bertanggungjawab untuk menghubungkan sistem-sistem mail elektronik yang tidak serasi atau tidak compatible, menukar dan memindahkan fail dari satu sistem kepada sistem lain atau membolehkan interoperabilti antara sistem-sistem pengoperasi yang berbeza.
Kebaikan Gateway:
Ia menghubungkan 2 rangkaian yang menggunakan senibina yang berbeza.
Keburukan Gateway:
Sekiranya gateway rosak, maka rangkaian tidak dapat berhubung antara satu sama lain.
Hub
Secara umunya, hub merupakan bahagian dimana data akan tiba dari satu atau banyak arah dan ianya akan dihantar kepada satu atau banyak arah. Hub selalunya didatangkan dengan switch dimana kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama. Selain itu, hub dikatakan sebagai tempat dimana data akan dikumpulkan menjadi fizikal asal kemudiannya switch yang akan menentukan bagaimana dan dimana is perlu dihantar. Didalam topologi sesebuah rangkaian, hub merupakan tulang belakang bagi rangkaian itu (main circuit). Hub adalah ?back bone? kepada hampir semua rangkaian Ethernet kecuali untuk rangkaian 10 Base-2 dimana ianya hanya memerlukan 50 ohm penghantar dimana sebuah komputer tidak wujud dalam kabel. Ia memberi perkhidmatan satu sambungan ke rangkaian server atau hub yang lain. Sebuah hub mempunyai banyak bilangan port untuk disambungkan dengan kepala RJ-45. Setiap port boleh disambungkan kepada satu komputer sahaja. Jika anda ingin menyambungkan 10 buah komputer maka anda perlu mempunyai hub yang mempunyai 10 atau lebih port. Selain itu, ia tidak mengesan ralat atau menapis data namun ia menghantar data dari satu komputer kepada komputer lain yang bersambung dengan hub tersebut. Hub juga dikenali sebagai concentrator atau multistation accesss unit (MAU). Ianya membolehkan peranti seperti komputer, printer dan peranti storan dihubungkan kepada server. Ianya bertindak sebagai 'central connecting point' bagi kabel-kabel yang perlu disambungkan kepada server dan bagi setiap peranti dalam rangkaian.
Antara jenis-jenis hub ialah :
Standalone Hub
Ia adalah hub yang boleh berfungsi dengan sendiri tanapa bergantung dengan mana-mana sumber lain. Hub ini adalah mahal namun ianya berbaloi sekiranya ia dihubungkannya dengan Standalone hub yang lain. Hub jenis ini amat sesuai untuk rangkaian yang kecil.
Stackable Hub
Ia hamper sama dengan standalone hub. Tetapi ianya boleh disambungkan diatas stackable hub yang lain. Bila disambungkan, perhubungannya adalah lebih efisyen dengan kabel yang pendek dan mereka seolah-olah seperti satu modular hub yang tunggal dan boleh dikawal sebagai satu unit berpusat.
Modular Hub
Hub ini lebih sesuai untuk rangkaian yang lebih besar. Ia seakan sebuah chassis. Dalam chassis, anda boleh memasukkan kad modul dan setiap kad modul boleh mempunyai 12 port kabel berpintal. Anda boleh memasukkan sebanyak mana kad chassis yang anda suka.
Kebaikan Hub:
Dengan adanya hub, banyak komputer boleh dihubungkan
Keburukan Hub:
pengguna boleh menggunakan switch bagi menggantikan hub, secara kasarnya hub adalah lagi mahal berbanding switch dan kadar penghantaran bagi switch ialah 100 mbps.
Modem
Modem yang merupakan singkatan kepada Modulator-Demodulator akan menghubungkan satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Ia menukar(modulasi) isyarat digital (perwakilan bit: 0 & 1 sahaja) dari komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada komputer destinasi akan menukarkan(demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula agar difahami oleh komputer. Kemampuan modem membawa data pada kadar sesaat di tentukan berdasarkan kebolehan modem. Sebagai contoh, modem 56Kbps mampu membawa data pada kadar maksima iaitu 56 kilo bait per saat. Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan ke rangkaian Internet, walaupun mempunyai kadar maksima pada kadar 56 Kbps, namun factor kesibukan rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata diantara para pengguna yang lain. Pada situasi yang kritikal, pelayan mungkin akan mengalami masalah seperti ?server down? sekiranya pelayan tidak dapat menampung bilangan pengguna. Namun masalah sebegini tidak disebabkan oleh modem. Selain itu, modem juga boleh berfungsi sebagai ?pendail? sekiranya telefon di pasangkan pada komputer. Terdapat 2 jenis modem ia itu modem internal dan modem external. Modem Internal berbentuk papan elektronik yang akan dipasang pada papan induk di slot PCI yang kosong. Modem External pula akan di pasang secara standalone dimana ia boleh di on dan off tanpa bergantung pada computer. Ia boleh dipasang berdasarkan jenisnya. Antara port yang boleh dipasang modem external ialah serial port, usb port dan fire wire port (terpantas).
Kebaikan Modem:
pengguna boleh mencapai data dan maklumat pada Internet melalui modem. - boleh email tanpa mengalami kekangan geografi.
Keburukan Modem:
modem akan dipasangkan pada talian telefon, sekiranya talian telefon tersebut di sambar petir, kemungkinan besar modem tersebut akan turut disambar petir melainkan modem tersebut telah dimuat cirri-ciri keselamatan yang tertentu. Namun bagi situasi sebegini, modem masih belum lagi di katakana selamat 100%, ianya hanya pada tahap 50%-50%
Switch
Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.
Kebaikan Switch:
Kadar penghantaran switch adalah tetap iaitu 100 Mbps.
Keburukan Switch:
Walaupun kadar penghantaran switch adalah tetap, namun ia masih bergantung pada kesibukan rangkaian
Repeater
Ia merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Repeater akan mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantar kepada LAN seterusnya. Dengan kata yang lain, ia adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia turut digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar (wireless). Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri dari penerima radio, amplifier, tarnsmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri dari photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode.
Kebaikan Repeater:
Ia boleh mengelakkan isyarat lemah bila tiba pada destinasi.
Keburukan Repeater:
Masa tambahan diperlukan bagi proses penghantaran kerana ia akan segarkan semula isyarat yang lemah Multiplexer
Semoga bermanfaat..