☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

LANGKAH PENJAGAAN KOMPUTER


Sesebuah komputer hendaklah di jaga dengan rapi baikm pada peralatan luar ( Hardware) atau peralatan dalaman (Software ) bagi memastikan ianya sentiasa berada didalam keaadaan baik dan supaya boleh digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Untuk tujuan ini pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 6 bulan sekali (servis) Tujuan pemeriksaan ialah untuk memanjangkan jangka hayat komputer dan memastikan komputer sentiasa berada dalam keadaan baik serta dapat mengelakkan hard disk komputer anda tidak dimasuki virus..

PENJAGAAN HARDWARE

Penjagaan Hardware komputer anda sebenarnya sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah dengan hanya berbekal sedikit peralatan..Langkah yang perlu diambil ialah periksa kesemua peralatan Hardware komputer anda dan ikuti langkah dibawah.

BUKA PENUTUP CASING CPU DAN BLOWER SEMUA HABUK






PENJAGAAN SOFTWARE

Penjagaan dan pemeriksaan Hard disk komputer anda memerlukan sedikit kemahiran dan ketelitian kerana ianya melibatkan penggunaan software yang lain dan perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak merosakkan sistem Hard Disk anda. Anda dinasihatkan merujuk kepada orang yang pakar dalam hal-hal berkaitan dengan komputer. Namun begitu dibawah ini diperturunkan sedikit maklumat atau tindakkan yang boleh dibuat untuk servis Hard Disk komputer anda. Itupun bergantung kepada pengetahuan anda.


SCAN VIRUS UNTUK SEMUA DRIVE




BUAT DEFRAGMENT UNTUK SEMUA DRIVE


CHKDSK UNTUK SEMUA DRIVE



Anda dinasihatkan menggunakan Stabilizer untuk menstabilkan aliran elektrik yang masuk kedalam sistem komputer anda supaya tiada ganguan yang mungkin merosakkan Hard Disk Anda. Di dalam Hard Disk anda juga akan sentiasa dipenuhi dengan fail-fail TMP (Fail sementara) dan fail BAK (fail backup) kerana fail-fail ini sentiasa dibuat oleh komputer anda. Untuk mengelak dari terjadinya kesempitan ruang pada muatan Hard Disk anda Cari dan bersihkan hard disk komputer anda dari fail-fail tersebut. Dan guna perentah DELETE untuk membuangnya ataupung gunakan perintah Defrag bagi membersihkanya.. Fail : TMP - Fail sementara - boleh dibuang DEL * TMP/S atau TMP ???.?? Fail : BAK - perlu dibuang untuk membersihkan hard disk - guna DEFRAG/NDD

PEMERIKSAAN LAIN-LAIN PERALATAN DISK DRIVE

Hendaklah dicuci sebaiknya 1 minggu sekali. Gunakan pencuci drive yang terdapat dipasaran. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk memcuci kepala disk drive anda dengan mengunakan cecair alkohol pencuci kepala radio kaset anda. PLUG POINT Gunakan plug point 240 V untuk keselamatan komputer anda Jika keaadaan penhataran karan dirumah anda tidak stabil anda dinasihatkan menggunakan penstabil eletrik (stablilazer) POWER SUPPLY Periksa kesemua sambungan plug untuk memastikan komputer bagi memastikan komputer anda sentiasa menerima karen yang sempurna.

BASE UNIT

1) Mother Baord - kemaskan cip yang longgar dan cuci habuk-habuk mengguna blower pada keseluruhan Cip yang terdapat pada Mother Board
2) Card & Adaptar - kemaskan Cip-Cip yang longgar
3) Fan condition - pastikan ianya berfungsi (berputar)
4) Batery - gunakan beteri yang betul (mesti antara 4-5 v)

KEYBOARD

1) Periksa kesemua kekunci samada berfungsi atau tidak.
2) Terbalikkan keyboard anda dan ketuk perlahan-lahan untuk membuang habuk
3) Gunakan QAPLUS untuk memeriksa kesemua kekunci keyboard anda.

PRINTER


1) Simpan manual printer untuk rujukan. Jika setnya tidak betul akan keluar huruf yang tidak sepatutnya.
2) Jaga kepala printer Set kedudukan bersesuaian dengan jenis kertas yang digunakan samada nipis atau tebal.
3) Elakkan printer menggunakan stensel

PENJAGAAN PRINTER

Printer anda perlu dijaga dan diberi perhatian selalu kerana dengan ketiadaan printer atau keaadaan printer yang tidak berfungsi ianya akan menjadikan kerja-kerja anda tidak dapat dicetak keluar. Adalah tidak sukar bagi melaksanakan penjagaan printer kerana ianya kebanyakan melibatkan penjagaan luaran sahaja. Setiap kali anda ingi servis komputer anda ikuti lamngkah berikut.
1) Buka dan bersihkan kesemua bahagian dalam printer gunakan blower.
2) Jika ia berbunyi kuat periksa tin pelapik dan tolakkan supaya lebih rapat dengan kepala printer
3) Pastikan mata printer mempunyai 24 jarum - jika patah gantikan dengan yang baru.
4) Bersihkan tempat laluan kepala printer supaya mudah berfungsi.

PERLINDUNGAN DATA

Sesebuah komputer sebenarnya sentiasa di ancam oleh serangan Virus-virus komputer samaada yang di biakan melalui disket ataupun internet. Proses perlindunngan data komputer hendaklah selalu dibuat dan di kemaskinikan kerana serangan Virus akan mengakibatkan komputer anda mengalami masalah dan ada ketikanya gagal berfungsi terus. Perisian virus pula sering di cipta saban hari bagi mengangu pengoperasian komputer anda. Dan sebagai cabaranya pula anda hendaklah selalu memastikan komputer anda di lengkapi dengan program antivirus terbaru dan boleh membunuh kesemua virus yang bakal menyerang komputer anda.

Banyak perisian antivirus di keluarkan setiap hari untuk memastikan komputer anda sentiasa selamat dari ancaman Virus virus ini anda sebagai penguna hendaklah sentiasa memperbaharui program program anti virus tersebut. Saya di sini tidaklah bermadsud menulis panduan mengunakan antivirus tersebut kerana setiap antivirus yang di keluarkan akan di sertakan bersama prosedia penggunaanya. Walau bagaimana pun saya akan menunjukkan asa pengunaanya yang munkin tidak bayak berbeza antara satu dan yang lain.

Semoga bermanfaat..

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :