☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

TAHUKAH ANDA BAHAWA WIFI TERDEDAH KEPADA RISIKO TERTINGGI



Jika anda mengunjungi restoran atau kafe, perkara pertama yang dilakukan sebelum memesan makanan pastinya bertanyakan kata laluan sambungan WiFi untuk melayari Internet.
Namun, tahukah anda WiFi percuma ini mempunyai risiko keselamatan yang tinggi? Ia memberi ruang kepada penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi anda melalui sambungan WiFi percuma ini.
Jika anda mengunjungi mana-mana tempat awam yang mempunyai perkhidmatan WIFI PERCUMA seperti hotel, starbuck ataupun hentian rehat, network yang digunakan adalah tidak selamat kerana terdedah kepada risiko kebocoran maklumat semasa kita sedang menggunakan perkhidmatan itu.

lebih-lebih lagi tuan punya pembekal wifi percuma itu adalah seorang programmer maka dengan mudah sekali dia memantau aktiviti-aktiviti kita yang berlaku dalam rangkaiannya termasuk mencuri maklumat-maklumat penting yang melibatkan urusniaga ahli-ahli perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Oleh sebab itu kadang-kadang kita sudah connected dengan wifi percuma kita dikehendaki click I AGREE yang terkandung dalam syarat-syarat itu bahawa kita setuju menggunakan perkhidmatan itu dan pihak pembekal wifi itu tidak bertanggungjawab diatas sebarang kebocoran maklumat.


Penasihat Keselamatan F-Secure Corporation Sdn Bhd (F-Secure), Goh Su Gim berkata, disebabkan kebergantungan tinggi terhadap teknologi, pengguna sebenarnya tidak sedar kemudahan WiFi percuma ini berupaya mendedahkan maklumat peribadi seseorang.
"Di Malaysia kemudahan WiFi percuma sudah menjadi satu keperluan.
"Pengguna telefon pintar, tablet dan laptop yang berhubung melalui pelbagai aplikasi sosial sudah pasti mencari WiFi percuma ini ke mana saja mereka pergi tidak kira di hotel, lapangan terbang, kedai kopi malah di hospital," katanya.
Namun Gim berkata, WiFi secara asas tidak dibangunkan bersama ciri keselamatan awam dan pemasangannya tidak memerlukan sebarang peraturan khas.
"Sesiapa sahaja boleh memasang titik akses WiFi di mana saja kerana ia tidak sukar untuk dilakukan.
"Selain itu, pengguna juga terlalu percaya kepada teknologi sehingga tidak menyedari bahaya sebenar," katanya.
Menurut Gim, kelemahan ini dieksploitasi sepenuhnya penjenayah dengan menawarkan hotspot WiFi untuk memperdaya dan mencuri data peribadi.
"WiFi palsu ini boleh digunakan untuk merancang serangan dipanggil 'orang tengah' yang mana gambar, teks dan video yang dihantar menerusi rangkaian ini boleh dipintas dan dicuri selagi ia tidak dienkripsi," katanya.
Katanya lagi, malah WiFi sebenar seperti di hotel boleh 'ditendang' keluar dengan menggunakan WiFi yang mempunyai isyarat lebih kuat serta tidak menggunakan kata laluan yang memperdaya sesiapa saja untuk masuk semula ke WiFi tanpa menyedari ia sebenarnya perangkap.
Baru-baru ini, F-Secure menjalankan kajian di bandar besar London bagi menunjukkan pengguna yang leka menggunakan WiFi awam tanpa menghiraukan keselamatan peribadi.
Dalam eksperimen ini, mereka menyediakan hotspot WiFi palsu yang mendedahkan trafik Internet, maklumat peribadi, kandungan e-mel malah bersetuju kepada klausa mengarut seperti melepaskan 'hak penjagaan anak sulung' pengguna untuk menggunakan WiFi percuma ini.
Dalam masa 30 minit, sebanyak 250 peranti disambungkan ke WiFi ini kebanyakannya secara automatik tanpa disedari pengguna dengan 33 individu secara aktif melayari Internet dan menghantar e-mel.
Pengkaji senario terbabit menemui teks e-mel yang dihantar menerusi format 'POP3' boleh dibaca dengan jelas seperti alamat penerima dan penghantar serta kata laluan penghantar bagi menekankan kepentingan penggunaan enkripsi.
Apa yang menakutkan, pengguna tidak membaca langsung terma dan syarat sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ini.



"Dalam eksperimen ini, F Secure meletakkan syarat seperti melepaskan hak penjagaan anak sulung mereka serta binatang peliharaan kesayangan untuk mendapat kebenaran menggunakan WiFi percuma," ulas Gim.
Kajian bebas ini disokong pihak berkuasa Europol serta Institut Penyelidikan Siber UK dan SySS, syarikat ujian penembusan dari Jerman.
Dalam kajian ini, SySS membina hotspot WiFi mudah alih daripada komponen yang berkos sekitar RM800 saja dan sedikit pengetahuan teknikal.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Serantau F-Secure, Lydia Chic pula menjelaskan, pengguna boleh menjauhi penggunaan WiFi percuma atau melaksanakan langkah keselamatan ketika menggunakannya.
"Anda boleh menjadikan sambungan tidak kelihatan kepada individu lain dan data tidak boleh dibaca kerana ia dienkripsi.
"Jika ada yang cuba menceroboh, mereka tidak akan berjaya," katanya.
F-Secure sendiri mempunyai teknologi F-Secure Freedome yang berasaskan rangkaian peribadi maya (VPN) dan penyelesaian privasi 'online'.
Freedome mengenkripsi data yang mengelakkannya daripada dibaca meskipun anda bersambung ke WiFi awam yang tidak selamat.
Ia menghalang laman web dan aplikasi berbahaya serta mempertahankan privasi anda dan menjadikannya seakan 'tanpa nama'.
Cybersecurity Malaysia (CSM) yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula menggariskan langkah penggunaan sambungan WiFi sama ada di rumah atau kawasan awam.
Penggunaan WiFi dirumah perlu langkah lebih berhati-hati apabila kebanyakan individu memilih untuk membiarkan sambungan rangkaian WiFi mereka terbuka, sekali gus mencipta hotspot yang membolehkan sesiapa saja berdekatan kawasan itu untuk membuat sambungan ke Internet.
Antara tip perlu difikirkan:
> Adakah hotspot anda menyalahi peraturan pembekal perkhidmatan Internet? Sesetengah pembekal Internet jalur lebar melarang pengguna berkongsi sambungan WiFi dengan orang yang tidak dikenali. Larangan ini biasanya terkandung dalam syarat perkhidmatan oleh pembekal Internet ketika anda mendaftar untuk menggunakan Internet.
> Adakah komputer dan rangkaian anda selamat? Pastikan kata laluan komputer anda sukar diteka dan dihafal. Ia penting terutama jika anda mempunyai rangkaian komputer di rumah.
Semestinya anda tidak mahu orang yang tidak dikenali menggunakan sambungan WiFi anda untuk mengakses komputer anda.
Adakah anda sudah menukar kata laluan stesen utama (base station)? Kebanyakan stesen utama WiFi menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti 'admin' atau 'default' membolehkan penggodam untuk mengambil alih aturan stesen utama anda. Pastikan anda menukar kata laluan stesen utama WiFi kepada yang sukar diteka, tetapi mudah diingati.
Tip menutup rangkaian WiFi awam
Jika anda mahu melindungi rangkaian WiFi daripada orang yang tidak dikenali, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil:
> Jangan siarkan Service Set Identifier (SSID) anda. Ia langkah yang paling mudah untuk mencegah seseorang daripada memasuki rangkaian WiFi anda. Bagaimanapun ia masih lagi belum selamat. Secara automatik, semua stesen utama WiFi menghebahkan kehadiran mereka menggunakan pengenalan yang dipanggil SSID kepada sesiapa yang berdekatan.
> Enkripsi kata laluan rangkaian tanpa wayar.
> Pastikan stesen utama hanya menerima alamat 'MAC' anda.
Tip menghantar maklumat sensitif melalui rangkaian WiFi
> Jangan hantar fail yang sensitif jika anda tahu rangkaian WiFi tidak selamat.
> Gunakan 'Virtual Private Network' (VPN) untuk memastikan keselamatan maklumat yang dihantar melalui WiFi.
> Gunakan rangkaian yang selamat.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

TIPS PANDUAN SEBELUM MEMBELI EXTERNAL HARD DISK


Jika anda seorang yang sering memuat-turun media, ataupun seorang pereka/jurugambar yang banyak bekerja dengan media digital, anda pasti tergerak mahu membeli external hard disk untuk kegunaan di tempat kerja dan di rumah.

External hard disk ini sangat berguna jika anda sering menggunakan komputer riba, dan bertugas di luar pejabat. Bukan sahaja anda dapat menggunakan storan tersebut pada mana-mana komputer, tetapi anda juga boleh mengurangkan beban data pada komputer anda sendiri.

Teknologi storan kini sudah berkembang dengan pesat, dan anda mempunyai pilihan yang agak banyak sekiranya ingin membeli sebarang external hard disk ini. Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian sebelum membeli perkakasan tersebut.

Rekabentuk Dan Saiz Storan

10 tahun dahulu, jika anda ingin membeli sebuah external hard disk, anda akan perlu membeli dua benda : cangkerang cakera keras, dan kerangka luaran yang anda akan gunakan sebagai peranti storan. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, cakera keras yang kecil hanya mempunyai jumlah storan yang sangat kecil berbanding cakera keras yang besar, dan harganya sangat tidak berbaloi.

Hari ini, external hard disk yang kecil mampu menampung jumlah storan yang cukup besar. Bergantung kepada keperluan anda, anda boleh memilih saiz storan yang berbeza. Pada pendapat kami, harga storan digital kini sudah cukup murah untuk anda abaikan sahaja apa-apa external hard disk yang hanya mempunyai jumlah storan yang lebih rendah daripada 512GB.


Dengan harga sekitar RM500, anda boleh membeli external hard disk yang mempunyai storan sebanyak 2TB, dan jumlah storan ini adalah cukup untuk menampung semua fail muat-turun ataupun fail kerja anda buat suatu jangkamasa yang agak lama.

Tips : Beli external hard disk dengan storan lebih daripada 512GB. Saiz 2TB adalah memadai untuk pengguna biasa yang jarang berurusan dengan fail seperti video 4K dan sebagainya.

USB 3.0/Thunderbolt

Dengan jumlah storan yang besar, anda juga perlu mengambil kira tentang kelajuan pemindahan fail daripada komputer anda kepada external hard disk tersebut. Sambungan USB 2.0 telah menjadi piawaian biasa untuk sekian lama. Tetapi dengan saiz storan yang lebih besar, anda kini perlu mula fikir untuk mendapatkan sambungan yang membenarkan anda memindah fail yang besar dengan lebih laju dan stabil.

Sambungan USB 3.0 merupakan piawaian yang agak popular sekarang dan digunakan pada pelbagai external hard-disk masa kini. Ini berlaku kerana beberapa sebab yang agak mudah. USB 3.0 kini merupakan sambungan pilihan bagi banyak pembuat papan induk untuk komputer dan juga komputer riba. Sambungan USB 3.0 (640MB/s) ini juga merupakan sambungan yang berkali ganda lebih laju daripada USB 2.0 (~60MB/s), disamping mampu memberikan peranti storan tersebut kuasa yang lebih. Jadi anda hanya perlu menggunakan satu port USB untuk menguasakannya, tidak seperti USB 2.0 yang mungkin memerlukan kuasa yang lebih dari satu port USB.


Satu lagi piawaian baru yang sedang meningkat dari segi penggunaannya ialah Thunderbolt 3.0 – menggunakan port fizikal USB 3.1 Type-C. Sambungan ini mempunyai kelajuan pemindahan fail yang terpantas setakat ini pada kadar 4.0GB/s. Penggunaan port USB 3.1 Type-C ini juga bukan sahaja membolehkan pengguna mengecas peranti pintar dengan lebih laju.

Buat masa ini, terdapat beberapa pembuat komputer riba yang menyokong teknologi sambungan ini, seperti Apple, Dell, HP dan Acer, akan tetapi penularan peranti storan yang mampu menyokong teknologi ini masih tidak begitu pesat.

Tips : Beli external hard disk mengikut sambungan pada komputer riba atau komputer anda. Kebiasaanya, USB 3.0 akan menggunakan warna biru pada port mereka berbanding USB 2.0 yang hitam. Sekiranya anda menggunakan komputer terkini dengan sokongan Thunderbolt, mungkin anda boleh mendapatkan external hard disk dengan sokongan tersebut.

Sokongan Sistem Fail

Sebelum ini, banyak pengeluar external hard disk memisahkan produk-produk mereka. Ini kerana Windows menggunakan format NTFS (New Technology File System) dan FAT32 (File Allocation Table), manakala macOS pula menggunakan format HFS dan HFS Plus (Hierarchichal File System)..

Pada masa dahulu, ini adalah salah satu masalah terbesar apabila menggunakan atau membeli external hard disk. Hari ini anda tidak perlu terlalu risau mengenai perkara ini kerana sistem-sistem operasi moden, termasuklah Windows 7, 8, 10, MacOSX dan juga Linux semuanya boleh membaca format exFAT.


Kami boleh menerangkan secara mendalam kenapa sistem fail exFAT patut menjadi pilihan anda sewaktu anda mengformat external hard disk anda, tetapi secara pokoknya, exFAT merupakan sistem fail yang cukup ringkas, menyokong semua sistem operasi moden, dan tidak mempunyai had saiz sesuatu fail pada 4GB yang dihadapi FAT32.

Jika anda membeli sebuah external hard drive, anda boleh bertanya kepada orang kedai tentang sistem fail yang digunakan oleh external hard disk pilihan anda. Kebiasaannya, jika anda membeli peranti storan untuk MacOS, ia akan sedia dilengkapi dengan sistem fail exFAT, tetapi jika ianya dikhususkan untuk system operasi Windows, ada kemungkinan ia akan hadir dengan sistem fail NTFS.

Tips : Semak sistem fail yang disokong oleh external hard-disk anda. Kalau boleh, pastikan ia menggunakan sistem exFAT.

Pilihan Ciri-Ciri Khusus

Untuk kekal relevan di arena teknologi hari ini, pengeluar hard disk kini membuat produk mereka dengan pelbagai ciri-ciri baru yang kita tidak tahu pun kita mahukan pada external hard disk atau tidak.

Salah satu daripada ciri-ciri istimewa yang gemar digunakan pada external hard disk ini ialah ciri tahan lasak. Jika anda jenis yang selalu jatuhkan peranti dari atas meja, anda mungkin boleh cuba mencari external hard disk dengan ciri ini.

Satu lagi ciri baru yang semakin popular dengan pembuat-pembuat external hard disk kini ialah sambungan WiFi, yang membenarkan anda menyambung external hard disk anda kepada komputer riba anda tanpa perlu menggunakan sebarang wayar.


Cara kebanyakan jenama melakukan sambungan WiFi ini adalah sama ada melalui memasang WiFi AP pada external hard drive tersebut, ataupun menggunakan teknologi Bluetooth. Kelajuan pemindahan fail menggunakan sambungan WiFi ini tidaklah selaju dan stabil seperti sambungan USB, tetapi jika anda mempunyai jumlah port USB yang sangat sedikit, seperti pada peranti komputer-tablet, ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban daripada perlu membawa dongle USB yang memberatkan beg.

Jika anda seorang jurugambar, anda pasti ingin memindahkan gambar-gambar anda dari kad SD anda kepada peranti storan dengan pantas. Kini, jenama-jenama seperti Western Digital ada penyelesaian untuk anda, kerana beberapa model external hard disk mereka mempunyai slot untuk kad SD, yang membolehkan pengguna memindahkan fail daripada kad tersebut kepada external hard disk secara automatik, tanpa perlu menggunakan komputer.

Tips : Kebiasaannya fungsi tambahan ini hadir dengan harga tambahan. Pastikan anda memerlukan ciri ini kerana versi biasa tanpanya selalunya dijual pada harga yang lebih rendah.

Keselamatan Fail

Keselamatan fail merupakan sesuatu yang sepatutnya menjadi faktor utama sewaktu seseorang itu bercadang untuk membeli sebuah external hard disk ataupun sebuah pemacu USB. Malangnya, ramai orang tidak begitu mementingkan keselamatan data mereka, maka aspek tersebut tidak difikir begitu penting buat mereka.

Sayang sekali, jenama-jenama pembuat external hard disk ini juga tidak selalunya hadir dengan perisian sekuriti yang mampu melindungi data anda dari dicuri, jadi ada kemungkinan anda perlu melakukannya dengan sendiri


Jika anda mahukan solusi yang percuma, ada beberapa pilihan perisian sekuriti yang anda boleh gunakan untuk memastikan data anda selamat. Jika anda menggunakan sistem operasi Windows 7.1 Ultimate Edition, ataupun Windows 8.1 dan 10 Professional, anda boleh menggunakan perisian Bitlocker yang terbina di dalam Windows untuk menyulitkan fail-fail anda. Jika tidak, ada juga perisian yang percuma anda boleh gunakan perisian seperti VeraCrypt.

Keselamatan fail sangat penting, dan ada kemungkinan bahawa external hard disk yang anda beli tidak akan hadir dengan sebarang perisian keselamatan – sekaligus membolehkan pencuri mengakses data anda dengan mudah. Jadi anda perlulah membuat sedikit penyelidikan untuk memastikan keselamatan data anda bergantung kepada apa yang ingin anda simpan pada peranti anda kelak.

SSD Sebagai External?

Trend terbaru di industri storan ialah menggunakan SSD sebagai sebuah external drive – seperti mana mereka dahulunya menggunakan hard drive untuk komputer desktop sebagai storan luaran.

Kini, syarikat seperti Transcend ada menjual cangkerang external untuk SSD berukuran 2.5 inci yang membolehkan anda menggunakan SSD yang terbiar sebagai sebuah external hard drive. Cangkerang ini juga menggunakan sambungan USB 3.0 untuk memindahkan data, jadi anda masih mampu mendapatkan kelajuan yang tidak terlalu jauh daripada kelajuan SATA III.


Jika anda ingin membeli SSD yang dibina khusus untuk kegunaan sebagai external drive, Transcend ESD400 mempunyai jumlah storan sebesar 1TB, manakala Samsung pula mempunyai Samsung Portable SSD T3 dengan pilihan saiz SSD sebesar 2TB, dan ini pastinya akan menjadi pilihan anda sekiranya anda ingin sebuah peranti storan yang sangat pantas.

Tips : Kelebihan menggunakan SSD berbanding storan traditional seperti HDD ialah SSD tidak mempunyai komponen mekanikal yang bergerak, jadi jika ia jatuh, sebuah SSD mempunyai kebarangkalian untuk rosak yang lebih rendah berbanding dengan HDD

Diharap artikel ini dapat sedikit sebanyak memberikan anda gambaran tentang perkara-perkara yang anda boleh titik-beratkan sebelum membeli sebuah peranti external hard disk.

Read More
Rosli Repairing Computer And Services

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHENDAP PENGGUNA LAIN DI FACEBOOK?


Perdebatan privasi pengguna di Facebook bukan sesuatu yang baru – apatah lagi kebanyakkan pengguna umum yang tidak membuat tetapan perkongsian hanya had untuk rakan-rakan mereka sahaja. Sekitar beberapa tahun lepas, Facebook turut telah memperkenalkan fungsi Graph Search yang memudahkan proses pencarian sesuatu perkara – tetapi kebanyakkan pengguna tidak menggunakannya atau mungkin tidak begitu mempedulikan mengenainya.

Terkini, sebuah laman dinamakan StalkScan hadir, mengambil kelebihan Graph Search pada Facebook. Melaluinya, ia menyediakan pelbagai pautan pantas ke carian mengikut kata kunci tertentu dalam membolehkan anda mengimbas sesuatu profil dengan mudah.


Pengguna hanya perlu memasukkan alamat URL seseorang pengguna pada kotak carian StalkScan, dan seterusnya memilih carian tertentu untuk melihat data-data berkaitan.

Sebagai contoh, anda boleh melihat gambar-gambar berkaitan seseorang pengguna, rakan-rakan mereka, ahli keluarga, rakan sekerja, perkongsian berkaitan, dan sebagainya.

Seperti biasa, info yang dipaparkan adalah terhad kepada info awam sahaja, sementara info yang ditetapkan sebagai untuk rakan-rakan atau diri sendiri tidak dipaparkan pada StalkScan ini – sekaligus membuatkan ia tidak bertentangan dengan terma perkhidmatan Facebook.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

CARA MENGATASI MASALAH 'COULD NOT FIND THIS ITEM' KETIKA MEMADAM FOLDER


Saya akan tunjukkan cara memadam folder yang mempunyai error seperti gambar diatas


1. Buka Command Prompt


2. Masukkan arahan seperti berikut

rd /S "\\?\G:\My Files\New Folder

Contoh diatas adalah lokasi dimana folder yang mahu dipadam iaitu G:\My Files\New Folder

Anda harus meletakkan direktori anda sendiri dimana lokasi folder yang mahu dipadam dan tekan 'ENTER'


3. Taip perkataan Y dan dikuti butang ENTER

Tahniah anda baru sahaja telah berjaya memadam folder yang tidak dapat dipadam sebelumnya dalam keadaan biasa..selamat mencuba


Read More
Rosli Repairing Computer And Services

LENOVO MELANCARKAN YOGA BOOK DAN PHAB 2 PRO



Lenovo pada tahun ini telah hadir dengan beberapa produk menarik mereka, termasuk antaranya adalah Lenovo Yoga Book dan juga telefon pintar berasaskan teknologi Tango dari Google, iaitu Lenovo Phab 2 Pro. Kini, Lenovo Malaysia menyasarkan untuk melancarkan kedua-dua poduk berkenaan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, 7 Disember 2016.




Sementara, Lenovo Phab 2 Pro pula adalah telefon pintar bersaiz 6.4-inci dilengkapi cip Snapdragon 652, kamera 16-megapixel dibelakang, serta bateri berkapasiti 4050mAh. Apa yang menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan teknologi Tango daripada Google – membolehkan pengguna menggunakannya bersama-sama teknologi Augmented Reality.




Kedua-dua produk ini bakal dilancarkan pada 7 Disember ini, dan kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh berkenaan.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

FUNGSI BUTTON WINDOWS



Windows: Display the Start menu


Windows + D: Minimize or restore all windows

Windows + E: Display Windows Explorer

Windows + F: Display Search for files

Windows + Ctrl + F: Display Search for computer

Windows + F1: Display Help and Support Center

Windows + R: Display Run dialog box

Windows + break: Display System Properties dialog box

Windows + shift + M: Undo minimize all windows

Windows + L: Lock the workstation

Windows + U: Open Utility Manager

Windows + Q: Quick switching of users (Powertoys only)

Windows + Q: Hold Windows Key, then tap Q to scroll thru the different users on your pc..
Read More