☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label hardware. Show all posts
Showing posts with label hardware. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

CARA BUAT SETTING UNTUK TAMBAH HARD DISK JENIS IDE



Adakah ada dikalangan anda yang masih menggunakan hard disk jenis IDE? Adakah anda berminat untuk tambah hard disk tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya? Ikuti langkah-langkah dibawah ini.

1. BUKA PENUTUP CASING CPU





2. TANGGALKAN HARD DISK



3. ALIHKAN PIN JUMPER



Untuk setting jumper pastikan hard disk pertama (hard disk asal) diletakkan sebagai MASTER dan untuk hard disk kedua (hard disk baru) diletakkan sebagai SLAVE. Jika anda tidak pasti diantara pin master atau slave boleh rujuk gambar di bawah ini.



Semua hard disk mempunyai keterangan seperti gambar diatas ini. sila buat pemeriksaan di hard disk anda untuk mengetahui setting nya.

4. JOIN PATA CABLE KE SEMUA HARD DISK





Satu cable mempunyai tiga connector iaitu pertama master, kedua slave dan ketiga mainboard..masukkan kesemua connector ke hard disk dan ke motherboard dengan betul..


5. JOIN POWER CABLE



Setelah kesemua langkah diatas sudah dilakukan, pasang semula hard disk dan penutup casing cpu dengan ketat dan boot ke komputer seperti biasa dan anda akan lihat satu disk baru muncul dalam My Computer meunjukkan anda baru sahaja berjaya install hard disk baru.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

ACER ASPIRE ONE 11 NOTEBOOK KALIS AIR


Laptop untuk penggunaan harian Acer Aspire One 11 menjadi daya penarik dengan ciri nipis selain lengkap saluran air yang memungkinkannya tidak mendatangkan masalah meskipun air tumpah di permukaan papan kekunci.
Acer Aspire One 11 didatangkan dengan ciri teknologi MIMO pada sambungan tanpa wayar 802.11ac yang menjadikan pelayaran Internet lebih pantas.
Lebih mengagumkan, laptop ini mampu bertahan selama 10 jam bagi penggunaan biasa.
SPESIFIKASI:
ACER ASPIRE ONE 11
Paparan: 11.6 inci 1366 x 768
Pemprosesan: Intel Celeron N3050 SoC
RAM: 2GB
Storan: 32 GB eMMC dengan pembaca kad SD
Sambungan: 802.11ac + Bluetooth 4
Antaramula: USB 2.0, USB 3.0, HDMI, 3.5 mm audio
Jangka hayat bateri: 10 jam
OS: Windows 10 Home
Dimensi: 292 x 202 x 17.9mm
Berat: 1.1 kg
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

LAPTOP PALING TERNIPIS DI DUNIA


Laptop yang cantik dan rekaannya memang tidak tertahan dek hati melihatnya. Itulah yang dimiliki HP Spectre 13 apabila pengguna boleh memilih untuk menetapkan laptop dengan pemprosesan Intel Core i7-6500U atau i5-6200U dengan bahagian bawah laptop direka berasaskan gentian karbon.

Selain itu, ia juga laptop ternipis di dunia dengan 10.4mm mempunyai RAM 8GB jenis DDR3 selain jumlah storan berkapasiti 256GB.

Laptop ini mempunyai paparan 13.3 inci beresolusi HD penuh yang menjanjikan pengalaman multimedia menakjubkan.

Manakala HP Envy 15 pula mempunyai paparan HD penuh 1080p bersaiz 15.6 inci dengan dua varian disediakan iaitu versi skrin sentuh dan skrin bukan sentuh.



Laptop ini mempunyai fungsi accelerometer, sensor akan mengesan sekiranya laptop terjatuh dan mematikan fungsi cakera keras bagi mengurangkan risiko kerosakan pada data.

HP Envy 15 beroperasi pada cip pemprosesan Intel Core i5-6200U bersama RAM DDR3 8GB selain storan melangkau 1TB.



HP Elitebook Folio G1 pula menggunakan cip pemprosesan yang Intel Core dari M7, M5 atau M3. RAM DDR3 8GB dengan storan 256GB.

Peranti ini menyediakan sehingga dua port USB-C dengan teknologi Thunderbolt. Terdapat varian yang mempunyai skrin 4K UHD dan HD penuh 1080p.



INFO

HP SPECTRE 13

• Harga: RM5,999

• Pemprosesan: Intel Core i5 atau i7

• Kenipisan: 10.4mm

• Berat: 1.1kg

• OS: Windows 10

• Paparan: 13.3 inci

• RAM: 8GB DDR3

• Jangka hayat bateri: 9 jam

HP ELITEBOOK FOLIO G1

• Harga: RM6,199

• OS: Windows 10

• Pemprosesan: Intel Core M

• Jangka hayat bateri: 11.5 jam

• Storan: SSD hingga 512GB

• RAM: 8GB

• Berat: hingga 1.07kg

• Paparan: 12.5 inci FHD

HP ENVY 15

• Harga: Bermula RM3,699

• Pemprosesan: Intel Core i5OS: Windows 10 Home 64

• Paparan: 15.6 inci FHD IPS UWVA anti-glare WLED-backlit

• RAM: 8GB DDR4-2133 SDRAM

• Storan: 1TB 5400rpm SATA
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

ACER ASPIRE S13 CIRI-CIRI LAPTOP YANG PALING DIKEHENDAKI

Nipis, ringan dan mempunyai bateri tahan lama menjadi ciri laptop yang paling dikehendaki.

Nasib baik, ia ditawarkan pada Acer Aspire S 13 yang bersaiz 13 inci dan mempunyai pemprosesan Intel Core i5-6200U bersama CPU 2.3GHz dan RAM 4GB.


Acer patut mendapat pujian kerana tidak cuba meniru rekaan Apple Macbook seperti sesetengah jenama lain dan menampilkan ciri rekaan yang mempunyai identiti tersendiri.



Ia tampak menawan dengan warna hitam dan bahagian atas dengan garisan nano nipis yang menjadikannya kemas dan berestetik.

Bahagian yang mengelilingi papan kekunci direka berdasarkan aluminium manakala bahagian bawah sedikit bergetah dengan sentuhan lembut.

Laptop ini senipis 14.58mm yang bukan saja sesuai untuk pekerja, namun pelajar atau individu yang kerap mengembara memerlukan peranti benar-benar ringan dan mudah dimuatkan dalam beg.

Kebanyakan port pula lengkap seperti USB 3.0, slot kad SD dan jek headphone/mic di sebelah kiri manakala HDMI, satu lagi USB 3.0 dan USB Type-C.

Aspire S 13 yang penguji peroleh tidak mempunyai skrin sentuh dengan paparan jenis 1080p dan menonton siri atau filem dalam laptop ini memang terbaik dan mengagumkan.

Tanpa lag ketika menonton (bantuan Internet yang laju juga) membolehkan setiap aksi terpapar hebat di skrin.



Ujian warna gamut pada laptop ini menyaksikannya memperoleh 107 peratus yang agak jauh meninggalkan beberapa pesaing termasuk nama besar.

Menonton di bawah terik matahari pun boleh kerana tahap kecerahannya mencapai 327 nit, jadi bukan masalah besar.

Kuasa Dolby Audio memang mampu menambah semangat menggunakan laptop ini meskipun ia nipis. Ia menawarkan beberapa jenis audio seperti muzik, filem, game atau suara tetapi tetapan ‘default’ pun sudah mencukupi.

Menaip dengan papan kekunci memang selesa dan ia bercahaya pada persekitaran gelap, jadi anda masih nampak apa yang ditaip.

Secara keseluruhan, penguji menggalakkan anda membeli laptop ini jika anda sedang mencari sebuah unit kerana ia lengkap untuk segala-galanya.

Oh ya, sebelum terlupa, penguji mendapati laptop ini mampu bertahan lapan jam dengan sekali cas, hebat kan?
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

MSI MELANCARKAN TITAN GT83VR



Industri game tanah air terus mekar dengan pengeluaran laptop permainan. Baru-baru ini, MSI telah melancarkan model terbaru GT83VR Titan yang juga laptop dengan papan kekunci mekanikal pertama di dunia.

Ia mempunyai ciri grafik Pascal yang membolehkannya memacu kandungan realiti maya (VR) dengan lebih lancar selain mempunyai pilihan kad grafik NVIDIA, GTX1070 atau GTX1080 dalam mod SLI digandingkan dengan RAM GDDR5X serta sokongan DirectX 12, menjadikannya sebuah sistem VR yang sangat berkuasa.



SPESIFIKASI:


MSI GT83VR TITAN

Harga: RM20,999

Paparan: 18.4 inci HD penuh

CPU: Intel Core i7 generasi ke-6

RAM: 32GB DDR4-2400

Grafik: 2 x GeForce GTX 1080 SLI, 8GB+8GB GDDR5X

Storan: 1TB HDD+512GB SSD, 1 x slot HDD 2.5”, 1 x slot SSD M.2 SATA

OS: Windows 10 Home

Dimensi: 458 x 339 x 42.3-69mm

Berat: 5.5kg
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

MENGENALI JENIS-JENIS HARD DISK

IDE

IDE (Integrated Device Electronics), juga disebut dengan hardisk PATA (paralel Advanced Technology Attachment) . Hard disk IDE ini memiliki antarmuka data  40pin,  dan 4 pin konektor powe. IDE dilengkapi juga dengan Jumper untuk mengubah pengaturan untuk menghubungkannya dengan motherboard. Hardisk jenis ini memiliki kapasitas serta kecepatan paling rendah dari jenis SATA dan SCSI. Kabel ATA digunakan untuk menghubungkan Hard disk ini ke motherboard. Pilihan kapasitas penyimpanan yang tersedia untuk drive IDE antara lain: 10GB, 20GB, 40GB, 80GB, 120GB, 160GB, 250GB dan 320GB.


SATA

SATA (Serial Advanced Technology Attachment) Hardisk jenis ini memiliki 4 pin antarmuka data 4pin, dan 7 pin antarmuka power. Berbeda dengan IDE, SATA  tidak menggunakan pin jumper, karena tidak memerlukan pengubahan pengaturan. Hardisk SATA ini memiliki kecepatan serta kapasitas yang tinggi jika dibandingkan dengan hard disk IDE, namun berada dibawah hardisk jenis SCSI. Kabel yang digunakan hardisk jenis SATA untuk menghubungkannya dengan motherboard adalah kabel SATA dengan 4 pin. Pilihan kapasitas yang tersedia untuk drive ini yaitu: 80GB, 120GB, 160GB, 250GB, 320GB, 500GB, 1TB dan 2TB.


SCSI

SCSI (Small Computer System Interface) Hardisk ini pada umumnya  memiliki 50-68 pin.  Kecepatan dan kapasitas SCSI sangat tinggi, melebihi kecepatan yang dimiliki oleh hardisk jenis IDE dan SATA drive. Kabel data yang digunakan untuk menghubungkannya dengan motherboard adalah kabel SCSI 50-68 pin. Karena kapasitas dan kecepatannya yang sangat tinggi, umumnya SCSI digunakan di komputer server. Kapasitas yang ada: 160GB, 250GB, 320GB, 500GB, 1TB, 2TB, 5TB dan 10TB.


SSD

SSD (Solid State Disk) adalah disk penyimpanan data transfer paling terlaju dan terpantas iaitu saat booting terpantas sekitar 30saat berbanding hard disk sebelum ini sekitar 40saat..disk ini juga sudah menggunakan teknologi memory seperti memori pendrive atau ram komputer dan tidak menggunakan piring disk lagi.Nama yang sudah tidak asing lagi di dunia SSD adalah Sandisk, Samsung, Imation, Toshiba dan bahkan Seagate pun akan merambah juga ke pasar SSD.






Read More