☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label graphic card. Show all posts
Showing posts with label graphic card. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

GTX 1080 DAN GTX 1070 KELUARAN EVGA MENGALAMI MASALAH TERBAKAR


Kad grafik sekarang mempunyai kuasa memproses yang amat tinggi bagi menghasilkan grafik pada resolusi 4K. Dua kad grafik yang sedang hangat di pasaran sekarang ialah Nvidia GeForce GTX 1080 dan GTX 1070. Kepada mereka yang membeli grafik di atas yang dikeluarkan oleh EVGA, anda perlu memulangkannya segara kerana masalah kebakaran.


Beberapa pengguna melaporkan kad grafik EVGA dengan sistem dwi-kipas mereka mula berasap dan di dalam kes tertentu terbakar kerana masalah kepanasan melampau. Masalah berpunca dari voltage regulation module (VRM) yang menjadi terlalu panas ketika kad grafik berfungsi. Pihak EVGA akan menggantikan kesemua kad grafik yang mempunyai masalah ini dengan kad grafik baru dengan rekaan baru yang lebih selamat.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

NVIDIA MENAWARKAN GEFORCE GTX 1050 & GTX 1050 TI PADA HARGA RENDAH


Dalam usaha memberikan peluang kepada lebih ramai menggunakan kad grafik dengan teknologi Pascal terkini daripada NVIDIA, hari ini mereka telah memperkenalkan dua lagi kad grafik, iaitu GeFroce GTX 1050 dan juga GeForce GTX 1050 Ti. Kedua-duanya menawarkan harga yang lebih mampu-milik berbanding sebelum ini.

 NVIDIA mengatakan melalui kad grafik baru ini, ia akan membolehkan para pemain memainkan sejumlah permainan popular pada masa kini pada kadar 60fps tanpa sebarang masalah. Ia juga membolehkan para pengguna menikmati teknologi grafik Pascal tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak seperti penawaran kad grafik lain.

Kedua-dua variasi GPU ini akan ditawarkan oleh pelbagai rakan kerjasama NVIDIA bermula penghujung Oktober ini. NVIDIA GeForce GTX 1050 ditawarkan pada harga bermula $109 (~RM457) sementara 1050 Ti pula pada harga bermula sekitar $139 (~RM582).
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

CARA MUAT TURUN VIDEO DARI YOUTUBE DENGAN MUDAH


Umum sedia maklum yang mana terdapat puluhan aplikasi desktop mahupun berasaskan web yang membolehkan anda memuat-turun video dari YouTube. Menyertai ke semua itu, yang terbaru adalah Direct YouTube Downloader yang mana merupakan aplikasi berasaskan desktop untuk Windows.




Menariknya mengenai aplikasi Direct YouTube Downloader adalah dimana ia bukan hanya menawarkan memuat-turun sesuatu video dalam bentuk individu, tetapi turut sama membawakan sokongan untuk memuat-turun sesuatu playlist mahupun saluran YouTube itu terus untuk koleksi anda dengan pantas dan mudah.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan kualiti muat-turun untuk sesuatu video, dan menariknya, ia turut membawakan sokongan untuk memuat-turun hanya audio sahaja, selain membawakan sokongan untuk memuat-turun video sehingga saiz 4K dan juga HD penuh 1080p.


Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Direct YouTube Downloader hari ini. Dan ketika pemasangannya, berikan perhatian untuk tidak menandakan sebarang aplikasi tambahan, yang mana mungkin menambah beberapa toolbar pada pelayar web anda.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

JENIS-JENIS GRAPHIC CARD

VGA ISA

VGA ISA merupakan jenis yang ditancapkan pada slot ekspansi ISA (Industry Standard Architecture)  bus yang menggunakan sistim 8 bit atau 16 bit. Namun untuk saat ini penggunaan VGA ISA sudah tidak digunakan lagi, karena selain kecepatannya yang sangat lambat, tampilan kehalusan gambar serta kombinasi warna yang dihasilkanya juga sangat terbatas.


VGA EISA

Jenis VGA EISA dipasang pada slot ekspansi EISA (Extended Industry Standard Architecture) bus yang menggunakan sistim 32 bit I/O. Sama dengan kartu VGA jenis ISA, untuk saat ini EISA juga sudah tidak digunkana lagi karena kecepatan transfernya yang lambat dan juga tampilan grafis yang dihasilkannya sangat terbatas.


VGA PCI

VGA PCI merupakVGA PCIan jenis yang di pasang pada slot ekspansi PCI (Peripheral Component Interconnect) bus yang mempunyai 32-bit atau 64-bit sistem I/O nya. Untuk saat ini pemakaian VGA PCI sudah jarang digunakan karena keterbatasan yang dimilikinya


VGA AGP

VGA AGP merupakan jenis yang di pasang pada slot ekspansi AGP (Accelerated Graphics Port) bus yang menggunakan sistim 128-bit atau 256-bit sistem I/O nya. Ide dari pembuatan VGA AGP adalah untuk meningkatkan transfer data terhadap memori secara signifikan dari CPU ke tampilan. Untuk mudah mengenali slot ekspansi AGP anda boleh lihat ciri-cirinya yang memiliki bentuk pin-nya yang vertikal yang mirip bentuk formasi sarang lebah


VGA PCIE

VGA PCI Express (PCIe) adalah jenis VGA yang dimasukkan pada slot ekspansi PCIe (Peripheral Component Interconnect Express) bus yang adalah berangkaian seri sistem I/O-nya, dengan kecepatan transfernya adalah mencapai hingga 32 GByte/s.

Slot ekspansi PCIe merupakan pengembangan selanjutnya dari slot ekspansi PCI sebelumnya yang memiliki kemampuan sangat baik yang dikenal dengan PCI Express yang dirancang untuk memasang peralatan-peralatan antaramuka dengan teknologi mutakhir masa kini yang membutuhkan kecepatan transfer yang sangat tinggi.





Read More