Dalam usaha memberikan peluang kepada lebih ramai menggunakan kad grafik dengan teknologi Pascal terkini daripada NVIDIA, hari ini mereka telah memperkenalkan dua lagi kad grafik, iaitu GeFroce GTX 1050 dan juga GeForce GTX 1050 Ti. Kedua-duanya menawarkan harga yang lebih mampu-milik berbanding sebelum ini.
NVIDIA mengatakan melalui kad grafik baru ini, ia akan membolehkan para pemain memainkan sejumlah permainan popular pada masa kini pada kadar 60fps tanpa sebarang masalah. Ia juga membolehkan para pengguna menikmati teknologi grafik Pascal tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak seperti penawaran kad grafik lain.
Kedua-dua variasi GPU ini akan ditawarkan oleh pelbagai rakan kerjasama NVIDIA bermula penghujung Oktober ini. NVIDIA GeForce GTX 1050 ditawarkan pada harga bermula $109 (~RM457) sementara 1050 Ti pula pada harga bermula sekitar $139 (~RM582).