Ramai pengguna sedia menyukai komputer riba Dell XPS yang menawarkan rekaan kompak dan bingkai yang sangat nipis jikalau dibandingkan dengan pelbagai komputer riba lain. Namun, mungkin ada antara pengguna yang lebih gemarkan rekaan dengan skrin boleh dipusingkan atau komputer 2-dalam-1.
Untuk menjawabnya, pihak Dell kini dilihat dalam persiapan untuk mengumumkannya. Dell sendiri sebelum ini pernah mengatakan bakal memperkenalkannya pada awal tahun ini, dan kini sebuah halaman aktif pada laman rasmi Dell – memperlihatkan pengumumannya mungkin hadir seawal CES 2017 ini.
Penawaran spesifikasi masih menjadi tanda tanya, tetapi kita mungkin boleh menyasarkan Dell XPS 13 ini menawarkan cip pemprosesan Intel Core Kaby Lake bersama-sama dengannya.
Disamping itu, ia masih mengekalkan rekaan dengan skrin nipis yang dinamakan sebagai Infinity Edge oleh Dell.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Dell untuk peranti baru mereka bersempena CES 2017 ini.