☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

AVAST MENAWARKAN PERISIAN MEMULIHKAN JANGKITAN RANSOMWARE



Sejak tahun lepas, salah satu ancaman sekuriti yang semakin popular adalah malware berbentuk memeras pengguna, atau turut dikenali dengan nama ransomware. Sejumlah besar ransomware telah tersebar, dimana kebiasaannya penyebar ransomware ini akan meminta pengguna untuk membuat bayaran atau sebagainya sebelum dapat mengakses pelbagai fail dan dokumen mereka.

Selalunya, komputer yang telah diancam dengan ransomwarE ini akan membuatkan dokumen mereka diubah nama atau melalui penyulitan, menjadikan ia gagal dibuka. Untuk mengatasinya, pengguna perlu melakukan nyah-sulitan kembali, yang mana agak sukar.
Dengan bilangan ancaman ransomware yang semakin meningkat, kini pihak Avast dilihat menawarkan sejumlah perisian ringkas dalam memudahkan pengguna mengatasi ancaman ransomware.
Daripada apa yang disediakan oleh Avast, antara ransomwarE yang boleh diatasi adalah termasuk:
  • Alcatraz Locker
  • Apocalypse
  • BadBlock
  • Bart
  • Crypt888
  • CrySIS
  • Globe
  • Legion
  • NoobCrypt
  • SZFLocker
  • TeslaCrypt
Semuanya ditawarkan secara percuma, dan pengguna perlu memuat-turun berdasarkan kepada jenis ransomware yang menjangkiti komputer anda.
Seperti biasa, kami nasihatkan supaya anda tidak memuat-turun sebarang fail, dokumen, mahupun gambar daripada sumber yang tidak diyakini untuk mengelakkan komputer anda diancam ransomware. Sekiranya anda ingin mendapatkan sesuatu dokumen dari internet, tetapi was-was dengannya, anda masih boleh menggunakan VirusTotal untuk membuat imbasan sekali lagi.
AVAST RANSOMWARE DECRYPTION TOOLS

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :