☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

YAHOO MEMINTAS EMEL PENGGUNA UNTUK PIHAK PERISIKAN AMERIKA SYARIKAT


Adakah anda menggunakan perkhidmatan emel Yahoo? Sekiranya ya tahniah emel yang diterima oleh anda telah dipintas oleh National Security Agency (NSA) dan FBI Amerika Syarikat. Berita mengejutkan ini dilaporkan oleh Reuters sekaligus memberikan gambaran Yahoo tidak mengendahkan privasi pengguna mereka. Di dalam laporan yang sama penggunaan perisian yang mengimbas kesemua emel yang diterima dengan kata kekunci yang diminta dua badan keselamatan Amerika Syarikat ini diketahui oleh Marissa Meyer, CEO Yahoo.

Tindakan beliau ini menyebabkan Alex Stamos, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Yahoo meletakkan jawatan dan berpindah ke Facebook. Sistem risikan yang melanggar privasi ini turut melanggar hak pengguna. Kewujudannya pernah didedahkan oleh Edward Snowden yang hari ini menggesa pengguna untuk menutup akaun mereka bagi mengelakkan intipan dari berterusan.

Yahoo sudahpun mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini dan menegaskan mereka ialah “syarikat yang menghormati undang-undang, dan mematuhi undang-undang Amerika Syarikat”. Berita pagi ini pastinya memburukkan lagi imej Yahoo yang hanya beberapa minggu sebelum ini digodam menyebabkan kandungan 500 Juta emel pengguna dibocorkan.
Sebagai perbandingan Apple berkeras untuk tidak menyahsulit iPhone 5C milik pengganas San Bernadino kerana menghormati privasi pelanggan mereka. Ini memaksa pihak berkuasa Amerika Syarikat menggunakan khidmat penggodam untuk mengakses data yang tersimpan.

Sumber Rujukan: Reuters

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :