Sistem pengoperasian moden memudahkan pengguna untuk melakukan konfigurasi bagi menjimatkan penggunaan bateri laptop
1) Sleep
– “Sleep” ini seperti seolah-olah kita sedang pause DVD player – laptop dan terus berhenti daripada ‘bekerja’. Selepas itu, bersedia untuk mulakan kerja balik bila on laptop atau komputer tersebut
– Langkah menjimatkan kuasa elektrik, komputer akan berhenti buat perkara yang sedang dibuat. Kiranya tak perlu lagi nak biar komputer load barang-barang startup, semua tu disimpan dalam RAM.
2) Hibernate
– Apabila ‘hibernate’, komputer akan simpan semua dokumen dan program dalam hard disk dan akan turn off (Bukan Shut Down) laptop atau komputer anda. Bila hibernate, laptop atau komputer hanya menggunakan sedikit kuasa berbanding dengan sleep.– “Hibernate’ juga salah satu langkah menjimatkan kuasa elektrik, tapi langkah ini paling menjimatkan. Hal ini disebabkan laptop atau komputer tidak mengguna RAM dan simpan semua yang kita tengah guna dalam harddisk dan terus tidur separuh sedar. Jadi bila nak guna balik, laptop atau komputer akan panggil balik file yang terakhir yang kita guna. Fungsi ni selalu berguna untuk pengguna laptop sebab jimat bateri dan tidak payah nak biar komputer load barang-barang startup.
Untuk mengubah konfigurasi berkaitan sleep dan hibernate:
Klik butang Start dan taip power options.
Pilih pilihan pertama. Di window Power Options tersebut, di bahagian kiri, cari pautan Change when the computer sleeps dan klik pautan tersebut. Satu windows baharu akan dibuka.
Turn off the display – Pemasa untuk mematikan paparan komputer jika komputer idle.
Put the computer to sleep – Pemasa untuk sleep komputer
Anda boleh set pemasa-pemasa ini mengikut kesukaan/keperluan masing-masing.
Untuk set pemasa hibernate. klik pada pautan Change advanced power settings. Skrol dan cari Sleep dalam window yang terbuka. Klik “+” di sebelah perkataan Sleep tersebut dan kemudian, klik “+” di pilihan Hibernate after. Set ikut keperluan anda. Klik Save changes dan tutup semua window.
Walaubagaimanapun harus diingat, sleep dan hibernate ini berlaku secara automatik sebaik sahaja tiada sebarang input pengguna berlaku iaitu pergerakan/klik tetikusdan juga input papan kekunci. Jika anda ingin sleep dan hibernate secara manual:
Klik butang Start, klik butang segi tiga di sebelah butang Shut down, pilih Sleep. Jika pilihan Hibernate tidak kelihatan
Klik Start, taip power options dan pilih pilihan pertama.
Cari dan klik pautan What the power button does.
Klik Change settings that are currently unavailable. Di bahagian Shut-down settings, tanda di kotak Hibernate. Klik Save changes dan tutup semua window.
Pilihan Hibernate akan muncul di menu shutdown.
Jika anda sedang melakukan pemindahan fail atau sedang memuat turun fail sedangkan anda perlu balik/keluar dengan segera, anda boleh shutdown selepas masa tertentu. Klik Start> Run
Untuk Windows XP, taip:
shutdown -s -f -t xxx (xxx adalah masa dalam saat) dan tekan butang Enter.
Untuk Windows Vista/7/8/8.1/10, taip:
shutdown /f /s /t xxx (xxx adalah masa dalam saat) dan tekan butang Enter.
Jika anda ada melakukan kesilapan atau ingin abort shutdown, klik Start> Run:
Untuk Windows XP, taip: shutdown -a dan tekan butang Enter
Untuk Windows Vista/7/8/8.1/10, taip: shutdown /a dan tekan butang Enter.
Hibernate (Windows Vista/7/8/8.1/10), taip: shutdown /h dan tekan butang Enter.
Restart (Windows Vista/7/8/8.1/10) dengan pemasa, taip: shutdown /f /r /t xxx dan tekan butang Enter.
Restart (Windows Vista/7/8/8.1/10) tanpa pemasa, taip: shutdown /f /r /t xxx dan tekan butang Enter.