☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

PUNCA UTAMA KEROSAKAN KOMPUTER BAHAGIAN 1



Kesemua orang tahu bahawa punca utama kerosakan komputer adalah disebabkan kecuaian yang datangnya dari diri kita sendiri, Itu yang terlihat dari sudut pandangan umum jika komputer dimasuki air atau komputer riba terlepas dari tangan, dan yang pasti semua kecuaian itu adalah datangnya dari diri kita sendiri.

Pernahkah anda terfikir jika kurang penjagaan melalui sistem operasi atau atas faktor kebersihan juga boleh mendatangkan bahaya sama seperti kecuaian di atas tadi. Kerosakan yang tanpa diduga ini bila-bila masa sahaja boleh terjadi ke atas komputer kesayangan anda walaupun anda telah meletakkan komputer anda di tempat yang selamat.

Pada pemerhatian saya rata-rata para pengguna komputer masa kini mereka hanya tahu menggunakanya sahaja akan tetapi mereka tidak pernah tahu tentang bagaimana fungsi sistem perjalanan komputer mereka. adakah dalam keadaan baik-baik sahaja atau sebaliknya.

Kita sebagai pengguna wajib tahu serba sedikit (basic) asas bagaimana cara untuk mengelakkan sebarang masalah yang bakal terjadi sekaligus dapat memanjangkan jangka hayat komputer. Pepatah ada menyebut 'Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubati'

Sekarang saya akan beri penerangan dan share kan kepada anda semua apa langkah-langkah yang harus dibuat dan bagaimana cara untuk mengelak komputer anda dari sebarang kerosakan. Antara masalah yang selalu timbul adalah seperti berikut..

*  Komputer selalu 'hang' atau lembab

*  Internet connection lemah dan perlahan

*  Bila 'on' komputer lambat untuk logon ke windows

*  Kadang-kadang komputer tiba-tiba mati sendiri

*  Fail tiba-tiba hilang atau corrupt dan tidak boleh dibuka

*  Komputer boleh on tetapi tiada gambar

*  Bila 'shutdown' komputer lambat mati

* Suhu laptop bertambah menjadi panas

Sekarang kita berbalik kepada tajuk utama iaitu punca kerosakan utama komputer dan dibawah ini adalah punca utama bagi kerosakan komputer dan bagaimana cara untuk kita mengatasinya..





Gambar habuk yang ditunjukkan diatas ini mungkin tidak memberi apa-apa makna kerana dimana-mana sahaja terdapat habuk disana-sini dan gambar diatas ini juga mungkin anda fikir tidak boleh memberi kesan apa-apa terhadap komputer kita apatah lagi kerangka komputer yang kuat dibuat daripada logam campuran aluminium dan besi, akan tetapi anda perlu ingat dengan habuk ini sahaja boleh melumpuhkan sistem komputer anda secara kekal sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Bagaimana habuk ini boleh mengancam komputer kita? dan bagaimana habuk ini boleh menyerang? sebenarnya semua komputer dilengkapi dengan kipas (fan) ini bertujuan untuk menyejukkan semua komponen yang berada diatas motherboard terutama sekali adalah bahagian processor (otak) jika kipas terlalu kotor dan berhabuk angin yang baik tidak dapat ihasilkan dan beberapa komponen akan melecur kerana kepanasan. sama keadaan seperti kipas angin dirumah jika tidak dibersihkan maka kipas tidak boleh menghasilkan angin yang kuat.



Awas kepada anda yang selalu meletakkan laptop diatas tilam, memang best kalau dapat bersantai diatas tilam sambil melayari facebook, perlu diingat suhu laptop akan bertambah panas kerana tiada udara masuk daripada bawah. kebiasaan kipas laptop akan menyedut udara baru dari bawah dan melepaskan udara panas dari tepi atau belakang. apabila terlalu panas lama-kelamaan beberapa komponen dalaman mula melecur.


CHIPSET



Kesemua komputer memiliki chipset yang terletak diatas motherboard dan chipset ini mempunyai dua daerah iaitu 'North Bridge' dan 'South Bridge' chipset ini mudah panas sama seperti processor dan chipset ini juga berkongsi kipas dengan cooper processor. komponen inilah yang harus dijaga dengan rapi cukup dengan hanya membuat servis membuang habuk dan kotoran pada kipas.

Elakkan chipset daripada rosak, chipset  boleh rosak akibat melecur kerana menahan suhu yang terlalu panas . chipset ini ibarat jantung atau nyawa bagi sesebuah komputer dan mengapa chipset ini lebih penting dari komponen-komponen yang lain? jawapanya kerosakan chipset ini sukar diganti kerana komponen ini melekat di motherboard. kebiasaan kerosakan chipset diganti dengan motherboard sekali. contoh jika chipset laptop anda sudah rosak adalah lebih baik membeli sebuah laptop yang baru daripada membaikinya kerana kos membeli motherboard baru dengan upah pemasangan sudah hampir sama dengan laptop baru.

Tanda-tanda chipset yang sudah rosak adalah laptop boleh 'on' akan tetapi tidak mengeluarkan gambar dan skrin pula menjadi hitam dan gelap. ada juga kedai-kedai komputer yang menawarkan membaiki kerosakan chipset akan tetapi tidak digalakkan oleh pekerja pekedai itu sendiri kerana kerosakan chipset ini biasanya akan datang semula dalam beberapa bulan dan jika bernasib baik boleh tahan sampai setahun.

Sama keadaan seperti manusia apabila pernah menjalani pembedahan organ, tentu ada kesan kesakitan lain atau efek sampingan kesan dari pembedahan itu. oleh itu elakkan dari membaiki chipset yang boleh merugikan wang ringgit anda.

Banyak aduan yang saya terima dari pelanggan saya yang pernah menghantar laptop mereka kepada saya rata-ratanya masalah mereka adalah chipset, ini terjadi kerana mereka mengaku kadang-kadang malas untuk membuat servis kekotoran pada kipas dan selalu mengabaikanya. sekarang baru anda sedar betapa bahayanya ancaman habuk ini sehingga terpaksa membeli sebuah laptop yang baru.

Sekian sahaja sedikit penjelasan dari saya mengenai tajuk kita hari ini insyaalah kita akan sambung lagi artikel ini di masa akan datang.

Baca juga artikel > PUNCA UTAMA KEROSAKAN KOMPUTER BAHAGIAN 2

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :