Menonton video menerusi YouTube akan memakan kuota data anda. Bagi mereka yang berwang ini bukan masalah besar kerana kuota tambahan boleh dibeli. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, ini ialah halangan bagi mereka untuk melakukan penstriman video. Oleh itu aplikasi YouTube Go dilancarkan. Aplikasi ini membenarkan tontonan dan perkongsian video YouTube di luar talian.
YouTube Go pada asalnya dihasilkan untuk pengguna di India di mana penggunaan kuota data ialah isu yang besar. Video dari YouTube Go boleh dimuat turun untuk tontonan tanpa sambungan internet. Pengguna boleh memilih kualiti dan saiz muat turun. Perkongsian video secara atas talian dilakukan dengan pemindahan fail menggunakan Bluetooth. Aplikasi akan ditawarkan di India sahaja buat masa ini dengan perancangan untuk ia digunakan oleh pengguna YouTube seluruh dunia.