☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Rosli Repairing Computer And Services

HATI-HATI MEMBELI KOMPUTER DENGAN HARGA MURAH

Saya rasa kagum jika seseorang mengatakan dia boleh mendapatkan sebuah komputer atau laptop dengan harga di bawah RM 1300 dan mendakwa OS nya adalah Original. Saya telah cuba memasang dengan spek paling minima tapi masih gagal mendapat harga tersebut jika berbekalkan OS original. Kecualilah degan OS crack atau cetak rompak. Tapi jika anda mendaptkanya dengan harga semurah ini dan OSnya ori saya tabik spring kepada anda kerana pada saya misti ada tak kena dengan OS atau spek komputer tersebut. Mari kita buat kiraan mudah..

HARGA PAKEJ WINDOWS 7
Windows 7 Starter – RM148.00
Windows 7 Home Premium – RM368.00
Windows 7 Ultimate – RM648.00
Windows 7 Professional – RM478.00
(Windows 7 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64))

HARGA PAKEJ WINDOWS 8
Windows 8 versi PRO - RM880
Windows 8.1  - RM550
(Windows 8 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64))


Bayangkan jika anda boleh mendapatkan sesebuah komputer di bawah RM 1300 apakah jenis OS yang dia gunakan. Untuk mendapatkan original windows anda kena mengambil kira harga OS dan haga basic komputer tersebut (Harga Komputer + OS yang di gunakan) Contoh untuk windows 8.1 Harga OS dia sahaja 550 + harga komputer) Jika harga komputer tu 1300 adakah mungkin harga laptop anda hanya 750 sedangkan harga prosesornya sahaja adalah RM 480 ke 650 (1300-550= 750) Contoh untuk windows 7 Ultimate Harga OS dia sahaja 648 + harga komputer) Jika harga komputer tu 1300 adakah mungkin harga laptop anda hanya 652 sedangkan harga prosesornya sahaja adalah RM 480 ke 650 (1300-648= 652)  Cubalah anda kira OS lain pula kecuali untuk nettbook yang mengunakan Windows 7 starter Jadi saya berpendapat jika inilah harga komputer yang anda dapat OS nya berkemungkinan besar adalah dari OS Crack atau cetak rompak. sudah barang tentu anda akan mengalami masalah apabila mengunakannya dalamn tempoh 30 hari sahaja. Setakat ini sudah beratus komputer murah yang saya repair semua hanya di bekalkan OS windows Crack atau cetak rompak. Belum jumpa lagi komputer yang murah ni di bekalkan  OS original..

About Rosli Repairing Computer And Services -

Sila ambil perhatian bahawa Rosli Repairing Computer And Services tidak pernah menjual dan tidak akan menjual apa-apa jenis software yang berlesen seperti freeware melainkan hanya diberi secara percuma kepada pelanggan yang membuat servis..Software yang berlesen seperti shareware ataupun windows yang dibekalkan adalah yang original dan tiada istilah crack ataupun pirate..Harap maklum

Subscribe to this Blog via Email :