Data recovery bermaksud mengembalikan atau mengeluarkan semula fail-fail yang hilang seperti gambar,video,lagu atau apa sahaja dokumen akibat kesilapan manusia iaitu terdelete,terformat ataupun fail hilang secara tiba-tiba akibat serangan virus dan sebagainya.
Antara jenis-jenis disk yang boleh mengembalikan fail yang hilang adalah seperti berikut;
Hard Disk Drive
Thumb Drive
Memory card
Untuk mengembalikan data bagi fail-fail yang hilang ia menggunakan teknik RECOVERY COMPRESSED FILE bagi mendapatkan semula fail tersebut yang biasanya dilakukan oleh programmer yang berpengalaman dalam bidang tersebut serta kos yang agak mahal bagi sesetengah fail bergantung kepada peratusan fail yang berjaya ditemui kebiasaanya dalam 95% dari fail yang sedia ada..
Bagaimana fail yang telah dipadamkan secara kekal boleh dikembalikan? Pernahkah anda terfikir mengapa saiz memori kad atau hard disk anda tidak sama saiz yang diluar dengan yang di dalam? Contoh anda membeli sebuah pendrive bersaiz 64gb dan apabila dibuat pemeriksaan free saiz yang ada didalam adalah lebih kurang sebanyak 59gb atau 60gb sahaja..mana pergi baki lebih kurang 4gb anda?
Jawapannya ialah ruang tersebut telah di reserved kan oleh system file seperti NTFS, FAT, FAT32 (bergantung jenis file system anda) kegunaanya ialah apabila sesuatu file yang kita padam telah di COMPRESSED (dikecilkan) dan dimuatkan ke dalam system reserved tadi..apabila diperlukan programmer akan DECOMPRESS file tersebut menjadi asal. Pengalaman saya pernah recovery sebuah hard disk kosong ( empty disk )
berjumlah 80gb dan jumlah fail lampau yang berjaya ditemui iaitu
melebihi saiz sebenar iaitu sekitar 160gb!
Pernah saya lihat harga untuk melakukan recovery ini boleh mencecah sehingga rm300 ringgit..Kenapa mahal? Kerana, kehidupan kita yang berlaku dalam bentuk gambar dan video hanya sekali sahaja berlaku dalam hidup, jadi segala perkara pahit manis yang telah berlaku dalam bentuk gambar dan video adalah perkara yang termahal dalam hidup dan merupakan perkara yang sukar untuk diulang semula dalam bentuk keadaan dan waktu yang sama..sebagai contoh peristiwa perkahwinan kita yang berlaku dalam bentuk gambar dan video adalah kenangan yang akan kita bawa sampai bila-bila dan itulah satu-satunya kenangan yang kita ada dan tidak boleh diulang..apabila fail tersebut hilang seperti terpadam atau terformat adalah perkara mustahil bagi kita untuk mendapatkan semula fail-fail tersebut..maka dengan demikian recovery bagi sesebuah memori adalah yang termahal nilainya.
Ini pengalaman kisah kawan saya 3 tahun lepas menceritakan dia kehilangan gambar dan video di dalam komputer peribadinya seperti gambar kenangan telah terpadam secara tidak sengaja..keadaan kawan saya ketika itu kelihatan binggung dan termenung selama lebih seminggu kerana semua kenangan lenyap dalam sekelip mata dan inilah akibatnya kerana tidak membuat salinan ke memori yang lain..dalam waktu itu dia tidak sanggup untuk membuat recovery kerana kos yang agak mahal waktu itu katanya.
Pengalaman saya apabila saya dihubungi satu lelaki cina yang bekerja sebagai penjual telefon bimbit di pertama complex jalan tuanku abd rahman meminta saya recovery memory card customernya kerana fail penting yang mengandungi gambar dan video telah terformat secara tidak sengaja dari memory card itu..dalam waktu itu dia berasa tidak kena kerana tidak tahu apa yang harus dijawab kepada customernya apabila mendapat tahu hal itu..selang dua hari saya memulangkan memory card beliau bersama fail yang ditemui sebanyak 98% lantas dia memeluk saya dengan gembira kerana tidak menyangka fail itu berjaya ditemui semula..
Nasihat saya janganlah anda lupa untuk membuat salinan pada kedua-dua fail yang penting dan mustahak agar jika sesuatu tidak diingini berlaku pada fail kita pada suatu hari nanti tidaklah kita bimbang kerana masih mempunyai fail backup sebagai ganti..jangan fikir sekarang teknologi canggih seperti data recovery yang saya katakan diatas tadi dapat menolong anda 100%..apakah anda tidak terfikir suatu masa nanti memory anda akan CORRUPTED dan tidak boleh digunakan lagi? Jika itu terjadi maka tiada ertinya lagi data recovery itu apabila perkara itu telah terjadi..