☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label windows. Show all posts
Showing posts with label windows. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

UPDATE WINDOWS 10 DIJANGKA AKAN TERDSEDIA PADA MAC 2017


Microsoft telah diperkatakan akan hadir dengan sekurang-kurangnya dua kemaskini yang menyertakan sejumlah fungsi baru. Kini, desas-desus baru hadir, mengatakan kemaskini pertama untuknya yang dinamakan sebagai Redstone 2 mungkin hadir pada bulan Mac 2017 kelak.

Buat masa ini, fungsi baru yang akan disertakan masih menjadi tanda tanya. Sebelum ini, Microsoft telah diperkatakan akan hadir dengan sokongan mengurangkan cahaya biru pada Windows 10, disamping penambah-baikkan lain pada sistem operasi berkenaan.

Microsoft dijangka berkongsi mengenai penawaran baru mereka pada acara yang dijadualkan penghujung bulan ini bersama-sama pengenalan peranti surface yang baru.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

RUN-COMMAND MEMUDAHKAN ANDA MENJALANKAN COMMAND KEGEMARAN DI WINDOWS


Bagi pengguna Windows, mungkin biasa dengan sokongan Run yang didatangkan terbina padanya. Namun, ia mungkin kelihatan agak kurang mesra untuk pengguna baru, dan terdapat beberapa kekurangan padanya. Untuk mengatasinya, salah satu perisian yang agak menarik adalah Run-Command.




Run-Command adalah salah satu perisian ringkas, yang boleh digunakan secara portablememandangkan saiznya dibawah 100KB.
Melalui Run-Command, pengguna didatangkan dengan fungsi seumpama sokongan Windows Run biasa, tetapi turut dipermudahkan dengan membolehkan pengguna mengakses kepada beberapa perkara popular dengan pantas, disamping boleh menyimpan command kegemaran pada bahagian Favourites.
Pengguna juga boleh menyimpannya ia di bahagian System Tray untuk akses pantas apabila diperlukan. Menurut pembangunnya, ia boleh digunakan pada Windows 98 sehingga Windows 8 tanpa sebarang masalah.
Bagi mereka yang ingin mencubanya sendiri, mungkin boleh memuat-turun perisian ringkas ini daripada halaman rasmi mereka, dan menggunakannya dalam menjalankan command kegemaran anda di Windows.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

400 JUTA KOMPUTER DI SELURUH DUNIA MENGGUNAKAN WINDOWS 10


Pada bulan Mei lepas, Microsoft telah mengatakan yang mana Windows 10 menjana lebih kurang 300 juta peranti seluruh dunia. Kini, selepas tempoh naik-taraf percuma ditamatkan oleh Microsoft, ia dilihat peningkatan peranti menggunakan Windows 10 sedikit perlahan, tetapi kini telah pun mencapai 400 juta peranti yang menggunakannya.
Windows 10 merupakan sistem operasi pertama daripada Microsoft yang menguasakan pelbagai saiz peranti – daripada Raspberry Pi, sehinggalah kepada telefon pintar, tablet, Xbox One dan juga komputer.
Dengan perkembangan ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih ramai pembangun memfokuskan pembangunan untuk platform Windows 10 ini. Baru-baru ini, Microsoft turut telah menambah sokongan aplikasi Win32 pada Windows Store – sekaligus menarik lebih ramai pembangun menggunakan perkhidmatan kedai aplikasi mereka.
Walaubagaimanapun, memandangkan naik-taraf percuma ke Windows 10 telah pun tamat, maka kita mungkin akan melihat Microsoft mengambil sedikit masa yang lama sebelum angka penggunaan berkenaan mencapai 1 bilion peranti seluruh dunia.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

ALL IN ONE SYSTEM RESCUE TOOLKIT


Bagi anda yang sering membaiki sistem komputer, terutamanya Windows, mungkin anda kenali pelbagai perisian yang membantu memudahkan proses berkenaan. Terkini, dalam usaha terus membantu juruteknik dan mereka yang terlibat dalamm membaiki sistem komputer, salah satu koleksi perisian yang mungkin membantu anda adalah All In One System Rescue Toolkit.
All In One System Rescue Toolkit hadir dalam dua bahagian, yang mana boleh dijalankan terus pada sistem Windows, ataupun diboot untuk mengakses kepada lebih pilihan.

Bahagian yang boleh dijalankan pada Windows sendiri hadir dengan pelbagai perisian yang membantu anda menguji, menyemak dan membaiki sejumlah besar masalah Windows – termasuk berkaitan rangkaian dan juga sekuriti. Disamping itu, pengguna turut boleh mengakses ke GParted, CloneZilla, Terminal dan sebagainya dengan boot ke All In One System Rescue Toolkit ini.

All In One System Rescue Toolkit ini bersaiz sebesar 682MB, dan pengguna perlu memasangnya pada USB atau CD terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak koleksi perisian yang disertakan pada All In One System Rescue Toolkit ini, dan turut memuat-turunnya secara percuma hari ini melalui laman rasmi perisian tersebut.

Read More
Rosli Repairing Computer And Services

KEBAIKAN FORMAT WINDOWS


Apa itu format windows? format windows beerti mengosongkan hard disk dengan memadam sistem operasi windows yang ada di dalamnya dan juga kesemua fail-fail yang ada di dalam disk tersebut. Format mempunyai dua pilihan iaitu 'Quick Format' dan 'Format' biasa . kedua-dua pilihan ini adalah sama tujuanya iaitu mengosongkan hard disk dan perbezaanya adalah proses quick format berjalan dengan cepat manakala format biasa pula mengambil masa yang lama bagi tujuan untuk memeriksa bad sector.

Saya mencadangkan anda memilih proses format yang biasa untuk memeriksa bad sector, walaupun mengambil masa yang lama, ini amat baik untuk anda bagi memastikan fail atau dokumen penting yang anda pindahkan nanti tidak corrupt atau rosak.


Cara membuat format biasa adalah dengan membuang tanda check box quick format seperti gambar diatas dan segala setting yang lain seperti file system NTFS hendaklah dikekalkan.

Format windows adalah jalan terbaik atau jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah, diantaranya windows harus diganti dengan yang baru adalah kerana gagal melaksanakan tugas dan arahan serta banyak error yang muncul ketika diberikan perintah atau command, windows yang sudah  terlalu lama beroperasi seringkali berdepan dengan berbagai masalah kerana disebabkan kurang penjagaan dan menyebabkan beberapa fail sistem dalaman yang penting sudah hilang atau dijangkiti oleh virus.

Kebaikan format windows ini juga berupaya melenyapkan segala jenis virus yang bertapak di dalam hard disk anda dalam sekelip mata, tiada sebarang halangan bagi format windows untuk mengosongkan hard disk anda dengan hanya membuat satu klik sahaja.

Setelah proses mengosongkan hard disk sudah terlaksana, buat pemasangan windows semula seperti biasa dan dari situ anda akan merasai windows yang baru atau (Fresh Install) seolah-olah anda sedang menggunakan komputer baru yang selesa, ringan dan lancar.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

PUNCA UTAMA KEROSAKAN KOMPUTER BAHAGIAN 2


Pada artikel yang lalu saya telah menerangkan mengenai langkah-langkah pencegahan kerosakan komputer di bahagian (hardware) dan hari ini saya beralih ke bahagian langkah-langkah pencegahan kerosakan komputer di bahagian (software) iaitu bahagian sistem operasi windows. 

Kedua-dua bahagian ini wajib anda pelajari terutamanya kepada mereka yang baru menggunakan komputer dan tiada pengalaman untuk dijadikan sebagai asas basic pengetahuan supaya berbagai jenis masalah dapat dielakkan.

Punca kerosakan utama bahagian sistem operasi windows datang dari beberapa sebab dan salah satunya adalah kerana terkena serangan virus. dari mana virus ini hadir? apakah tujuan virus ini dicipta dan siapakah penciptanya?



Virus tidak boleh terjadi dengan sendiri melainkan ada manusia yang menciptanya, tindak balas virus terhadap komputer adalah bergantung kepada kemahuan pencipta, tujuan virus dicipta adalah kononya semata-mata untuk mencari keuntungan dengan menjual perisian anti virus. 

Seorang pencipta virus ini biasanya adalah seorang programmer dan sudah semestinya dia tahu bagaimana untuk mengubatinya. sebagai contoh seorang doktor mencipta suatu penyakit dan tidak berapa lama kemudian dia membuat hebahan bahawa kononya dia telah menemui penawar bagi penyakit tersebut dan dari situ dia sudah membuat keuntungan.



Bagaimana untuk mengelakkan dari terkena serangan virus ini? pasang anti virus jenis premium ke dalam komputer anda dan jangan sesekali menggunakan anti virus free licence atau trial version kerana perisian anti virus ini tidak dapat menghalang semua jenis virus. anti virus premium adalah anti virus berbayar yang mempunyai lesen selama setahun yang berupaya menghalang semua jenis serangan virus.

Apabila anda membeli sebuah komputer baru, selain dengan memasang perisian anti virus apakah perkara wajib lain yang anda harus lakukan? teruskan membaca dan ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Pertama, install aplikasi CCleaner ke dalam komputer anda dan lakukan pembersihan secara berjadual selama seminggu sekali atau seminggu dua kali. ini amat baik bagi mengelak komputer anda menjadi lembab dengan membuang segala cache dan history iaitu sejarah-sejarah lama yang terkumpul disaat anda browsing disana sini.

Langkah kedua buang start up yang terlalu banyak dan yang dirasakan tidak perlu di bahagian section start up yang ada di dalam CCleaner dengan cara menekan uncheck ke dalam box yang berkenaan dan apabila komputer dihidupkan windows hanya akan menjalankan beberapa aplikasi sahaja yang berkenaan. jika terlalu banyak aplikasi yang tidak berguna dijalankan maka proses boot to windows akan mengambil masa yang terlalu lama dan terjadinya 'application running background' yang memerlukan penggunaan sejumlah ram.

Perhatian, anda tidak digalakkan uncheck box untuk aplikasi anti virus kerana sewaktu on komputer, sistem tidak akan menjalankan anti virus bersama. Jika anda tidak arif boleh mencuba cara kedua iaitu dengan menekan butang WIN+ R dan masukkan perintah 'MSCONFIG' dan kemudian tekan enter, pilih bahagian startup kemudian uncheck mana-mana bahagian di dalam box yang anda rasa tidak diperlukan dan tekan ok.

Download CCleaner Percuma

Langkah seterusnya buat check disk untuk semua drive, caranya ialah pergi  ke > my computer><right click mana-mana partition yang dikehendaki><click properties><select tools tab><click check now>< click start. lakukan check disk untuk mengesan sebarang drive error. ini dapat mengelakkan dari terjadinya 'Bad Sector' di dalam hard disk anda. bad sector tidak boleh dibaiki sekiranya sudah terjadi, untuk mengelakkan perkara ini anda perlu membuat check disk sekurang-kurangnya seminggu sekali. jika ada kesalahan error ditemui, tools ini akan membetulkan kesalahan tersebut secara automatik.


Berkenaan dengan bad sector ini, jika anda mematikan komputer dengan cara tidak betul perkara bad sector ini juga boleh terjadi misalnya anda mengambil jalan mudah dengan mematikan komputer anda dengan cara menutup suis utama 240V. cara ini adalah tidak betul, windows sudah mulai menandai beberapa titik  di dalam hard disk anda sebagai bad sector dan kawasan titik itu adalah kategori kawasan yang tidak boleh dibaca.

Jika anda mempunyai usb pendrive atau external hard disk, pastikan anda click 'Safety Remove Hardware' sebelum mencabutnya dari usb komputer, ini penting untuk mengelak dari terjadinya bad sector dan kadangkala ada beberapa kes, hard disk tersebut langsung tidak dapat dibaca dan untuk meneruskannya, sistem meminta untuk format hard  disk tersebut sebelum boleh digunakan seperti biasa. jika anda tidak berjaya 'Remove Hardware Safely' dengan alasan ada error mesej seperti 'This 
Device Is Currently In Use' sila log off komputer ataupun restart komputer anda seperti biasa.


Langkah yang seterusnya ialah dengan membuat defragment untuk semua disk-disk anda, caranya ialah pergi ke > my computer><right click mana-mana partition yang dikehendaki><click properties><select tools tab><click defragment now><select disk yang dikehendaki><click defragment disk. apa itu defragment? defragment bermaksud sistem akan menyusun semula semua fail-fail anda dan memastikan tiada lubang-lubang free space diantara fail ke fail dan sekaligus meningkatkan prestasi kelajuan hard disk anda.


Pada kebiasannya default setting untuk defragment disk ini sudah dijadualkan oleh windows pada setiap hari rabu iaitu pada jam 0100am, sila ubah waktu tersebut yang mana ketika waktu itu komputer anda sedang beroperasi mengikut pilihan anda kerana jika diikutkan pada waktu yang asal pada jam 0100am, waktu itu komputer anda dengan anda sekali sedang tidur lena, jika terlepas atau miss waktu jadual tersebut, sistem akan membuat defragment pada minggu yang berikutnya itupun sekiranya komputer anda sedang beroperasi pada waktu tersebut.

Akhir sekali buatlah windows update apabila setiap kali windows update sudah tersedia dari microsoft ini amat penting bagi menjaga seluruh sistem operasi windows dari sebarang kerosakan lain seperti windows corrupt ataupun file system missing. microsoft akan sentiasa menjaga, memantau dan membetulkan segala kesalahan secara automatik setelah update windows dijalankan serta berupa menahan dari serangan virus yang boleh melumpuhkan sistem operasi. disamping itu juga kebaikan update windows ini akan meletakkan beberapa feature terbaru dari microsoft sekiranya ada penambah baikan.

Sekian sahaja sedikit penerangan dari saya mengenai punca utama kerosakan komputer, kalau diikutkan ada beberapa lagi cara pencegahan lain yang lebih advanced seperti menggunakan registry dan dll dan ini memerlukan professional user untuk menggunakan tools ini seadanya. saya berharap sesiapa sahaja yang membaca artikel ini dapatlah kongsikan pengetahuan ini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, walaupun ianya adalah cuma sekadar basic asas panduan sebagai permulaan penggunaan komputer tetapi mungkin amat cukup bermanfaat bagi sesetengahnya.
Read More