☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

TAHUKAH ANDA BAHAWA WIFI TERDEDAH KEPADA RISIKO TERTINGGI



Jika anda mengunjungi restoran atau kafe, perkara pertama yang dilakukan sebelum memesan makanan pastinya bertanyakan kata laluan sambungan WiFi untuk melayari Internet.
Namun, tahukah anda WiFi percuma ini mempunyai risiko keselamatan yang tinggi? Ia memberi ruang kepada penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi anda melalui sambungan WiFi percuma ini.
Jika anda mengunjungi mana-mana tempat awam yang mempunyai perkhidmatan WIFI PERCUMA seperti hotel, starbuck ataupun hentian rehat, network yang digunakan adalah tidak selamat kerana terdedah kepada risiko kebocoran maklumat semasa kita sedang menggunakan perkhidmatan itu.

lebih-lebih lagi tuan punya pembekal wifi percuma itu adalah seorang programmer maka dengan mudah sekali dia memantau aktiviti-aktiviti kita yang berlaku dalam rangkaiannya termasuk mencuri maklumat-maklumat penting yang melibatkan urusniaga ahli-ahli perniagaan yang bernilai jutaan ringgit.

Oleh sebab itu kadang-kadang kita sudah connected dengan wifi percuma kita dikehendaki click I AGREE yang terkandung dalam syarat-syarat itu bahawa kita setuju menggunakan perkhidmatan itu dan pihak pembekal wifi itu tidak bertanggungjawab diatas sebarang kebocoran maklumat.


Penasihat Keselamatan F-Secure Corporation Sdn Bhd (F-Secure), Goh Su Gim berkata, disebabkan kebergantungan tinggi terhadap teknologi, pengguna sebenarnya tidak sedar kemudahan WiFi percuma ini berupaya mendedahkan maklumat peribadi seseorang.
"Di Malaysia kemudahan WiFi percuma sudah menjadi satu keperluan.
"Pengguna telefon pintar, tablet dan laptop yang berhubung melalui pelbagai aplikasi sosial sudah pasti mencari WiFi percuma ini ke mana saja mereka pergi tidak kira di hotel, lapangan terbang, kedai kopi malah di hospital," katanya.
Namun Gim berkata, WiFi secara asas tidak dibangunkan bersama ciri keselamatan awam dan pemasangannya tidak memerlukan sebarang peraturan khas.
"Sesiapa sahaja boleh memasang titik akses WiFi di mana saja kerana ia tidak sukar untuk dilakukan.
"Selain itu, pengguna juga terlalu percaya kepada teknologi sehingga tidak menyedari bahaya sebenar," katanya.
Menurut Gim, kelemahan ini dieksploitasi sepenuhnya penjenayah dengan menawarkan hotspot WiFi untuk memperdaya dan mencuri data peribadi.
"WiFi palsu ini boleh digunakan untuk merancang serangan dipanggil 'orang tengah' yang mana gambar, teks dan video yang dihantar menerusi rangkaian ini boleh dipintas dan dicuri selagi ia tidak dienkripsi," katanya.
Katanya lagi, malah WiFi sebenar seperti di hotel boleh 'ditendang' keluar dengan menggunakan WiFi yang mempunyai isyarat lebih kuat serta tidak menggunakan kata laluan yang memperdaya sesiapa saja untuk masuk semula ke WiFi tanpa menyedari ia sebenarnya perangkap.
Baru-baru ini, F-Secure menjalankan kajian di bandar besar London bagi menunjukkan pengguna yang leka menggunakan WiFi awam tanpa menghiraukan keselamatan peribadi.
Dalam eksperimen ini, mereka menyediakan hotspot WiFi palsu yang mendedahkan trafik Internet, maklumat peribadi, kandungan e-mel malah bersetuju kepada klausa mengarut seperti melepaskan 'hak penjagaan anak sulung' pengguna untuk menggunakan WiFi percuma ini.
Dalam masa 30 minit, sebanyak 250 peranti disambungkan ke WiFi ini kebanyakannya secara automatik tanpa disedari pengguna dengan 33 individu secara aktif melayari Internet dan menghantar e-mel.
Pengkaji senario terbabit menemui teks e-mel yang dihantar menerusi format 'POP3' boleh dibaca dengan jelas seperti alamat penerima dan penghantar serta kata laluan penghantar bagi menekankan kepentingan penggunaan enkripsi.
Apa yang menakutkan, pengguna tidak membaca langsung terma dan syarat sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ini.



"Dalam eksperimen ini, F Secure meletakkan syarat seperti melepaskan hak penjagaan anak sulung mereka serta binatang peliharaan kesayangan untuk mendapat kebenaran menggunakan WiFi percuma," ulas Gim.
Kajian bebas ini disokong pihak berkuasa Europol serta Institut Penyelidikan Siber UK dan SySS, syarikat ujian penembusan dari Jerman.
Dalam kajian ini, SySS membina hotspot WiFi mudah alih daripada komponen yang berkos sekitar RM800 saja dan sedikit pengetahuan teknikal.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Serantau F-Secure, Lydia Chic pula menjelaskan, pengguna boleh menjauhi penggunaan WiFi percuma atau melaksanakan langkah keselamatan ketika menggunakannya.
"Anda boleh menjadikan sambungan tidak kelihatan kepada individu lain dan data tidak boleh dibaca kerana ia dienkripsi.
"Jika ada yang cuba menceroboh, mereka tidak akan berjaya," katanya.
F-Secure sendiri mempunyai teknologi F-Secure Freedome yang berasaskan rangkaian peribadi maya (VPN) dan penyelesaian privasi 'online'.
Freedome mengenkripsi data yang mengelakkannya daripada dibaca meskipun anda bersambung ke WiFi awam yang tidak selamat.
Ia menghalang laman web dan aplikasi berbahaya serta mempertahankan privasi anda dan menjadikannya seakan 'tanpa nama'.
Cybersecurity Malaysia (CSM) yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula menggariskan langkah penggunaan sambungan WiFi sama ada di rumah atau kawasan awam.
Penggunaan WiFi dirumah perlu langkah lebih berhati-hati apabila kebanyakan individu memilih untuk membiarkan sambungan rangkaian WiFi mereka terbuka, sekali gus mencipta hotspot yang membolehkan sesiapa saja berdekatan kawasan itu untuk membuat sambungan ke Internet.
Antara tip perlu difikirkan:
> Adakah hotspot anda menyalahi peraturan pembekal perkhidmatan Internet? Sesetengah pembekal Internet jalur lebar melarang pengguna berkongsi sambungan WiFi dengan orang yang tidak dikenali. Larangan ini biasanya terkandung dalam syarat perkhidmatan oleh pembekal Internet ketika anda mendaftar untuk menggunakan Internet.
> Adakah komputer dan rangkaian anda selamat? Pastikan kata laluan komputer anda sukar diteka dan dihafal. Ia penting terutama jika anda mempunyai rangkaian komputer di rumah.
Semestinya anda tidak mahu orang yang tidak dikenali menggunakan sambungan WiFi anda untuk mengakses komputer anda.
Adakah anda sudah menukar kata laluan stesen utama (base station)? Kebanyakan stesen utama WiFi menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti 'admin' atau 'default' membolehkan penggodam untuk mengambil alih aturan stesen utama anda. Pastikan anda menukar kata laluan stesen utama WiFi kepada yang sukar diteka, tetapi mudah diingati.
Tip menutup rangkaian WiFi awam
Jika anda mahu melindungi rangkaian WiFi daripada orang yang tidak dikenali, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil:
> Jangan siarkan Service Set Identifier (SSID) anda. Ia langkah yang paling mudah untuk mencegah seseorang daripada memasuki rangkaian WiFi anda. Bagaimanapun ia masih lagi belum selamat. Secara automatik, semua stesen utama WiFi menghebahkan kehadiran mereka menggunakan pengenalan yang dipanggil SSID kepada sesiapa yang berdekatan.
> Enkripsi kata laluan rangkaian tanpa wayar.
> Pastikan stesen utama hanya menerima alamat 'MAC' anda.
Tip menghantar maklumat sensitif melalui rangkaian WiFi
> Jangan hantar fail yang sensitif jika anda tahu rangkaian WiFi tidak selamat.
> Gunakan 'Virtual Private Network' (VPN) untuk memastikan keselamatan maklumat yang dihantar melalui WiFi.
> Gunakan rangkaian yang selamat.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

RANSOMWARE WANNA CRYPT KINI SUDAH MENYERANG LEBIH 150 BUAH NEGARA



Semenjak kehadiran ransomware WannaCrypt mula dikenal-pasti baru beberapa hari yang lepas, ia telahpun menyebabkan pelbagai masalah di serata dunia. Perkhidmatan kesihatan seperti National Health Service di UK, kilang pembuat kereta Renault di Perancis dan sebagainya tergendala.

Serangan WannaCrypt ini dapat dihentikan buat masa ini kerana seorang penyelidik keselamatan digital yang menamakan dirinya MalwareTech membeli domain laman web yang terkandung didalam ransomware tersebut, dan Microsoft baru sahaja mengeluarkan kemaskini keselamatan yang memperbaiki kelemahan yang hadir pada sistem operasi seperti Windows XP, Windows 8 dan Windows Server 2003 yang sudahpun tamat tempoh sokongan mereka.


Menurut pengarah Europol, Rob Wainwright, walaupun serangan tersebut dapat ditangkas dengan pantas, laporan dari pihaknya menyatakan bahawa ransomware WannaCrypt ini sudahpun menyerang 200,000 komputer di 150 buah negara, dan apa yang merisaukan ialah ada kemungkinan besar bahawa ia tidak akan berhenti di situ sahaja.

Menurut laporan Europol dan penyelidikan MalwareTech, WannaCrypt ini akan hadir dengan versi baru yang lebih merbahaya kerana ia tidak lagi mempunyai killswitch laman web yang digunakan sebelum ini. Menurut mereka, satu-satunya cara untuk menghalang serangan ini ialah dengan memuat-turun kemasan keselamatan oleh Microsoft sebelum anda diserang oleh perisian WannaCrypt ini.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

TUJUH PENGGODAM PALING BERBAHAYA DI SEANTERO DUNIA


Namun, antara kesemuanya terdapat beberapa penggodam yang dikenal pasti sebagai ‘ancaman’ buat sesebuah negara disebabkan kepakaran ‘terlampau’ mereka.

Di sini kami senaraikan tujuh penggodam yang paling bahaya dan pada masa yang sama paling ‘bernilai’ di dunia.

Bagi yang gemar mengikuti kisah-kisah penggodam komputer, mereka tentu mengenali nama-nama seperti Kevin Mitnick, Kevin Poulsen, Gary McKinnon, LulzSec dan ramai lagi.


KEVIN MITNICK



Mitnick, 53, adalah penjenayah siber paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Menggelarkan dirinya sebagai “Hacker Poster Boy“, dia merupakan penggodam paling kontroversi pernah direkodkan. Di usia remaja, Mitnick pada mulanya hanya mempunyai pengalaman asas menggodam telefon awam sebelum melakukan kesalahan besar yang membuatkan dirinya terkenal.

Ketika berumur 15 tahun, dia telah mengeksploitasi sistem punch kad perakam waktu bas Los Angeles untuk mendapatkan keuntungan bebas.

Kemudian, seperti salah seorang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak, Mitnick ketika berusia 16 tahun ‘menceburi’ bidang pergodaman telefon selular di mana dia disabitkan kesalahan atas kes menggodam dan mencuri perisian dalam rangkaian Digital Equipment Corporation (DEC) yang dianggarkan bernilai berbillion dollar.

Mitnick ditangkap pada Februari 1995 setelah pihak FBI bekerjasama dengan seorang pakar komputer terkenal, Tsutomu Shimomura bagi memerangkap Mitnick dan menurut penulis majalah New York Times, dia mengatakan Mitnick diibaratkan sebagai ‘hantu’ kerana begitu sukar dijejak sehingga memaksa pihak FBI meminta bantuan seorang pakar.

Pada hari ini, Mitnick memainkan peranan sebagai penggodam ‘topi hitam’ legenda dan kini menjadi ahli masyarakat yang produktif serta seorang penulis dan perunding keselamatan komputer.

Freedom Downtime dan Takedown adalah dua filem yang memperincikan mengenai eksploitasinya.


MICHAEL CALCE



Lagak gaya Michael Calce bak seorang aktor ini adalah penggodam komputer yang dikenali sebagai Mafiaboy

Pada tahun 2000, pihak FBI telah menamakan Mafiaboy sebagai suspek utama suspek utama yang telah melumpuhkan gergasi perniagaan internet dan enjin carian terkenal pada seperti Yahoo!, EBay, Amazon, CNN dan  E-Trade. Enjin carian terkenal, Google masih belum dikenali ramai pada waktu itu.

Kesemua gergasi internet itu perlahan-lahan mengalami gangguan capaian oleh pengguna sebelum lumpuh sepenuhnya beberapa jam akibat serangan penafian perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Denial of Services, (DOS).

Serangan beberapa jam tersebut menyebabkan kerugian yang dianggarkan sekitar AS$18 juta.Dia dihadapkan ke mahkamah pada 18 Januari 2001 di Montreal, Kanada di mana mengaku bersalah di atas 55 tuduhan menggodam.


JONATHAN JOSEPH JAMES



James terkenal apabila dia menjadi orang pertama yang dihantar ke penjara bagi kesalahan menggodam.

Pada usia 16 tahun, dia telah pun dijatuhkan hukuman penjara di mana sewaktu diwawancara, James memberitahu alasanya hanya disebabkan ingin mencari keseronakan.

James mensasarkan organisasi yang berprofil tinggi sebagai pencerobohan utama.

Dia memasang peranti backdoor ke dalam pelayan di sebuah agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang dikenali DTRA.

Backdoor dicipta untuk membolehkan dia melihat e-mel sensitif serta mencuri nama pengguna dan kata laluan pekerja.

James menggodam rangkaian NASA dan memuat turun sumber kod yang cukup untuk dia belajar bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa berfungsi.

Jumlah nilai aset yang dimuat turun menyamai AS$1.7 juta da apa yang lebih memalukan lagi, NASA terpaksa menutup rangkaian mereka selama tiga minggu semata-mata untuk menyiasat kebocoran maklumat tersebut yang mana menelan belanja sebanyak AS$41,000.

James menjelaskan bahawa dia memuat turun kod itu untuk menambah kajian tentang C programming, tetapi menegaskan Kod itu sangat teruk dan tidak bernilai AS$1.7 juta seperti yang didakwa.


ADRIAN LAMO



Digelar sebagai penggodam homeless Dia menggunakan sambungan internet di kafe dan perpustakaan untuk menggodam.

Lamo menggodam organisasi-organisasi utama seperti syarikat akhbar The New York Times dan firma perisian Microsoft.

Teknik pengodaman Lomo adalah penetration testing yang menguji penembusan sekuriti di mana beliau mendapati kelemahan dalam sistem keselamatan Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular.

Lamo turut menggodam akaun syarikat sekuriti komputer terkenal Lexis Nexis Times dan telah diarahkan membayar kira-kira AS$65,000, perintah berkurung selama 6 bulan dan 2 tahun membuat kerja amal di mana telah tamat pada 16 Januari, 2007.

Kini Lamo bekerja sebagai wartawan serta pernah memenangi beberapa anugerah dan juga wakil suara rakyat.


OWEN WALKER



Owen Thor Walker merupakan seorang penghidap penyakit Sindorm Asperger yang menetap di New Zealand.

Walaupun mempunyai penyakit, dia telah ditahan beberapa kali atas kesalahan aktiviti pergodaman yang bernilai jutaan dolar New Zealand.

Pada 2008, dia mengaku bersalah atas kesalahan menjadi ‘kepala’ dalam sebuah organisasi yang menggodam institusi kerajaan dengan nilai kerugiaan yang perlu ditanggung sebanyak AS$26 juta.


Dia ditahan di bawah seksyen 248-252 akta jenayah New Zealand sewaktu dan sewaktu diselidik pihak FBI, dia memberitahu menggodam sistem sekuriti Universiti Pennsylvania di mana server yang digunakan sewaktu menjalankan expoitasi adalah di Malaysia.

ALBERT GONZALEZ



Albert Gonzalez, 35, berkemungkinan merupakan ‘Raja Godam’ kad kredit paling terkenal di seantero dunia.

Pada 2009, Gonzalez telah ditahan dalam kes penipuan kad kredit terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan pencurian lebih 130 juta nombor kad.

Sejak Oktober 2006, Gonzalez menggunakan teknik penggodaman yang canggih untuk memecahkan firewall dan mencuri informasi dari sistem pangkalan data di AS.

Syarikat yang menjadi sasaran termasuk pemproses sistem pembayaran kad yang berpusat di New Jersey, Heartland Payment Systems, rangkaian seluruh negara kedai serbaneka yang berpusat di Texas, 7-Eleven Inc. dan rangkaian pasar raya yang berpusat di Maine, Hannaford Brothers Co. Inc.

Gonzalez memindahkan data yang dicuri ke server komputer yang mereka jalankan di Latvia, Belanda, AS dan Ukraine bagi menutup jejak mereka serta mengelakkan daripada dikesan oleh software anti-virus yang digunakan oleh mangsa mereka.


ASTRA


GAMBAR TIDAK DIDEDAHKAN OLEH KERAJAAN PERANCIS.

Astra atau nama gelaran medianya, Withheld, 58, merupakan seorang penganalisis matematik di sebuah universiti.

Dia dilaporkan telah menggodam sistem sekuriti kerajaan Perancis selama lima tahun di mana berjaya memperoleh data berkenaan teknologi senjata dan cetakan aplikasi 3D yang kemudian dijual kepada pasaran gelap di Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Afrika dan juga negara-negara Arab.

Menurut polis Perancis, mereka telah menjejak Astra sejak dari tahun 2012 namun sering sahaja menemui jalan buntu setelah ‘dipermainkan’ olehnya di mana beberapa rumah yang diserbu sering sahaja ditinggalkan notis yang memberitahu ‘cuba lagi’.

Astra akhirnya ditangkap pada tahun 2008, di mana dilaporkan kerugian yang ditanggung Perancis adalah dianggarkan berjumlah AS$250 ke AS$350 juta.


Penggodam legenda itu kini telah menjalani hukuman penjara selama 6 tahun selepas dia telah dimasukkan pada 2008.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

JARINGAN INTERNET MALAYSIA KE-3 PALING SELAMAT DI DUNIA

PENGGUNA siber di Malaysia sewajarnya berasa bersyukur kerana tanpa disedari ramai pihak, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) baru-baru ini meletakkan tahap keselamatan internet negara kita pada tempat ketiga sebagai paling selamat di dunia.


Malaysia berkongsi kedudukan yang sama dengan Australia dan Oman dalam senarai Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) untuk sepanjang tahun 2014 yang dikeluarkan semasa sambutan Hari Telekom Sedunia ITU di Doha, Qatar dari 7 hingga 10 Disember lalu.

Sambutan tahunan itu yang dihadiri 3,500 peserta selain 205 pakar telekomunikasi menerusi 51 sesi forum itu mengesahkan laman internet Amerika Syarikat (AS) berada pada tempat pertama paling selamat di dunia diikuti tempat kedua, jiran utaranya iaitu Kanada.

Kedudukan Malaysia malah lebih baik berbanding jirannya, Singapura yang meskipun kadar penembusan internet republik pulau tersebut berjaya mencecah hampir 100 peratus tetapi ia berada di tangga ke-6 bersama-sama dengan Austria, Hungary, Israel dan Belanda.

Tahap keselamatan internet Singapura rupa-rupanya berada di belakang negara-negara tempat ke-4 iaitu New Zealand dan Norway serta kumpulan negara tempat ke-5 yang dikongsi bersama Brazil, Estonia, Jerman, India, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom.

Di peringkat rantau Asia tenggara, Indonesia berada di tangga ke-13 disusuli pula Thailand (ke-15), Brunei dan Myanmar (ke-16), Filipina (ke-17), Vietnam (ke-18), Kemboja (ke-25) dan Laos (ke-27) daripada senarai indeks 193 buah negara dari serata dunia itu.

Tahap keselamatan siber sesebuah negara menurut standard ITU dinilai berdasarkan kepada kriteria ukuran perundangan, keupayaan teknikal, institusi penguatkuasaan, kapasiti pertahanan dan pembangunan kerjasama antara pelbagai organisasi.

Justeru ITU meletakkan antaranya Turki dan Sweden (ke-7), Mesir dan Perancis (ke-9), China dan Sudan (ke-14), Afrika Selatan (ke-16), Switzerland (ke-17), Arab Saudi dan Bangladesh (ke-19), Serbia (ke-20), Palestin (ke-24) serta Nepal (ke-25).

Indeks itu juga menyenaraikan tangga terakhir iaitu ke-29 meliputi kumpulan negara paling teruk keselamatan siber: Republik Afrika Tengah, Korea Utara, Equatorial Guinea, Honduras, Lesotho, Marshall Islands, Namibia, Saint Vincent dan Timor Leste.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

99 NEGARA TERUK DIGODAM BERSKALA MEGA


Serangan siber skala mega menggunakan peranti penggodam yang asalnya dicipta Agensi Keselamatan Nasional (NSA) Amerika Syarikat (AS) menjejaskan 99 buah negara.

Pihak berkuasa di seluruh dunia bagaimanapun cuba menyelamatkan rangkaian komputer di negara masing-masing dengan berusaha memperbaharui kembali sistem teknologi komunikasi malumat (ICT) dari serangan berulang.

Media antarabangsa melaporkan, serangan sebenarnya bermula pada April lalu, melibatkan kumpulan penggodam dikenali sebagai The Shadow Brokers berjaya menceroboh peranti NSA sebelum mula menyerang negara lain.

Secara kebetulan firma ICT terkemuka, Microsoft telah mengeluarkan sebuah peranti khusus untuk cegah serangan penggodam pada Mac lalu, tetapi belum berjaya kerana banyak sistem komputer yang mungkin belum diperbaharui.

Serangan serentak kali ini melanda paling banyak negara dalam sejarah, termasuk AS sendiri selain Britain, China, Rusia, malahan sistem data berpusat hospital di Indonesia dan dua buah universiti terkemuka di Singapura.

Firma keselamatan dunia maya terkenal antarabangsa, Avast melaporkan serangan siber skala besar tersebut malah mencatatkan sebanyak 75,000 kes di seluruh dunia dengan kod serangan itu bernama WCry atau WannaCry.

“Ini serangan skala raksasa,” kata pakar keselamatan siber dari Avast, Jakub Kroustek. Gangguan bahkan mengguna pakai lebih 25 bahasa dengan penggodam turut meminta wang tebusan maya AS$300 untuk serangan dihentikan.

Pangkala data bersepadu sistem perkhidmatan kesihatan awam di England dan Scotland turut dilaporkan terkena serangan siber paling parah dirujuk sebagai ransomware sekali gus mengakibatkan operasi komputer lumpuh.

Serangan muncul di skrin komputer melalui kiriman e-mel dan pautannya, yang jika dibuka akan mengunci semua fail jaringan sistem komputer dan hanya boleh dipadam jika dibayar wang tebusan dalam bentuk digital Bitcoin.

Rusia adalah salah satu negara yang paling teruk akibat serangan siber ini. Kementerian dalam negeri Rusia namun menyatakan telah memindahkan ‘virus’ itu dan ia menyerang komputer peribadi dengan sistem operasi Windows.

Sejumlah netizen di beberapa buah negara Eropah telah memuat naik foto keadaan skrin komputer yang digodam, termasuk mesin tiket kereta api domestik di Jerman dan makmal komputer di sebuah universiti awam di Itali.

Beberapa firma ternama di Sepanyol, termasuk syarikat telekomunikasi terbesar Telefonica dan operator bekalan elektrik tempatan, Iberdrola, turut terjejas. Staf dimaklumkan untuk mematikan komputer mereka serta-merta.

Manakala firma telekomunikasi Portugal, syarikat kurier antarabangsa FedEx, serta jaringanan telefon selular terbesar kedua di Rusia juga mendakwa bahawa mereka juga diserang penggodam dengan modus operandi sama.

Beberapa pakar siber mendakwa serangan tersebut kemungkinan dilakukan untuk mengeksploitasi kelemahan sistem Microsoft di AS yang telah dikenal pasti pihak NSA sebelum ini dan diberi nama sebagai EternalBlue.

Malangnya peranti milik NSA itu kemudian ‘dicuri’ oleh sekelompok penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai The Shadow Brokers, dan kemudian cuba pula menjualnya dalam sistem bidaan antarabangsa secara online.

Namun, mereka mencipta alat lain secara bebas dan mengumumkan kata laluannya awal April lalu. Penggodam mendakwa mereka bertindak sebagai ‘protes’ terhadap Presiden AS, Donald Trump.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

TIADA SERANGAN PERISIAN TEBUSAN DI MALAYSIA



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata tiada serangan perisian tebusan dilaporkan di Malaysia, walaupun serangan siber dilaporkan berlaku di hampir 100 negara.

“MCMC terus memantau keadaan itu bersama-sama agensi penguatkuasaan lain,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, MCMC menasihati rakyat Malaysia supaya segera mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengemaskinikan perisian masing-masing dengan jujukan (patch) terkini.

“Ia untuk memastikan semua hos membolehkan penggunaan penyelesaian antiperisian hasad serta segera menyalin data penting kepada pemacu keras luaran atau perkhidmatan penstroran awan, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

“Di samping itu, jangan klik sebarang pautan meragukan dan laporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa dengan secepat mungkin,”kata MCMC.

Menurut laporan, serangan siber perisian tebusan melanda organisasi di seluruh dunia dan antara pihak yang paling terus terjejas ialah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di England.
Read More