☎ 03-27284206

Specialist I Troubleshoot I Repairing I Servicing I Hardware I Software I Desktop I Laptop I Windows I Upgrade I Configure I Networking I Data Recovery I Reset Password I Virus Detection And Removal I Update Bios I Data Backup I Reinstall I Format I Windows Xp I Windows Vista I Windows 7 I Windows 8 I Windows 10 I Windows 11


Showing posts with label baiki komputer. Show all posts
Showing posts with label baiki komputer. Show all posts
Rosli Repairing Computer And Services

SOAL JAWAB KOMPUTER DAN PENYELESAIANNYA



Kadang kala peranti komputer desktop/laptop/notebook sering kali mengalami masalah-masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri tanpa bazirkan duit untuk terus menghantarnya ke juruteknik atau kepada pakar. Lakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu.


1-Gangguan bekalan kuasa
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.
Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.
2-Kepanasan
Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.
Penyelesaian
Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.
3-Bunyi bising/asing dan getaran
Masalah ini hampir-hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer anda. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, anda boleh cuba untuk melakukan pemeriksaan awal.
Penyelesaian
Buka casing komputer anda berhati-hati, untuk mengetahui penyebab masalah tersebut periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar/skru yang longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah tersebut, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan juruteknik atau orang yang lebih pakar.
4-Komputer reboot sendiri
Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.
Penyelesaian
Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda akan mati secara automatik.
5-Sambungan USB tidak berfungsi
Kadang kala apabila anda cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hub USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti tersebut. Ia memerlukan hub yang memiliki nilai kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.
Penyelesaian
Cuba untuk terus menyambung USB tersebut secara langsung ke salah satu port USB komputer anda tanpa sebarang perantara. Alatan kecil seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki nilai kuasa sendiri tetapi elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.
6-Masalah pencetak (printer)
Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara terus pencetak ke komputer anda mengikut arahan pengilang pencetak anda. Kemudian cuba untuk troubleshooter pencetak tersebut yang mana ia akan mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah anda.
Penyelesaian
Windows 7 – Buka troubleshooter pencetak dengan klik pada Start > Control Panel > taip troubleshooter pada kotak carian> Troubleshooting > Di bawah Hardware and Sound, klik pada Use a printer > Next.
7-Prestasi komputer semakin perlahan
Apabila menyedari komputer anda mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami antaranya adalah kerana banyak dengan fail-fail yang tidak perlu, data selerak, fragment, registry korup, gangguan program spyware, service atau perisian.
Penyelesaian
Manage program dan padam data dan uninstall perisian yang tidak perlu, bersihkan registry dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30% daripada kelajuan prestasinya.
8-Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan :
Windows 7 – Butang Start > Control Panel > Lihat pada Programs > Uninstall a program > Pilih program/perisian dan klik Uninstall/Change/Repair.
#Anda perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program/perisian yang penting.
9-Ralat mesej ketika start-up
Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, anda dapat melihat mesej-mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci untuk meneruskannya. Jika melihat mesej ini, anda perlu menekan kekunci kira-kira 8 hingga 10 kali sebelum terus guna Windows semula.
Penyelesaian
Ini berlaku kerana anda telah hanya memadam sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya. Jika anda benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah nombor 1.
10-Skrin membeku /hang (Frozen)
Apabila skrin anda tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku / hang, anda mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan spyware.
Penyelesaian
Apabila ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot komputer anda. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja-kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.
11-Serangan virus dan spyware
Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi, bagaimanakah jika serangan tersebut begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti anda masih belum dikemas kini?
Penyelesaian
Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi anda juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan dengan;
Windows 7 – Start> taip Defender dalam kotak carian> Windows Defender.
12-Tidak dapat masuk Windows
Jika anda masih dapat boot dalam Safe Mode (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.
Penyelesaian
Cuba menggunakan system restore jika anda berada dalam Safe Mode atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya. Jika anda tidak dapat boot ke Safe Mode, cuba boot ke dalam komputer dalam mod Repair my computer untuk memperbaiki masalah isu start-up tersebut.
13-Kehilangan fail Dynamic-Link Library (DLL)
DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi anda tentang bagaimana untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu. Kadang kala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL tertentu, komputer anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan. Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar ketika anda cuba melakukan fungsi yang terlibat seperti penyimpanan.
Penyelesaian
Jika masalah tersebut dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, anda perlu mengenal pasti fail DLL tersebut melalui beberapa kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (dari Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail atau pun carian di enjin carian.
14-Blue Screen of Death (BSoD)
Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini yang mana skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ia ialah salah satu petanda bahawa telah berlaku masalah yang agak kronik.
Penyelesaian
Kebanyakan masalah ini hanya memerlukan anda untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tetapi Skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu rujukan anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.
15-Ruang Disk penuh
Ruang Disk penuh berlaku kerana anda membiarkan disk komputer anda bagi jangka masa yang lama dipenuhi benda tidak berguna seperti fail internet sementara, fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.
Penyelesaian
Gunakan perisian Disk Cleanup bagi membantu membebaskan ruang pada hard disk dengan mengenalpasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk memadam beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.
Windows 8 – Control Panel>System and Security>Administrative Tools>Disk Cleanup
Windows 7 – Start> All Programs> Accessories> System Tools> Disk Cleanup. Jika anda memiliki beberapa bahagian pemacu, anda boleh spesifik yang mana hendak dibersihkan> OK. Pilih apa yang ingin anda bersihkan.
16-Hard drive gagal berfungsi
Ini merupakan senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan hard drive rosak atau korup. Anda dapat mengesannya jika sistem anda tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, tetapi ada proses POST, komputer hang pada permulaan serta komputer anda dan ada kalanya mengeluarkan bunyi aneh.
Penyelesaian
Jika anda bimbang berkenaan keselamatan fail anda, cuba langkah-langkah berikut sebelum menghantar ke juruteknik atau pakar komputer. Anda boleh cuba untuk mengambil fail penting untuk di backup menggunakan alatan pemulihan sistem percuma seperti Hiren Boot, SuperDuper, The Ultimate Boot CD dan sebagainya.
17-Windows out-of-date
Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walau pun mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi. Ia kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Tetapi, untuk keselamatan anda juga boleh lakukannya sendiri jika Windows telah out-of-date.
Penyelesaian
Windows 7 – Start > All Programs > Windows Update > Check for updates. Selepas itu, pergi kepada panel kiri, pilih Change Settings > Pastikan Install Updates Automatically (Recommended) dan Every Day dipilih.
18-Penggunaan memori berlebihan
Jika anda mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila anda sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori. Untuk menghentikan kebocoran tersebut, anda perlu menghentikannya dengan menutup program tersebut.
Penyelesaian
Untuk memperbaiki kebocoran memori tersebut, anda perlu memeriksa kemas kini perisian program tersebut atau hubungi empunya perisian. Tetapi, bagaimanakah untuk mengesan perisian manakah yang mengalami kebocoran ketika anda sedang bekerja / run?
Windows 7 – Buka Task Manager (Ctrl + Alt + Del) > Start Task Manager > Klik pada tab Processes > Untuk menyusun program mengikut penggunaan memori, klik pada Memory (Private Working Set)
18-Sambungan internet perlahan
Tidak kira seberapa pantas pun sambungan internet yang anda miliki, kadang kala anda dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.
Penyelesaian
Windows 7 – Buka Internet Connections troubleshooter : Start > Control Panel > Taip troubleshooter  dalam kotak carian> klik Troubleshooting > di bawah Network and Internet klik Connect to the Internet.
19-Masalah sambungan internet
Masalah kehilangan sambungan internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh anda lakukan cuba jalankan troubleshooter Network untuk membantu diagnosis. Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan sebelum masalah tersebut.
Penyelesaian
Jika masalah ini berlaku selepas anda memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia telah berubah. Klik kekunci Start > Control Panel > Taip perkataan Adapter di kotak carian dan bawah Network and Sharing Center klik View network connections. Klik kanan pada sambungan > Properties. Jika memerlukan kata laluan untuk pengesahan, berikan dan ikut langkah-langkah tersebut.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

LANGKAH PENJAGAAN KOMPUTER


Sesebuah komputer hendaklah di jaga dengan rapi baikm pada peralatan luar ( Hardware) atau peralatan dalaman (Software ) bagi memastikan ianya sentiasa berada didalam keaadaan baik dan supaya boleh digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Untuk tujuan ini pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 6 bulan sekali (servis) Tujuan pemeriksaan ialah untuk memanjangkan jangka hayat komputer dan memastikan komputer sentiasa berada dalam keadaan baik serta dapat mengelakkan hard disk komputer anda tidak dimasuki virus..

PENJAGAAN HARDWARE

Penjagaan Hardware komputer anda sebenarnya sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah dengan hanya berbekal sedikit peralatan..Langkah yang perlu diambil ialah periksa kesemua peralatan Hardware komputer anda dan ikuti langkah dibawah.

BUKA PENUTUP CASING CPU DAN BLOWER SEMUA HABUK






PENJAGAAN SOFTWARE

Penjagaan dan pemeriksaan Hard disk komputer anda memerlukan sedikit kemahiran dan ketelitian kerana ianya melibatkan penggunaan software yang lain dan perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak merosakkan sistem Hard Disk anda. Anda dinasihatkan merujuk kepada orang yang pakar dalam hal-hal berkaitan dengan komputer. Namun begitu dibawah ini diperturunkan sedikit maklumat atau tindakkan yang boleh dibuat untuk servis Hard Disk komputer anda. Itupun bergantung kepada pengetahuan anda.


SCAN VIRUS UNTUK SEMUA DRIVE




BUAT DEFRAGMENT UNTUK SEMUA DRIVE


CHKDSK UNTUK SEMUA DRIVE



Anda dinasihatkan menggunakan Stabilizer untuk menstabilkan aliran elektrik yang masuk kedalam sistem komputer anda supaya tiada ganguan yang mungkin merosakkan Hard Disk Anda. Di dalam Hard Disk anda juga akan sentiasa dipenuhi dengan fail-fail TMP (Fail sementara) dan fail BAK (fail backup) kerana fail-fail ini sentiasa dibuat oleh komputer anda. Untuk mengelak dari terjadinya kesempitan ruang pada muatan Hard Disk anda Cari dan bersihkan hard disk komputer anda dari fail-fail tersebut. Dan guna perentah DELETE untuk membuangnya ataupung gunakan perintah Defrag bagi membersihkanya.. Fail : TMP - Fail sementara - boleh dibuang DEL * TMP/S atau TMP ???.?? Fail : BAK - perlu dibuang untuk membersihkan hard disk - guna DEFRAG/NDD

PEMERIKSAAN LAIN-LAIN PERALATAN DISK DRIVE

Hendaklah dicuci sebaiknya 1 minggu sekali. Gunakan pencuci drive yang terdapat dipasaran. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk memcuci kepala disk drive anda dengan mengunakan cecair alkohol pencuci kepala radio kaset anda. PLUG POINT Gunakan plug point 240 V untuk keselamatan komputer anda Jika keaadaan penhataran karan dirumah anda tidak stabil anda dinasihatkan menggunakan penstabil eletrik (stablilazer) POWER SUPPLY Periksa kesemua sambungan plug untuk memastikan komputer bagi memastikan komputer anda sentiasa menerima karen yang sempurna.

BASE UNIT

1) Mother Baord - kemaskan cip yang longgar dan cuci habuk-habuk mengguna blower pada keseluruhan Cip yang terdapat pada Mother Board
2) Card & Adaptar - kemaskan Cip-Cip yang longgar
3) Fan condition - pastikan ianya berfungsi (berputar)
4) Batery - gunakan beteri yang betul (mesti antara 4-5 v)

KEYBOARD

1) Periksa kesemua kekunci samada berfungsi atau tidak.
2) Terbalikkan keyboard anda dan ketuk perlahan-lahan untuk membuang habuk
3) Gunakan QAPLUS untuk memeriksa kesemua kekunci keyboard anda.

PRINTER


1) Simpan manual printer untuk rujukan. Jika setnya tidak betul akan keluar huruf yang tidak sepatutnya.
2) Jaga kepala printer Set kedudukan bersesuaian dengan jenis kertas yang digunakan samada nipis atau tebal.
3) Elakkan printer menggunakan stensel

PENJAGAAN PRINTER

Printer anda perlu dijaga dan diberi perhatian selalu kerana dengan ketiadaan printer atau keaadaan printer yang tidak berfungsi ianya akan menjadikan kerja-kerja anda tidak dapat dicetak keluar. Adalah tidak sukar bagi melaksanakan penjagaan printer kerana ianya kebanyakan melibatkan penjagaan luaran sahaja. Setiap kali anda ingi servis komputer anda ikuti lamngkah berikut.
1) Buka dan bersihkan kesemua bahagian dalam printer gunakan blower.
2) Jika ia berbunyi kuat periksa tin pelapik dan tolakkan supaya lebih rapat dengan kepala printer
3) Pastikan mata printer mempunyai 24 jarum - jika patah gantikan dengan yang baru.
4) Bersihkan tempat laluan kepala printer supaya mudah berfungsi.

PERLINDUNGAN DATA

Sesebuah komputer sebenarnya sentiasa di ancam oleh serangan Virus-virus komputer samaada yang di biakan melalui disket ataupun internet. Proses perlindunngan data komputer hendaklah selalu dibuat dan di kemaskinikan kerana serangan Virus akan mengakibatkan komputer anda mengalami masalah dan ada ketikanya gagal berfungsi terus. Perisian virus pula sering di cipta saban hari bagi mengangu pengoperasian komputer anda. Dan sebagai cabaranya pula anda hendaklah selalu memastikan komputer anda di lengkapi dengan program antivirus terbaru dan boleh membunuh kesemua virus yang bakal menyerang komputer anda.

Banyak perisian antivirus di keluarkan setiap hari untuk memastikan komputer anda sentiasa selamat dari ancaman Virus virus ini anda sebagai penguna hendaklah sentiasa memperbaharui program program anti virus tersebut. Saya di sini tidaklah bermadsud menulis panduan mengunakan antivirus tersebut kerana setiap antivirus yang di keluarkan akan di sertakan bersama prosedia penggunaanya. Walau bagaimana pun saya akan menunjukkan asa pengunaanya yang munkin tidak bayak berbeza antara satu dan yang lain.

Semoga bermanfaat..
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

CARA MEMILIH KOMPUTER YANG SESUAI

Selalunya teknologi komputer berubah mengikut peredaran masa. Kemampuan dan keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada kecangihan ciptaannya, bermula dari sistem komputer tidak berhard disk (Double disk) sehinggalah kepada sistem berhard disk. Jika anda ingin membeli komputer pastikan anda membeli sebuah komputer yang mempunyai sistem Hard Disk kerana sistem double disk tidak lagi di gunapakai sekarang dan ianya juga sudah tidak ujud dalam pasaran sekarang. Malah ianya sudah menjadi bahan sejarah.

Anda juga mesti memastikan juga berapa keupayaan komputer anda baik dari segi Kelajuan Procecor keupayaan hardisk menyimpan data kebesaran RAM dan pelbagai kemudahan yang lain yang terkini. Kegagalan anda memilih komputer yang tepat dengan keperluan semasa anda akan menngakibatkan anda munkin tidak berupaya menandingi kepantasan pengeluaran perisian yang berubah setiap waktu. Dalam era Multimedia ini kebayakan komputer di lengkapi dengan RAM yang tinggi dan Hard Disk yang besar beserta mempunyai beberapa keistimewaan lain seperti mempunya MODEM untuk meng Acces internet CD ROM dan pelbagai accesory tambahan yang menjadikan komputer anda lengkap melengkapi dan mudah di kendalikan Semakin tinggi kemampuan sesabuah komputer itu biasanya semakin tinggilah harganya di pasaran.

Terdapat dua jenis komputer di pasaran iaitu yang genuine (branded) dan klon. Kedua duanya mempunyai kemampuan yang sama namun komputer genuine adalah lebih tahan dan terjamin buatanya. Untuk keterangan lanjut sebelum anda membeli sesebuah komputer hubungi dan dapatkanlah nasihat dari orang-orang yang pakar tentang sesebuah komputer.
Read More
Rosli Repairing Computer And Services

HATI-HATI MEMBELI KOMPUTER DENGAN HARGA MURAH

Saya rasa kagum jika seseorang mengatakan dia boleh mendapatkan sebuah komputer atau laptop dengan harga di bawah RM 1300 dan mendakwa OS nya adalah Original. Saya telah cuba memasang dengan spek paling minima tapi masih gagal mendapat harga tersebut jika berbekalkan OS original. Kecualilah degan OS crack atau cetak rompak. Tapi jika anda mendaptkanya dengan harga semurah ini dan OSnya ori saya tabik spring kepada anda kerana pada saya misti ada tak kena dengan OS atau spek komputer tersebut. Mari kita buat kiraan mudah..

HARGA PAKEJ WINDOWS 7
Windows 7 Starter – RM148.00
Windows 7 Home Premium – RM368.00
Windows 7 Ultimate – RM648.00
Windows 7 Professional – RM478.00
(Windows 7 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64))

HARGA PAKEJ WINDOWS 8
Windows 8 versi PRO - RM880
Windows 8.1  - RM550
(Windows 8 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64))


Bayangkan jika anda boleh mendapatkan sesebuah komputer di bawah RM 1300 apakah jenis OS yang dia gunakan. Untuk mendapatkan original windows anda kena mengambil kira harga OS dan haga basic komputer tersebut (Harga Komputer + OS yang di gunakan) Contoh untuk windows 8.1 Harga OS dia sahaja 550 + harga komputer) Jika harga komputer tu 1300 adakah mungkin harga laptop anda hanya 750 sedangkan harga prosesornya sahaja adalah RM 480 ke 650 (1300-550= 750) Contoh untuk windows 7 Ultimate Harga OS dia sahaja 648 + harga komputer) Jika harga komputer tu 1300 adakah mungkin harga laptop anda hanya 652 sedangkan harga prosesornya sahaja adalah RM 480 ke 650 (1300-648= 652)  Cubalah anda kira OS lain pula kecuali untuk nettbook yang mengunakan Windows 7 starter Jadi saya berpendapat jika inilah harga komputer yang anda dapat OS nya berkemungkinan besar adalah dari OS Crack atau cetak rompak. sudah barang tentu anda akan mengalami masalah apabila mengunakannya dalamn tempoh 30 hari sahaja. Setakat ini sudah beratus komputer murah yang saya repair semua hanya di bekalkan OS windows Crack atau cetak rompak. Belum jumpa lagi komputer yang murah ni di bekalkan  OS original..

Read More
Rosli Repairing Computer And Services

REPAIR KOMPUTER LAMA ATAU LAPTOP LAMA LEBIH MAHAL


Ada diantara komputer yang di hantar masih boleh di baiki jika taraf ketingalannya tidak terlalu jauh berbanding versi terbaru yang di keluarkan. Ketingalanya bukan sahaja di ukur dari pembaharuan OS malah lebih ketara pada perangkat hadware yang di milikinya. Contoh paling senang adalah masih ada yang mengunakan Window ME atau XP sedangkan kehendak OS sekarang adalah Windows 8 malah telah di ura urakan akan muncul Windows 10.  Kita baru sahaja nak mula mesra dengan Windows 8 akan muncul pula Windows 10. Lihatlah bagaimana OS bergerak kedepan malah untuk seiring dengan pegerakan ini Hadware komputer juga bergerak pantas agar seiring denganya perekembangan OS.

Disini saya bandingkanVersion Windows XP dengan Windows 8.1 dan hadware yang di bawanya.

 Versi Lama:                                                          Versi Terbaru:

WINDOWS XP                                                            WINDOWS 8.1
PENTIUM 3/4                                                             QUAD CORE/I7
RAM 256 MB DDR1                                                   RAM 2GB-8GB DDR3
HDD IDE  80 GB                                                        HDD SATA 1TB-2TB
32bit                                                                           32bit & 64bit


Itu hanya sedikit dari perbandingan OS dan Hadware yang saya tunjukan , sebenarnya ada pelbagai lagi perbezaan teknikal yang boleh anda lihat jika anda memahami komputer. Disini saya hanya membandingkan version lama Windos XP tidak pada window yang lebih lama seperti Windows 3.11 atau lebih rendah dari itu Berbalik kepada soalan utama kenapa kos untuk membaiki komputer lama lebih mahal dari yang baru?

Jawapannya adalah di sebabkan  oleh amat susah untuk mendapat barang ganti bagi komputer lama tersebut malah mungkin sudah tidak ada lagi di pasaran. Contoh paling mudah adalah amat susah bagi mendapatkan alatganti HD dari jenis IDE berbanding HD SATA begitu juga bagi mendapatkan RAM dari jenis SDRAM berbanding DDR RAM malah dalam version DDR sahaja  pun amat susah bagi mendapat kan RAM generasi DDR1 dan DDR2 berbanding DDR3.Jika ada pun harganya sangat mahal.

Sebab itulah jika ada yang membawa laptop zaman Fiaun saya syorkan di simpan sahaja sebagai perhiasan kerana kos membaikinya membolehkan anda membeli sebuah laptop baru. Tapi jika anda sangup membayarnya saya akan usahakan membaikinya, itupun bergantung kepada jika saya boleh mendapatkan barang gantinya di pasaran.
Read More